Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, December 13, 2012

Cinta Terhalang

As-Salam..


     Hari itu ada baca dari salah satu blog kegemaran iaitu cik fifie pasal cinta terhalang oleh orang tua.. Hmm then cheida terkenang kembali kisah dimana suatu ketika dulu cheida sanggup bergaduh dengan mama cheida semata-mata kerana CINTA dan LELAKI!!


    Ya aku anak derhaka!! Korang gelarlah apa pun itu hakikatnya! Meh Flash back detik perkenalan aku dan dirinya cewahh ayat bebunga plak.Aku dan dia kenal sejak dibangku sekolah. Pada mulanya ketika zaman persekolahan kami tak pernah bertegur sapa (since he is the best and top student in our school). Jadi dia seorang budak yang skema lah. Nak dijadikan cerita, detik pertemuan bermula dan kembali ketika di bus station, dia perjalan pulang ke UM dan aku ke PUO.

       Disebabkan aku seorang yang ramah-tamah jadi aku menegurnya dahulu seperti biasa.kami bertukar-tukar no telefon.Dipendekkan cerita selepas kejadian tu jarang berhubung sehinggalah dia abis belajar dia menghubungi aku kembali kerana ingin meminta pertolongan untuk mencari kerja memandangkan bekerja dahulu darinya kerana aku hanya graduan diploma je.Sejak dari itu kami kerap berhubung dan berjumpa. Dia pon telah berjaya mendapat pekerjaan bedekatan kilang aku juga so lagi keraplah kami berjumpa kerana dekatkan.

     Dipendekkan cerita, tak tahu dimana silapnya mama seperti kurang menyenangi hubungan kami pada mulanya. Namun aku endah tak endah akan leteran mama,kerana bagiku semua tentang dia nampak indah,boleh dikatakan hari-hari keluar, setiap malam,balik lewat sedangkan kami hanya membuang masa lepak di warung mamak dekat rumah aku sahaja, Hingga aku mengabaikan mama (sedangkan mama lebih perlukan aku untuk bersembang dan bersama).

      Sejak itu aku dan mama selalu bergaduh dan sering bertelagah ,sehingga mama hilang kepercayaan pada aku. Kalau blik kerja lewat pon mama akan call sehingga pergi ke kedai tempat lain bersama rakan lain pon mama akan fikir aku bersamanya. Sampai begitukan rasa curiga dan tidak restu mereka pada orang yang mereka tidak suka?? Sedangkan pada aku dia adalah lelaki terbaik dimana dia menjaga solatnya,agamanya,tatasusilanya dan sebagainya.

        Namun firasat hati orang tua itu lebih baik dan bagus dari segalanya, sehinggalah pada satu malam aku bergaduh teruk dengan mama kerana dia, aku keluar dari rumah sehelai sepinggang berbekalkan purse dan beg kerja sahaja,seperti orang gila aku menunggang motosikal tengah malam tanpa hala tuju.. Menangis sepanjang malam dan menghubungi sidia. Sedih sangat sedih masa tu aku tak dapat berfikir apa pun hanya hancur luluh kerana aku sanggup melukakan hatinya, Malam itu aku ke rumah seorang rakan dan tumpang tidur disitu beberapa hari, Dirumah rakan dan tempat kerja aku berfikir kenapa aku sanggup menderhaka pada orang yang membesarkan atas kerana rasa kasih dan cintaku pada manusia sahaja?? Sehingga sanggup melukakan hati ibu yang membesarkan aku dengan penuh rasa kasih sayang walaupun dirinya  terluka kerana seorang lelaki juga, aku berfikir dan berfikir secara matang dan sehari sebelom puasa aku call mama hanya air mata  mengalir terdengar suaranya.. lagi laju mengalir apabila mendengar tangisannya..

Keesokkan hari 1 ramadhan aku pulang dan menciumnya memohon sejuta keampunan


          Selepas kejadian itu aku menjauhkan diri darinya, ya dia mungkin yang terbaik yang pernah aku jumpa namun dia bukan untukku dan itu yang tertulis mungkin.. Ada yang lebih terbaik buat dirinya yang menanti, sepanjang Masa tu pelbagai call dan SMS dia, tidak aku balas dan jawap  begitu juga email,sehinggalah satu hari aku  menyatakan padanya bahawa hubungan kami mungkin tidak mendapat restu dan aku meminta dia agar tidak menaruh harapan terhadap diriku lagi.. Hanya air mata sahaja menemai kami pada ketika itu.

      Sekarang bila terkenang kembali kisah itu aku berfikir secara positive mungkin ada hikmah disebaliknya, Orang yang kita rasakan terbaik itu tidak semestinya terbaik buat kita.

Aku sekadar berkongsi cerita dengan korang semua RESTU dari IBU & BAPA itu adalah lebih penting dari segalanya, Banyak kes aku melihat cinta yang tak direstui dan diteruskan jua mengalami begitu banyak konflik dan permasalahan dalam rumah tangga. Namun tak semua begitu, semuanya terletak ditangan kita untuk mengikut berlandaskan syariaah dan hukum allah atau pon berlandaskan hawa nafsu semata.

Allhamdulillah sekarang hubungan aku dan Mr him mendapat restu dan kami sedang membuat persiapan untuk langkah pertama untuk mengikat hubungan sebelom ke jinjang pelamin insyaallah.
Semoga ianya berjalan lancar sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya insyaallah.




P/S: jangan pernah membelakangi restu dan nasihat dari orang tua. Syurga anak itu ditelapak kaki ibu.
   Kepada sidia.. nmaafkan aku telah mencuri hatimu seketika namun kau bukan untuku,redha akan segalanya.. sudah tertulis bukan jodoh kita bersama.. ku doakan agar kau bertemu dengan yang seseorang yang lebih baik dan menerima dirimu seadanya...

Gambar sumber dari google

12 comments:

  1. tersentuhnya baca entry ni...
    rindu mak kita...
    wuwuwuwuw...

    ReplyDelete
  2. sedihkan bila cinta x direstu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih la akak huuu tp ibu tiads gnti laki boley jee

      Delete
  3. huhuhu thanks lala jaga amira baik2

    ReplyDelete
  4. sedih la jie baca entri ney...sob3...huhu
    btw..tahniah kak!! :-)

    ReplyDelete
  5. Thanks cheida tag fie, hehe. tapi betul kata chedia walaupun kita rasa lelaki tu adalah terbaik untuk kita tapi tak semestinya terbaik untuk parents kita. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sekarang sedih lagi ke tak nie. Hehe.

    ReplyDelete
  6. @jie :congrat untuk apa ye hahaha...
    @fifie:sekarang x sedih la tapi kadang terkenang rasa nyesal plak wat mama mcm tu

    ReplyDelete
  7. macam leh buat drama je ni..hehe
    cantik,hensem atau kaya camne pun pasangan kita tu kalo takde restu dari mak ayah tak berkat hidup.

    ReplyDelete
  8. terasa nk balik jumpa mama kite lak terbaca entri ni...kasih ibu tiada gantinya....

    ReplyDelete
  9. @nick: drama apa plak.. hahahah... tu lah apa pon restu penting...

    @KA: ur welcome

    @eedi : thanks

    ReplyDelete
  10. thanks juga jg bt @cheida dgn entri yg mbtkn diri ni tersedar sekjap...dah beberapa hari x call mama kt rumah....:)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada anda yang comel dan hensem yang sudi meninggalkan comment.. nanti cheida on9 cheida approve dan balas balik ye.. in syaa allah... :)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)