Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Pesanan Hawa kepada Adam...

Wahai Kaum Adam!!
Tolonglah!! Tolonglah jangan menyakiti kami kaum hawa!!
Berhentilah memberi seribu pengharapan kepada kami!!
Jangan pernah cuba untuk memberi kami impian yang tak pasti!!
Jangan pernah untuk menyatakan hasrat menjadikan kami sebagai isteri
Namun tidak pernah berusaha untuk membuktikan apa yang dinyatakan...
Menjauhkan diri dari kami apabila mengahadapi masalah yang ada penyelesaiannya..
Janganlah memberikan alasan yang tidak munasabah bila kau sudah tidak memerlukan kami...

Wahai Kaum Adam!!
Tahukah engaku untuk apa kau diciptakan buat kami??
Apakah tanggungjawabmu setalah kau menerima qabul dari ijab yang dilafazkan??
Mengertikah kau akan apa tangunggangmu keatas diri kami kaum hawa??

Wahai Kaum Adam..
Tegarnya kau menyakiti hati kami yang rapuh dan nipis..
Kau mengajar kami erti kehidupan dan mengubah kami kearah kebaikan..
Namun kau jugalah menghancurkan segala pengharapan..
Apakah erti semua ini???


Berhentilah kau wahai Adam..
Berhentilah kamu dari menyakiti hati kami sang Hawa..
Kasihanilah kami.. kerana kami adalah..
Hawa Yang Memerlukan Adam disisi..
Untuk membimbing kami kearah jalan yang tulus...
Memberi kami pelindungan, serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...


















Sunday, September 23, 2012

Maru VS Momoi

As-Salam

Sejak beberapa minggu ni.. cheida tak dapat berenti dari download gambar si maru dan tgok video si maru ni.. waaah sukanya!! suka sangat dah jatuh cinta sama si maru ni!!! huwaaaa... mom!! i want it!! kalaulah si maru ni ada kat malaysia.. dah lama cheida gi rompak.. ups... hihihi
Maru ni kalau tengok dekat U-tube.. sangatlah lincah! comel! dan yang paling best dia suka kotak!! masok dalam kotak!! hahaha comel sangat tengok aksi maru!! hihihi


huwaarghh malasnyeeee

chak!
iyah iyahh!!
Tengoklah aksi si maru tu.. Comel kan.. hahaha... Hmm bila tengok maru.. teringat dekat momoi..
Momoi?? Sapa plak momoi?? Momoi tu kucing cheida la.. tapi dah arwah.. sobkh sobkh... huuuuu..
sedeynye... rindu sangat sama dia... Mati sebab apa? sebab ada manusia berhati kejam letak racun dalam makanan lepas tu bagi dekat kucing-kucing di sekitar taman.. (sebab banyak kucing mati time tu.)

sedapnyee tido..
Cheida memang tak kurung momoi.. sebab momoi tak macam kucing lain.. bila tengok maru teringat sama momoi.. fizikal momoi hampir sama ngan maru.. lepas tu suka tido kangkang..

Huhuhu tapi momoi malas..  Sangatlah pemalas..
Dia tak lincah macam maru.. sikit-sikit je.. yang dia pandai mengorat.. masuk je musim mengawan haiiii... selagi tak lapar.. tak nampaklah muka dia...
Yang buat 1 family sayangkan momoi ni.. Dia bijak.. Kalau dia tahu orang tu tak suke dia.. (tak suka kucing la) lagi dia dekatkan diri sama orang tu.. hahaha..

Mama cheida memang tak suka kucing.. tapi sejak ada momoi mama cheida bukan main sayang..
pagi-pagi gerak kita orang dah pukul 6.. Bukan apa time dia sahur la tu.. hihihi...

arrhhh rindu sangat sama momoi.. bila panggil dia momoi!!! dia mesti menyahut.. meooww lepas tu belari datang kat kita... huhuhu..... sekarang tinggal kenangan.. momoi dah tak ade.. sunyi je.. huhuhu..

Im am Momoi

pura-pura pengsan sebab tuan tak nak layan..
Ni lah pic pengubat rindu cheida dan video pendek cheida usik dia.. huhuhu tinggal kenangan..
Wishlist!! Nak cari kucing lincah dan besar macam maru dan momoi!! hihihi

Till then~~

Thursday, September 20, 2012

Buat Mama

Mama…
Kau telah mengandungkan diriku selama 9 bulan,
Melahirkan aku sebulan selepas sebulan kau menyambut hari lahirmu…
Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
Menjaga aku ketika sakit…

Mama…
Kerana telah bersabar dengan segala karenah ku..
Mendengar segala permasalahan ku..
Menjaga segala makan dan minumku dari kecil hingga dewasa
Menyediakan segala kemudahan buat diriku…
Berkorban segalanya demi diriku..
Seorang diri…
Tanpa kasih seorang insan bernama suami…
Menahan telinga dari cacian mereka yang bernama saudara…
Membutakan mata kerana perbuatan mereka..

Mama…
Meskipun aku masih belom mampu menyediakan segala kemudahan buatmu
Sungguhpun  kehidupan kita tidak seperti mereka yang lain,
Sungguhpun kita sering bertelagah
Percayalah mama…
Itu semua bukan niatku menyakiti hatimu…
Aku juga manusia biasa…
Mempunyai hati yang rapuh dan sering membuat khilaf…

Mama…
Percayalah setiap dugaan yang kita hadapi kini..
Pasti ada hikmah disebaliknya..
Apa pun yang terjadi keatas dirimu..

Insyallah..
Aku tidak akan meninggalkan mu..
Hingga akhir nafasku nanti…
Kaulah ibu yang terbaik buat diriku…
Moga kau dikurniakan Jannah disana kelak…
Mendapat Rahmat segala yang terjadi pada dirimu..
Moga kau tabah menghadapi segala dugaan yang diberi..
Aku anak mu akan cuba membahagiakan dirimu…
Terima Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat diri ini selama 24 tahun,
Bersabar denganku selama 24 tahun…
Selamat Hari Lahir mama…
Yang ke 50..

hanya ini yang ku mampu 


Kudedikasikan lagu ini buat dirimu: 



Sunday, September 16, 2012

Smile even its hurt

Senyumlah...
Senyumlah walau dirimu terluka..
Sembunyikan kedukaan itu disebalik senyuman mu...
Usahlah menyembunyikan senyumanmu yang menawan disebalik wajah duka mu itu..

Senyumlah...
Senyum walaupun terpaksa..
Walaupun kau berduka..
Walaupun kau tak suka...
Kerana senyuman itu penawar segala duka..

Senyumlah..
Senyum itu sedekah dan ianya penawar duka..
Biarkan mereka tidak tahu apa maksud tersirat disebalik senyuman mu...
Pekakkan telinga atas segala tomahan dan cacian yang dilontarkan padamu..
Butakan mata dari melihat segala noda dan dusta yang dilemparkan kearahmu...

Namun jika kau tidak mampu

Berserahlah pada yang esa..
Mengadulah padanya...
Menangislah dikau dihadapanya..
Kerana dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirimu...
Kerana semua itu sudah tersurat kepada dirimu...
Pasrahlah redha akan qadak dan qadarnya










nurkilan cheida mymee 2.29am/16sept12

Sunday, September 09, 2012

Bored Sunday..

As-Salam....


Hohoho bushannye hari ini.. nak upate pon x de idea.. nak buat apa eak?? hahaha.. tak tahu nak buat apa so nak tayang gambo aje la.. Gambo sape?? hihi Gamba kesayangan hamba..

hihihi so just enjoy!!



my hapening frens..

pak su n mak su family..

cousin like tarzan

my beloved mama..

adam,qilah and ibu


kids fuel good world

one of housemate weding day

konvokesyen day

classmate sporting abis!!

my schoolmate n classmate since 2001.

Mr Teddy..



Itu saja setakat ini.. nak letak bnyak sangat hihi lain kali kita share lg...
Thill then~

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)