Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING
Showing posts with label madah. Show all posts
Showing posts with label madah. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Pesanan Hawa kepada Adam...

Wahai Kaum Adam!!
Tolonglah!! Tolonglah jangan menyakiti kami kaum hawa!!
Berhentilah memberi seribu pengharapan kepada kami!!
Jangan pernah cuba untuk memberi kami impian yang tak pasti!!
Jangan pernah untuk menyatakan hasrat menjadikan kami sebagai isteri
Namun tidak pernah berusaha untuk membuktikan apa yang dinyatakan...
Menjauhkan diri dari kami apabila mengahadapi masalah yang ada penyelesaiannya..
Janganlah memberikan alasan yang tidak munasabah bila kau sudah tidak memerlukan kami...

Wahai Kaum Adam!!
Tahukah engaku untuk apa kau diciptakan buat kami??
Apakah tanggungjawabmu setalah kau menerima qabul dari ijab yang dilafazkan??
Mengertikah kau akan apa tangunggangmu keatas diri kami kaum hawa??

Wahai Kaum Adam..
Tegarnya kau menyakiti hati kami yang rapuh dan nipis..
Kau mengajar kami erti kehidupan dan mengubah kami kearah kebaikan..
Namun kau jugalah menghancurkan segala pengharapan..
Apakah erti semua ini???


Berhentilah kau wahai Adam..
Berhentilah kamu dari menyakiti hati kami sang Hawa..
Kasihanilah kami.. kerana kami adalah..
Hawa Yang Memerlukan Adam disisi..
Untuk membimbing kami kearah jalan yang tulus...
Memberi kami pelindungan, serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...


















Thursday, September 20, 2012

Buat Mama

Mama…
Kau telah mengandungkan diriku selama 9 bulan,
Melahirkan aku sebulan selepas sebulan kau menyambut hari lahirmu…
Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
Menjaga aku ketika sakit…

Mama…
Kerana telah bersabar dengan segala karenah ku..
Mendengar segala permasalahan ku..
Menjaga segala makan dan minumku dari kecil hingga dewasa
Menyediakan segala kemudahan buat diriku…
Berkorban segalanya demi diriku..
Seorang diri…
Tanpa kasih seorang insan bernama suami…
Menahan telinga dari cacian mereka yang bernama saudara…
Membutakan mata kerana perbuatan mereka..

Mama…
Meskipun aku masih belom mampu menyediakan segala kemudahan buatmu
Sungguhpun  kehidupan kita tidak seperti mereka yang lain,
Sungguhpun kita sering bertelagah
Percayalah mama…
Itu semua bukan niatku menyakiti hatimu…
Aku juga manusia biasa…
Mempunyai hati yang rapuh dan sering membuat khilaf…

Mama…
Percayalah setiap dugaan yang kita hadapi kini..
Pasti ada hikmah disebaliknya..
Apa pun yang terjadi keatas dirimu..

Insyallah..
Aku tidak akan meninggalkan mu..
Hingga akhir nafasku nanti…
Kaulah ibu yang terbaik buat diriku…
Moga kau dikurniakan Jannah disana kelak…
Mendapat Rahmat segala yang terjadi pada dirimu..
Moga kau tabah menghadapi segala dugaan yang diberi..
Aku anak mu akan cuba membahagiakan dirimu…
Terima Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat diri ini selama 24 tahun,
Bersabar denganku selama 24 tahun…
Selamat Hari Lahir mama…
Yang ke 50..

hanya ini yang ku mampu 


Kudedikasikan lagu ini buat dirimu: 



Sunday, August 05, 2012

Cantik wajahmu...

As-Salam…

CANTIK… cantik tu subjektif… Siapa yang  tak nak cantikkan.. termasuklah aku sendiri… Bertuahkan sapa yang memang dah dilahirkan semula jadi cantik..

Manusia ni memerlukan kecantikan dalam hidup mereka.. Bohonglah kalau ada yang menafikan yang mereka tidak memerlukan KECANTIKAN. Nak baju CANTIK, kasut CANTIK,rumah CANTIK ,kulit Cantik,wajah CANTIK, isteri CANTIK, dan macam-macam lagi CANTIK. SEE… betapa  pentingnya CANTIK dalam kehidupan kita…
cantik


cantik rupamu adalah ujian darinya

But… adakah CANTIK pada zahir sudah mencukupi buat kita??.. Kita selalu dengar orang cakap especially “guy”… “rupa paras x CANTIK x pe asalkan hati CANTIK”. Ye ke CANTIK x penting?? Hahaha tipulah statement tu.. cheda bangkang 100% sapa cakap mcm tu. Korang berani jamin ke kalau ade perempuan CANTIK VOUGE yang lalu depan korang,korang takkan tengok?? Even perempuan pon akan mengerling inikan pulak guys.. HELLO PLS!! jangan cakap tak serupa bikin okehh!! hihihi… Tapi kalau cantik rupa saja memang x cukuplah… Sebab zaman sekarang ni ramai sgt dah orang yang cantik.. bg aku semua makhluk dimuka bumi ini diciptakan sempurna dengan kecantikkan zahir masing-masing..

Untuk kelihatan cantik kita sanggup menghabiskan ratusan ringgit  dengan membeli pelbagai produt kecantikan semata-mata untuk kelihatan cantik..  bahkan ada yang sanggup untuk membahayakan diri dengan megambil suntikan dan pemedahan semata-mata untuk memuaskan nafsu kecantikkan mereka..
dia cucuk sana dia cucuk sini.. sumber google

Kalau muka cantik perangai huduh pon x guna juga…  So bagi aku lebih baik seimbangkan kecantikan zahir dan batin itu sekali.. jangan hanya mejaga kecantikan zahiriah sahaja.. kecantikan batin iaitu kecantikan akhlak dan budi pekerti kita itu perlulah diutamakan… itu yang lebih penting.. Tapi manusia sekarang lebih tertarik @ memilih kecantikan zahiriah… dek kerana itu mereka membutakan hati dan mata untuk melihat kecantikan batin.. Dan nasihat aku pada rakan-rakan dan juga pada diri sendiri danagar aku istiqamah dalam menjaga kecantikan dalaman dan luaran demi menjaga martabat dan maruah aku sebagai muslimah sejati insyallah.. doakan terbaik buat diri aku dan untuk kita semua :)



Akhir skali ingatlah wahai teman.. cantik rupamu ada ujian dari allah yang bersifat sementara... hiasilah ia dengan akhlakmu yang indah...


“Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,”

thanks for reading..
salam ramdhan...

Friday, July 20, 2012

Wordless Friday

"mereka melihat apa yang berlaku, mereka memerhati apa yang terjadi, namun..... adakah mereka faham apa yang berlaku?? adakah mereka mengerti apa sebenarnya yang terjadi??"



semoga ramadhan kali ini memberi satu nafas baru buat diriku ini dan andainya ia ramdhan terakhir buat aku dan dirinya jadikanlah ia ramdhan yg terbaik buat kami....

Thursday, July 19, 2012

Berdosanya Aku

Berdosanya Aku...
Semalam aku telah melukakan hati seorang insan...
Aku telah mengalirkan air matanya..
Aku telah menghamburkan segala yang terbuku dihati ini...
Bukan niat aku untuk meninggikan suara...
Namun apakan daya kesabaran aku tercabar jua..

Dek bisikan syaitan...
Aku telah menghancurkan hatinya...
Setelah sekian lama aku bersama dirinya...
Namun semalam telah menghancurkan segalanya...
Tiada lagi syurga buat diriku..
Tidak ada peluang buat diriku untuk mencium bau syurganya...
Kerana aku telah digelar anak derhaka buat dirinya..

Maafkanlah aku...
Andai sememangnya aku anak derhaka buat dirimu...
Andai aku terlalu mementingkan diri..
Halalkan setiap teguk susu yang pernah kau berikan...
Ampukan segala dosa ku dari sejak aku wujud dalam rahimmu
Sehinggalah aku dewasa dan menjadi seorang insan yang mungkin tidak berguna buat dirimu...

Fahamilah Ibu...
Anakmu ini insan yang sememangnya tidak sempurna..
Ampunilah aku agar siksa dan azab kubur yang bakal aku tempuhi nanti diringankan...

Hanya satu aku inginkan darimu..
Keampunan serta restu doa darimu...

Tuesday, July 03, 2012

Wordless Tuesday

Pabila Cemburu Menguasai HATI,
NAFSU Menguasai Pemikiran,
SYAITAN Mula Memainkan Peranan.....



Mulakanlah HARImu Dengan BISMILLAH...
dan AKHIRNYA Dengan ALLHAMDULILLAH...


Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Kita Pada Hari Ini...
Amin....

Monday, June 25, 2012

Kuatkan semangat!!

As~Salam

Tak tahu sama ada apa yang aku luahkan nanti apa kesan dan keputusan yang bakal berlaku namun apa yang pasti ia akan memberi impak dan kesan yang sangat mendalam dalam kerjaya aku selepas ini..

Namun apa yg pasti.. aku inginkan sebuah perubahan dalam kehidupan aku.. dalam kerjaya aku...

For my own future!! i must do it!! yes!! i can!!

Ya allah permudahkanlah segala urusan ku nanti..
Kuatkanlah hatiku menghadapi cabaran yang bakal dilalui...
Kurniakanlah aku rezeki yg barakah dari mu.. amin~~

Friday, June 15, 2012

Tahukah kamu?


Namun aku masih tersenyum tatkala hati penuh dengan kerunsingan dan kesedihan...  Namun tahukah kamu??

Aku kesal dengan diri sendiri... kesal dengan kehidupan yang terpaksa aku jalani...
Benci,Marah,Geram, Menyampah sentiasa tebuku didalam hati ini...
Aku terpaksa Menghalalkan sebuah dosa demi kepentingan diri??? Aku tidak mampu menghulurkan bantuan kepada orang yg sangat aku sayangi disaat dia membutuhkan pertolonganku adakah Inil petanda hidup tak diberkati...

MEREKA Sanggup meminta semula perkara yg pernah dihalalkan suatu masa dahulu...  Namun aku tak pernah meminta perkara yang menjadi kewajipan mereka sendiri.. meskipon mereka tahu batas kemampuan diriku dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yg ditinggalkan oleh Ibu dan ayahku sendiri.... Namun tak pernah aku meminta balasan itu semua..



Dengan ikhlas anak-anak mereka dilayan oleh ibuku seperti anak sendiri... Bahkan lebih dari anak sendiri?? Namun?? Susu dibalas tuba.. segala kebaikan dibalas dengan racun....

Tercabar segala kesabaran yg ada!! Bila susah seorang pon tak nampak.. Dihina-hina ketika bantuan dipinta... Bila senang..  Ade duit sikit semua jenguk muka.. dan meminta-minta apa yang x pernah masok dek akal fikiran yang masih waras!!


Ya allah dihari jumaat yang barakah ini aku memohon padamu.. Permudahkanlah segala urusanku didunia dan akhirat kelak.. Kuat dan tabahkan hati ini mengahadapi Segala dugaan yg kau berikan..
Jadikanlah aku hambamu yg bersyukur dan berkhatilah aku dan ibuku didunia dan akhirat..
Amin~~






P/s: luahan perasaan di pagi jumaat bukan memburukan sesiapa atau mengukit apayg telah dilakukan sekadar meluahkan apa yg terbuku dihati sekian lamanya...

Tuesday, June 05, 2012

No Idea~~~

ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ

No Idea today... hohohoho Just Blog walking wehaaa
 But nak share one qoute for all my belevod friends at here.. before thuesday end by today hihi..

renung-renungkan dan selamat beramal...

"Not everything that is faced can be changed. But nothings can be changed until it is faced"

p/s: ty for my new follower coz sudi follow i yg x pemes ni v(^_^)v
 syg kamo ketat2 yay!!! hihihihi

Thursday, May 31, 2012

kembalikan semangatku!!!


ﺃﻟﺴﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ


Hadoiyaiii kenapalah pagi ni rasa lemah semacam.. Tak bersemangat lansung..
malas!! mengantok!! semua ada..

Bilalah nak kaya ni huhuhu x payah kerja dah hahaha... Kakak kat kilang aku cakap kalau malas kerja kahwin la cepat-cepat erkkkkk...  Idea yang sangat tok bijok muahahhaha... Tapi best jugak idea tu.. miahhahaha (miang sudah mari)
Kalau Kahwin dengan anak raja ke.. Anak dato ke.. anak orang-orang kenamaan ke boleh la goyang kaki duduk rumah muahahahah... (mula pasangan angan-angan setinggi gunung everest). Ok sudah jangan nak berangan la sheda oii mana nak mai anak raja minang minah kilang macam ang ni hihihihi anak raja biraisamy ado la.. hahaha


hari bahagia one of my housemate n classmate!! dah nak jadi mumyy dah pon V(^_^)V

Ya allah bantulah hamba mu ini dalam rutin seharia.. permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini..
Amin.......
 

sekian, terima kasih sudi menyinggah hihihi

Monday, May 07, 2012

Madah Senanyan

WORDLESS MONDAY

“Aku Mungkin Lancang Dalam Berkata-Kata, Namun Itu Tidak Bermaksud Aku Mempunyai Sekeping Hati Yg Kejam

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)