Hi alls,
Cheida ni susah nak tidur malam kira dah salah seorang yang mengalami INSOMNIA! Nak tahu Insomnia tu apa?? Menurut sumber dari sini :
"Insomnia adalah adalah gejala kelainan dalam tidur berupa kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan tidur—walaupun ada kesempatan untuk itu. Biasanya insomnia disebabkan oleh gangguan di dalam waktu dan mekanisme tidur dan perilaku yang tidak sehat (seperti tidak teratur jam tidur, seringnya begadang dan penggunaan kafein).Insomnia adalah sebagian dari gangguan tidur, tetapi keluhan ini adalah keluhan yang paling sering dari gangguan tidur. Beberapa masalah tidur antara lain insomnia, narcolepsy, hypersomnia dan apnea."
Sudah la jenis susah nak tidur selagi jam tak pukul 12.++ - 2am. 2,3 minggu yang lepas pulak lepas cuaca yang sangat panas! Bayangkan! Esok hari ISNIN!! Tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi!! Omaaai!!!
Sekarang allhamdulillah hujan asyik turun pada sebelah malam tidur pun nyenyaaakkk dan agak awal pukul 12.00 dah ghaib jika nak dibandingkan sebelum ini, dah tu liat pulak nak bangun pergi kerja huhuhu... Jom nak share sikit beberapa pekara yang cheida lakukan dikala cheida tak dapat tidur malam:
Berangan!
Berangan perkara pertama cheida akan buat! ahhaa berangan pi lah kahwin ngan Ady Putra ke, jadi kurus ke hahaha jadi kaya ke!! Berangan dapat pakai baju mahal-mahal apa-apa je.. sampailah terlelap hahaha
Mandi
Lepas berangan tak jadi! Cheida akan mandi. Hikihikhikk selalunya orang kalau lepas mandi badan jadi segar bugarkan! lepas tu confirm tak boley tidur! Cheida pulak lepas mandi, badan jadi segar, lepas tu baring balik atas katil peluk bear musyuk!! fuuhhh layannn 10 minit lepas tu confirm! ZZzzzzZZzzz Bermimpi indah bersama Ady Putra hahahah. Erk!
Layan Lagu
Wah Kadang lepas mandi tu still tak dapat tidur, Jadi cheida akan pasang ear phone layan lagu-lagu jiwang.. perghh sambil layannn.. Mata mula laa kuyuuu lama-lama ZZzzzzzZZz tapi amalan ini tak bagus ye!! huhu Jadi jangan amalkan dan di ikutkan.. dengar zikir atau alunan surah-surah tak apa bagus! :)
Layan Internet
Hahaha yang ni trend sekarang kan!Cheida akan mula bukak FB dan like status-status @ like gambar orang, atau apa saja semua cheida bantai like jeee apa yang ada kat news feed tu hahaha so pagi esok dapat la habuan dari kawan-kawan "tak da kerja la tu pukul 1 pagi like abis gambarr aku " hahaha.. Masuk INSTAGRAM, Tweeter (walaupun ACC basi ),blog-blog, U-Tube, sampaila mata rasa penat dan tak lalu mengadap
Belek HandPhone!
Kadang tu layan lagu pon tak jalan, bukak FBpon tak jalan juga, cheida akan bukak geleri tengok balik gambar-gambar zaman dahulu purba kala.. hihihi.. lama-lama boringlahkan then tidooo.. Cheida akan bukak balik sms-sms lama dari kawan-kawan ke
Makan!
Wahh ini adalah yang terakhir cheida lakukan! MAKAN!! Weeha!! Mulalah masak maggi ke, bedal nasi dan habiskan semua lauk yang ada! Makan sikut (biskut) Minum Milo ke apa-apa je yang boley dimakan cheida akan makan! hahaha Lepas kenyang tuu ZZzzzzZZzz Mulalah bising aarghh GEMOK!!! (sendiri punya pasal).
Actually pekara yang cheida lakukan itu tak sihat, tapi nak buat macam mana.. buat perkara yang sihat tak jalan pon.. Soo Jalannye buat macam diatas lah.. hihi
Till Then..
P/S: Wajib sebelum tidur ambil wuduk!