Mama…
Kau telah
mengandungkan diriku selama 9 bulan,
Melahirkan
aku sebulan selepas sebulan kau menyambut hari lahirmu…
Membesarkan
aku dengan penuh kasih sayang
Menjaga aku
ketika sakit…
Mama…
Kerana
telah bersabar dengan segala karenah ku..
Mendengar segala
permasalahan ku..
Menjaga segala
makan dan minumku dari kecil hingga dewasa
Menyediakan
segala kemudahan buat diriku…
Berkorban segalanya
demi diriku..
Seorang
diri…
Tanpa
kasih seorang insan bernama suami…
Menahan
telinga dari cacian mereka yang bernama saudara…
Membutakan
mata kerana perbuatan mereka..
Mama…
Meskipun
aku masih belom mampu menyediakan segala kemudahan buatmu
Sungguhpun
kehidupan kita tidak seperti mereka yang
lain,
Sungguhpun
kita sering bertelagah
Percayalah
mama…
Itu semua
bukan niatku menyakiti hatimu…
Aku juga
manusia biasa…
Mempunyai
hati yang rapuh dan sering membuat khilaf…
Mama…
Percayalah
setiap dugaan yang kita hadapi kini..
Pasti ada
hikmah disebaliknya..
Apa pun
yang terjadi keatas dirimu..
Insyallah..
Aku tidak
akan meninggalkan mu..
Hingga akhir
nafasku nanti…
Kaulah ibu
yang terbaik buat diriku…
Moga kau
dikurniakan Jannah disana kelak…
Mendapat
Rahmat segala yang terjadi pada dirimu..
Moga kau
tabah menghadapi segala dugaan yang diberi..
Aku anak
mu akan cuba membahagiakan dirimu…
Terima
Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat diri ini selama 24 tahun,
Bersabar
denganku selama 24 tahun…
Selamat
Hari Lahir mama…
Yang ke
50..
hanya ini yang ku mampu |
Kudedikasikan
lagu ini buat dirimu: