Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, September 30, 2013

Guest Book & Photo Props

Assalamualaikum,

Malam ni cheida nak review dan share percubaan kali pertama cheida membuat guest book buat kawan cheida. 
Hasilnya.. jeng jeng jeng...

Taraa!! 

Cover buku tetamu ni macam budak-budak tadika sikit la.. huhuhu
Guest book ini cheida ambil masa yang lama untuk menghasilkannya.. lebih kurang 2minggu..
Setiap hari curi-curi google dekat internet kilang dan usya-usya blog B2B untuk cari idea untuk buku ini..
Macam-macam idea dalam kepala otak ni..  Last-last jadi kanak-kanak pulak huhu.. 
Pergi popular cari yang ready make buku je mulanya, last-last jadi lain gak..
Petang balik kerja cheida pergi round-round dekat Aeon Big Bukit Minyak untuk cari huruf-huruf dan number-number getah tu.. allhamdlillah jumpa juga!! harga 1 pcs 10sen huhuhu..
Ambil banyak tak bagi diskaun pon cis! kedekut punya kedai hahahaa..
Gambar diorang tu cheida mintak lin wassapkan hihi..
Ini cover hadapan


Ha ini desing untuk muka pertama.. Simple je.

desing muka dalam untuk bahagian ucapan

Ini pula desing muka dalam, desing dalam yang buat cheida suka sangat.. rasa macam sweet je.. hihihi (puji diri sendiri) . Semua ini hasil google blog-blog yang ada.. sofware yang digunakan adalah...
microsoft power point hahahha... lepas tu convert ke PDF file baru print. Dapatlah hasil seperti diatas..

Disebabkan terlebih rajin mengoogle cheida terjumpa sofware file untuk photoprops pulak.
sapa yang nak file dia sila drop email dekat komen bawah, insyallah cheida reply okes ;)

 Semua props ini cheida print dan limenate baru gunting, tapi untuk spek mata tu jadi lembik dan pecah pulak liminate dia... Maybe korang ada solution yang lebih baik untuk digunakan :)




Gamba kami bersama props cheida tak ade copy pulak.. nanti ada cheida share yea.. (bila tak tahu la hihi)
Untuk ini saja buat hari ini,
Till then... 



Monday, September 23, 2013

Jambu Bola dan Jambu Susu

Assalamualikum..

Tadi tengah hari aku ngan akak-akak rakan sekerja berbual-bual perihal plan esok nak menyicah pelam beramai-ramai..  So pakat plan lah esok aku bawak buah pelam (dah beli semalam dekat pasar malam) Kak aiza bawak pisau, syikin bawak kuah rojak dan kak ima bawak badan ahask…
buah pelam yang debeli dipasar malam semalam hihi


Masa dalam lab aku berbual ngan kak aiza, kalau ada sengkuang, jambu, nenas.. sedap jugak nyicah esok, So dia pon cakap dia ada terfikir pasal sengkuang, balik nanti dia beli  dan bawak esok hahaha…
Wah bertambah menu menyicah dari buah pelam masuk ke sengkuang, nenas, jambu,Tetiba aku teringat jambu susu dengan jambu bola… kalau ada.. Sedap kalau buat menyicah.. rasa dia kelat-kelat masam..
Dekat kampong mama dulu ada pokok jambu bola nih.. Jambu susu pon ada..
Sekarang aku tak perasan pulak ada ke tak.. kalau ada pon buah abis diambil kera.. hihihi       Korang pernah makan tak jambu bola dan jambu susu ini?

Sumber gambar: sini dan google image.


Friday, September 20, 2013

Review Selendang Nikah BFF

Hi Assalamualaikum..

Hari ini nak review selendang nikah BFF cheida. Entry pasal wedding dia klick sini.

Masa dia betunang dulu pon viel dia cheida yang tolong jahitkan, 1st try dan hasilnya allhamdulillah dia suka. Entry pon ada cheida buat masa hari pertunangan dia, nak tengok klick sini

Actually pada mulanya dia nak cari sendiri tudung bawal atau segera untuk dia pakai.Malam sehari sebelum nikah, kita orang pergilah Up town perda untuk cari tudung atau selendang bersesuaian dengan baju nikah lin, Tapi malangnya satu pon tak berkenan, Then last cheida cakap tak apalah lin aku jahit ala kadar je untuk hang since aku rasa aku ada selendang putih yang aku guna sekali je. Dia pon berat hati sebab rasa menyusahkan cheida, tapi cheida yakinkan dia yg cheida boley buat. Demi sahabat tersayang!

Cheida re-cyecle balik selendang putih cheida beli dengan tujuan nak pakai untuk konvo dulu (tak pakai pon), pernah guna sekali je lepas tu simpan je. Since baju lin putih nila, jadi cheida basuh dan celup nila selendang ni dan tara jadilah putih nila. hahaha briiiliant tak?

So meh review sikit proses yang selalu cheida buat untuk jahit selendang nikah.

Perkara 1st cheida buat, ukur dahulu kedudukan selendang pada kepala, selalunya cheida akan pendekkan sebelah kanan, labuhkkan sebelah kiri agar seledang tu nampak macam kita pakai veil gitu,
Ukuran tu dengan sanggul sekali yea, supaya kedudukan manik lace pada tempat yang betul.

Then, Gunting lebihan lace dan corak bunga yang ada, Letakkan lace atau corak bunga yang digunting pada tempat selendang yang telah ditanda mengikut kreativiti masing-masing, selalunya cheida akan lekatkan lace atau bunga tampat dengan peniti terlebih dahulu pada selendang.

Pakai semula selendang yang ditempet lace bagi memastikan kedudukan lace tersebut tepat.
Jahit manik diatas lace yang dilekatkan dengan jarum peniti tadi mengikut kreativiti masing-masing.
Disebabkan lace dia warna silver jadi cheida gunakan manik silver kelabu dan hitam, Cheida tambah bunga 3d warna kelabu since theme dia kelabu + hitam +  putih (@_@) dia memang suka warna pelik-pelik. Jahitan manik secara tabur dibahagian belakang selendang untuk menaikkan seri selendang tersebut hihihi. 
Hasil dari depan dan belakang.

So beginilah hasilnya dari permukaan depan dan belakang

Bila linda pakai jadi begini, bahagian belakang dilepaskan kelihatan seperti linda memakai veil, (ada nampak tak macam tu?)  Linda gunakan inner sebab dia taknak guna selendang terus dia cakap nanti muka dia nampak bolat bolat hehe...

Cheida sengaja beratkan jahitan diatas kepala since dia tidak mengunakan apa-apa decoration dikepalanya.. 

 Thats all for today,
till then...




Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)