Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING
Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

AMARAN!! 18SG TAK BERANI JANGAN TENGOK

As-Salam

Morning alls!! hahaha Terlebih dahulu cheida ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blog cheida.. Sayang korang!!!

Memandangkan esok hari raya korban.. Pada mereka yang akan pulang ke kampung pada hari ini... memandulah dengan berhati-hati.. Ingatlah wajah mereka yang menanti dan lembu yang hendak dikorbankan.. Jangan sampai anda yang terkorban pulak..

So semalam dalam perjalanan pulang dari kerja.. Cheida ternampak la satu kemalangan dipersimpgan lampu isyarat... Tak tahulah cheida syeh apa masok dalam badan boley pulak berenti motor.. pergi Gaji wartawan tak bergaji..

Ikotkan memang salah lah sebab.. menyibuk satuhal.. bagi sesak jalan plak.. haha.. mengangu lalu lintas dan kerja bomba.. erk tapi ntah la selalu jalan je.. tapi semalam.. Tujuan cheida paparkan ni bukan nak aibkan sesiapa tapi pengajaran buat korang.. Berhati-hatilah memandu.. kesian pada keluarga dan orang lain.. Janganlah memandu mengikut perasaan pentingkan diri..
Rumah tu melekat je kat tanah tak kemana pon.. Ambillah ini sebagai IKTIBAR DAN PENGAJARAN

Tapi tak berani jangan tengok!! AMARAN!!





p/s:walau apa pun bangsa arwah/mendiang sama-samalah kita doakan agar dosa-dosanya diampunkan allah amin..

Thursday, October 18, 2012

My first besday prasent...

As-Salam...

Harini  hari genaplah aku hidup dimuka bumi allah ini selama....
2++++ muahahahahah rahsia ke? Tak lah malu je nak bagi tahu.. :P
Actualy bos aku dah celebrate ari isnin ritu. This month is single besday grop!!
wehaaa and bos cakap next year semua kena keluar dr title single.. termasoklah dia sendiri..
erk arahan ke apa nih?? hahaha.. kalau dia nak kahwin jalan je la dulu..
Cheida sama kawan stil 2++ ma hihihi dia dah 3++ (halamak terkutuk plak..hahah)

besday gurlss!! 

Terima kasih bos for the cake.. sedap sgt!!..
dan hari ni.. chak!! im already tambah setahun haha... dan hadiah pertama yang dapat adalah...


yeah!!! dah 10x ulang pi toilet ni huhuhuhu... makan apa tak tahu lah...
Terima kasih rakan2 yg wish besday untuk cheida :):):) may allah bless u all...











Thursday, September 27, 2012

Pesanan Hawa kepada Adam...

Wahai Kaum Adam!!
Tolonglah!! Tolonglah jangan menyakiti kami kaum hawa!!
Berhentilah memberi seribu pengharapan kepada kami!!
Jangan pernah cuba untuk memberi kami impian yang tak pasti!!
Jangan pernah untuk menyatakan hasrat menjadikan kami sebagai isteri
Namun tidak pernah berusaha untuk membuktikan apa yang dinyatakan...
Menjauhkan diri dari kami apabila mengahadapi masalah yang ada penyelesaiannya..
Janganlah memberikan alasan yang tidak munasabah bila kau sudah tidak memerlukan kami...

Wahai Kaum Adam!!
Tahukah engaku untuk apa kau diciptakan buat kami??
Apakah tanggungjawabmu setalah kau menerima qabul dari ijab yang dilafazkan??
Mengertikah kau akan apa tangunggangmu keatas diri kami kaum hawa??

Wahai Kaum Adam..
Tegarnya kau menyakiti hati kami yang rapuh dan nipis..
Kau mengajar kami erti kehidupan dan mengubah kami kearah kebaikan..
Namun kau jugalah menghancurkan segala pengharapan..
Apakah erti semua ini???


Berhentilah kau wahai Adam..
Berhentilah kamu dari menyakiti hati kami sang Hawa..
Kasihanilah kami.. kerana kami adalah..
Hawa Yang Memerlukan Adam disisi..
Untuk membimbing kami kearah jalan yang tulus...
Memberi kami pelindungan, serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...


















Saturday, September 08, 2012

Department ada toyol?

As-Salam..

Hoho Entry ala2 misteri nusantarakan?? Actually sejak hari rabu sehingga hari ini cheida berasa sangat down down down... lemah tak bermaya.. sedih... pening.. serabut tak tahu nk describe dah... Semua perkara dibuat tak menjadi...

serabut togey


terbang melayang2 
Duit yang cheida bawak untuk dibuat bekalan sehingga gaji akan datang dan membayar bil-bil tertunggak lesap.... LESAAPPP??? HILANG?? Ya hilang... Berapa?? Hmm Lebih kurang cukup perbelanjaan pergi kerja selama 2 minggu. Maksudnya?? (Duit makan di kantin harga ala-ala Hotel 5 stars + Minyak Motor @ kereta + duit belanja untuk mama saya = RM+++.00)


Adoi cheida dah pening... Nak tuduh tak ada bukti?? Tapi kalau bukan dia siapa lagi?? Masok kali ni kali ke3 duit dan barang cheida kena rembat di tempat yang sama.. Ya Cheida memang lalai..
Salah sendiri padan muka!!



p/s: cuba untuk redha dan tawakal itu bukan rezeki cheida.. :(




Wednesday, August 01, 2012

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!


Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!
by ILALALA on JULY 29, 2012





Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakankanak-kanak diderakanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Sumber: http://www.jomberita.com/di-china-ibu-yang-melahirkan-anak-kembar-12-dipaksa-memilih-1-dan-11-yang-lain-akan-dibunuh/

Holamak…. Undang-undang jenis apa ni diorang guna pakai???
Adey… depa x taw ka.. anak tu anugerah tuhan dan merupakan rezeki dari allah??  Kesiankan tengok bayi-bayi yang cute n comel  ni?? Sobkh2… sedey hati cheda baca artikal ni… orang yang betul2 mahukan anak.. x dapat anak… yang dah dapat senang2 je campak sana sini nauzubillah…
Family ni sendiri mengaku mereka dah lama menunggu kelahiran cahaya mata.. bila allah dah kurniakan kepada mereka sanggup pulak dia nk campak lagi sebelas… adoi.. sungguh tak berperikemanusiaan…
Aku mintak kerajaan china  ni kaji balik undang2 yang diorang guna pakai sekarang ni.. undang-undang diorang betul-betul tak berikemanusiaan…

Dalam hal ni siapa yang patut dipersalahkan??? Kepada rakyat cina.. Ubahlah kerajaan anda.. anda yang menentukan (cewah macam kempen politik plak cheda ni hahahha)..







Friday, July 20, 2012

Wordless Friday

"mereka melihat apa yang berlaku, mereka memerhati apa yang terjadi, namun..... adakah mereka faham apa yang berlaku?? adakah mereka mengerti apa sebenarnya yang terjadi??"



semoga ramadhan kali ini memberi satu nafas baru buat diriku ini dan andainya ia ramdhan terakhir buat aku dan dirinya jadikanlah ia ramdhan yg terbaik buat kami....

Saturday, July 14, 2012

Disable right click??

As-Salam...
Hi Selamat Pagi semua...



Actualy  kali ni aku nak tanye sikit la korang perlu ke DISABLE kan Right Click function tu????
Sepanjang aku blog walking ni.. ramai juga la aku tgok yg Disable kan function tu... Untuk apa eak disable kan function tu??  Tak nak orang ciplak idea korang eak??? Hebat sangat ke idea korang tu?? kunun HAK CIPTA TERPELIHARA???

Korang tahu apa function right click ni?? korang leh cek sini okey..
Aku tengok kebanyakkan yang disable right click function ni tak de la tara mana pon entry diorang.. Kenapa korang rasa entry korang tu hebat sangat eak yang buat disable tu??
Even Blogger-blogger yang PAMOS dari mereka-mereka itu, tak ade nak letak disable-disable function ni.
Actually for me la..  benda ni menyusahkan orang untuk membaca entry korang yang lain.. function right click tu bukan untuk COPY and PASTE saja banyak lagi function yang ada... SO TAK PAYAH NAK PERASAN SANGAT entry korang tu hot n bagus....

Sebenarnye benda ni tak salah pon korang nk letak disable Right click tu... tapi kan ayat yang korang letak dekat dialog box  tu jagalah sikit.. Letak ayat yang baik-baik tak salah pon orang pon tak de la rasa nak marah or meluat terus nak pergi blog korang tu...
aku ada baca 1 blog ni dia cakap ade je sofware yang membolehkan korang detect copycat entry korang tu.. itu pon kalau rasa entry korang tu ade orang nak copy (--_--!!)


P/S:sebenarnye agak sentap ngan 1 blog ni dialog box for disable right click  tu bagi aku ayat dia tu agak KURANG AJAR..  ikotkan setan yang tengah menghasut ni mau saja aku mention blog dia hahahaha

Monday, July 09, 2012

Tolong Saya~~

As-Salam...

Apalah nasib hari ini.. Hp hilang semalam... Pagi tadi bangun lambat (sbb x da alarm (T_T) )
Sudah la lambat kelam kabut bersiap... sekali saya terduduk atas lapy Crack!!!! arghhhh screen laptop sya pecah!!!! adoiilaaaa....

Saya sangat memerlukan pendapat dan bantuan rakan2 blogger... ada sesiapa tahu price untuk mengantikan LCD crack brand ACER. kebanyakkan yg saya survey semua hampir kepada RM400++
adoiii... mati la mcm ni...


Mood sekarang : Caca merba... APTB.. semua keja x menjadi

Thursday, June 14, 2012

Kesakitan yang Teramat!!


ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ
And very good afternoon.. (erk dah macam nak sampaikan story telling plak)

Hadoiyaiiii sakitnya telinga cek ni.... tak tahu nak descripe macam mana sakitnya!!
Huwaaaa tolonglah saya.. nyut2 menangkap gusi naik ke kepala hotak... Hadoiii..
so sekarang ni mood memang out of service... Tak mampu berfikiran secara rasional...
adeyyyy...   plss.. plss.. pls...  janganlah ade sapa-sapa datang cari pasal sama aku hari ini...


lebih kurang mcm nilah keadaan aku skrng hoho sumber google


p/s: kifarah atas segala dosa-dosa yg aku lakukannn hurm... (T_T)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)