Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Wedding My BFF

As-Salam,
Sibuk betul cheida sejak, 2 menjak ni.. Kesian gila dekat blogs cheida yang sunyi sepi je.. hehehe
Hampa rindu dak kat cheida?? Tak? huhu sobkh2.. sedihnye.. tak apelah.. biarlah cheida membawa hati nan lara (chewaaa ayat tak boley belah hahahah)

Ok la kembali topik yang asal..
1 june 2013 selamat sudah seorang lagi kawan baik cheida dizaman remaja dahulu melangsungkan pernikahanya bersama insan yang dipilih.Cheida pernah review majlis pertunangan dia dulu. so yang tak tahu boleh ke sini ye.. Sekejap je masa berlalu sobkh2.. Rasa macam semalam je dok kayuh basikal bersama dia ke sekolah hahaha.. Arghhh rindu sangat zaman tu!...
So sepanjang persiapan majlis banyak juga cheida bantu dan siapkan buat dia. Semangat cheida lebih dari dia.. hahaha Over aku taw! Cheida jahitkan selendang, bagi sewa bunga tangan, buatkan guest book, proops. hehehe review later ok! Penat sangat lepas abis je majlis dia.. pukul 9 dah ghaib ke alam fana mimpi heheehe.. Tak apalah.. Demi sahabat tersayang meh enjoy pics kami yea...

Selesai majlis Akad nikah, kami bergambar outdoor bertiga! Yeah BFF since 2001.
Lupa nk promote selendang dia pakai tu cheida jahitkan heheh cantik tak?? hihi..
We togather!

 comel tak kami!

Ni gambar masa outdoor ya.. cantik kann?? lokasi Jeti Batu Kawan panjat bukit taw nak sanap gamba ni!! arhghhh gaun bagai, dengan wedgesss arghh penat kot! hari-hari kalau kurus cheida...
Photographer yang bertanggungjawap adalah  Hairi Familyz korang boleh add dan tanyakan pakage yang dia ada ehhehehe.. Sepanjang outdoor ni pengantin malu-malu kucing! ceh! ahhaha post kayu dan besi.. Nasib potoghraper sempoy! seyes tak nyesal kalau korang hire dia untuk jobs weding korang! 

feel ala-ala hindustan

Pada 2 june 2013 kami bertolak ke kota sarang semut kedah untuk majlis bertandang.
Hujan lebat sepanjang perjalanan kami kesana.. Chek point kami berkumpul di pekan apa.. Cheida lupa dah hahaha..Sampai je hujan turun dengan bestnye! disambut oleh silat dan paluan bunyi gendang dan seruling ke trompet cheida pon tak tahu apa nama alatan tu.. yg diorang gunakan untuk music orang dok main silat tu.. gamba tak sempat dirakam memandangkan hujan yang teruk kami kebasahan. Cheida rakam video ja.
Masa kami nak pulang hanya sempat ambil gamba sikit je.. Dari potographer sana tak kenal pulak haha.. 
Yang ini gamba bersama ibu pengantin, ayah busy! sampai x nyempat bergamba hahaha


Dan ini adalah kami..


Lastly..
For my dear, cantik sangat u dear...
Cheida doakan dear bahagia hingga akhir hayat untill jannah bersama pihan hati dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah!..  To Mr Fisol! jaga membe aku baik-baik.. Kalau buat perangai aku debik hang hahaha..
Tahniah Nur Haslinda & Mohd Fisol..

Monday, December 31, 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan Apek & Leuniey

 As-Salam..

Kita dah masuk hari terakhir penghujung 2012... so hari ni jom enjoy pic persandingan apek dan leuniey.
Seyes u ollss.. Cantik sgt leuniey ni jelos akak taw!! huwaaa nk kurus mcm leuniey gak (erk ini over!!)

Ok lah jom tgok sikit pic sanding diorang..






so itu sahaja nak tengok lebih lagi boleh pergi ke SINI.


p/s: mula memasang angan-angan ingin seperti mereka apakan  daya pelamin angan ku musnah huhuhu :P

Wednesday, November 28, 2012

Change the date!!

As-Salam...

Hi peeps!! Huhuhu Finaly!! Im clear all the job before the date line!! Yahoo!!!! hahahhaa
Dah clear 1 projek.. then tinggal lagi 3 bin nak clear untuk new build (erk macam korang pahamkan apa kerja aku).

So dalam kalut menyiapkan kerja yang banyak cheida,Cheida juga sedang kalut membuat persiapan untuk  step pertama cheida ke...........

       Cheida dan him plan untuk buat pada hari yang ada cuti umum lebih means? Hari yang ada cuti banyak.. contoh macam hari raya la. Tapi hari raya banyak pulak kenduri sedara mara him. Tukar ke 14.9.2013 hari cuti 1 malaysia jatuh pada 16 sept. Then cheida cek balik tarikh itu tengah bulan kan. So kena fikir juga sedara mara nak balik tgah bulan macam mana kan. Tukar lagi ke 31.8.2013. then Him pulak tak ok. Tukar lagi ke june pulak. Tetiba MUA yang cheida booking tu full on that day try tukar date tapi MUA tu still full huwa!!! sedihnye!! frust!!frust!!frust!!




   Than mama bersuara yang nak buat kenduri dekat rumah baru ni makan ruang dan sempit (sebab rumah flat je) dah pening pikir pasal tempat kalau buat dekat rumah baru mesti kena jemput jiran2 1 tingkat tu (-_-!) budget lagi!! adoiyaii majlis nak buat kecil-kecil aje!! huhuhuhu
 Ntah macam mana terkeluar cakap senang kita buat pada.............. maksudnye buat dekat rumah yang cikda duduk sekarang (rumah teres) ada ruang lebih untuk buka khemah dan pasang kerusi meja.

Then both side of us setuju ngan tarikh tu..BILA? hahaha for now.. let it be as a secret just counting the day hihi..


Till then....


p/s: finally i get tailor for my dress! yay!

Wednesday, November 07, 2012

Congrats!!!

As-Salam..

Weeeeeha!!! This month every week!! Penuh undangan perkahwinan!! yay!!! so!! sila keluarkan  baju kurung raya yang telah diperam selepas raya pertama hahaha...

Tahniah diucapkan buat mereka!! Semoga bahagia hingga akhir hayat... insyallah hingga ke syurga kelak..

Meh cheida nak tayang cikit gambo-gambo cheida inteprame sepanjang musim kenduri dari awal tahun hingga november yang telah berjaya cheida hadiri hihi


My sweet housemate from PSP..
My jahat housemate n her jahat hubby  right now waiting
they 1st dilevery baby on this januari maybe hihihi 

pengantin remaja :) 
my clasmate.. Dieda n her hubby.. waiting for new baby..

pengantin perempuan sahaja yang ada yg le laki hilang haha
ieda n syafiq


Jiran kaltil dan loker masa sekola dulu haha Famiza with her hubby

Our FBO (final buy off bukan FBI ok) finally haha ..
harap2 past ni slow ckitlah volume tu hahhaa

Thats for all actualy banyak lagi tapi just letak yang ada je lah eak.. hihihi ok this week until end of dec atur lagi okesss.. rumah tutup periuk dapur off!! hahah erk cheida bila lagi?? lalalala no komen...
Till Then~

p/s:all photography n editing done by me :)

Monday, July 30, 2012

“ARE U READY GETTING MARRIED??”

As-Salam..
So kali ni cheda nak berkongsi sikit pasal sedikit info yg cheda dpt melalui email… Cheda agak tertarik mengenai topic yang di bincangkan iaitu “DAH READY KER NAK KAHWIN”  Terutamanya bagi yang tak kahwin lagi mcm cheda ni hihihi… Al-Maklumlah syawal dah nak tiba so mungkin ramai yang akan mendirikan masjid pada musim2 cuti panjang ini… Bila tengok orang kahwin kita pon teringin sangat nk kahwin (tak terkecuali cheda sendiri). Yelah dengan baju,make up,pelamin photography.. huhu semuanye owsem!!  buatkan hati kecil ku ini meronta2 nak kahwin!! (Mama!! Cek nak kawen!!) hihihi
Okeh!! Moh kite ke topic asal semula.. sebelom cheda melencong lebey jauh lagi.. hihihi..
DAH READY KE NAK NIKAH???
Meh kita tgok lu HUKUM NIKAH

1.
Harus
·         hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·         mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·         seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
·         mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·         seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini


Selalunye law ikot dari segi faktor umor ,kerjaya kita.. Maybe dah mewajibkan kita untuk berkahwin dah but, are u really ready for getting married?? (Oh my English!!  ;P)
sumber google.
Okess.. Let’s talk about it...
Adakah anda sudah sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda? 
Ø  Ooo…nak cari pasangan yang tak kisah isteri pandai/boleh masak ke tak. Or maybe ampa leh kata lpas kahwin leh balajaq masak.. but I tell you, lelaki ni sat je tak kisah, sekejap je boleh la makan luar… Tapi, takkan nak makan nasi bungkus je beb, takkan nak makan luar setiap masa… mampoih la kopak… hahaha then lepas kahwin baru nk belajar masak?? Sempat ken k balajar??  sampai suatu masa, mesti nak bini dia masak…So lepas kahwin jangan sampai laki asyik balik rumah mak je sbb kembang tengkuk makan nasi bungkuih hari2... Time tu jangan korang nk kata dia anak mak pulak..   So Boleh masak ke?? Hihihi
 Adakah anda sudah sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda?
Ø  Yes!! This is very important things when u gets married.  Ampa tak boleh serapat mana berkawan dengan lelaki lain lagi, TAK boleh senang-senang keluar rumah lagi, TAK boleh balik jauh-jauh malam. TAK boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan lelaki.  TAK boleh rewang2 macam zaman bujang lagi.. Semua ni jika anda lakukan jugak setelah kahwin… WAh!! That’s means ampa berkahwin dengan suami yang sporting dan tak jealous… BUT ALL that akan membuat dia merasa tercabar!
Adakah anda sedia meletakkan suami lebih dari semua orang?
Ø  Bukan kawan anda, bukan saudara mara anda, bukan kawan-kawan anda, BUKAN semua orang! Semuanya untuk suami anda, nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa, apa-apa sahaja… MESTI rujuk pada suami, boleh?
Adakah anda ready to be a real housewife?
Ø  HOHOHO inilah perkara yang sering aku dengar dari rakan sekerja yang sudah berkahwin dan beranak... Walaupun anda seorang Career Woman, pagi-pagi nak kena pergi kerja. Kena siapkan kerja yang bertimbun… bila anda balik rumah, you’re NOT a career woman anymore, adakah anda ready to face that? Ampa kena kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, gosok baju suami,  Bertuahlah Kalau jumpa suami yang ringan tulang membantu kerja rumah,. Tapi kalau yang malas, amacam?
Adakah anda sedia untuk menghadapi ibu mertua mu?
Ø  Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan ampa dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian lama?  Masakan tak sesedap masakan yang dia masak, bersih tidak sebersih dia. Walau bergunung usaha anda namun satu pun tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri anak lelakinya dari dia beb hehehe… sampai bila-bila pun dia akan menyimpan dendam.Tapi tak bermaksud mak mentua ampa tu jahat hihi dia Cuma sayang kat anak laki depa over ja :P.. But I think not all mother in-law mcm tu...  Amacam? Ready nak kahwin?
Adakah anda betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi?
Ø  Bukan ingin menakutkan ampa…Tapi nak bagi tahu the reality!! Tapi kalau dah sampai jodoh.. dan ampa semua betoi2 dah ready nak kahwin.. Just go ahead kalau sekadar nak kahwin,kerana semua orang dah kahwin… tetapi belum betul-betul ready lagi… ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai. Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan  yang hanya berkahwin beberapa bulan BAMM!! Bercerai!
Kesimpulanya disini ...  kepada mereka yang diluar sana especially gurls la…. Jangan takot kalau semua rakan-rakan anda dah berkahwin tetapi anda tidak.. Berkahwin suatu perkara yang sangat mulia dsisi agama  Tapi please!! Jgn gunakan alasan untuk berkahwin itu untuk mengelakkan maksiat.. That’s not true.. jgn menyalah gunakan istilah kesucian perkahwinan itu.. and biarlah kepada makcik-makcik kg kepoh bertanyakan bila ampa nak kahwin.. law depa Tanya ampa Tanya depa balik awat mak cik nak sponsor cek nikah ka?? ka mak cik ada anak nak remen mai? Hahaha tapi bukan entry ni bukanlah bermaksud yang cheda anti kahwin no..no..no… jangan salah faham eak..
Just sharing with korang “ARE U READY GETTING MARRIED??”








Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)