Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, January 19, 2012

Rahsia disebalik darah

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

 
Okeysss!! hari ni aku terasa nak share tentang rahsia disebalik darah ngan korang2.. hihihihi.. sebab kat tempat keja aku rajin ada program derma darah.. so aku nak terdapat la cikit info berkenaan darah n sifat peribadi seseorg.. terpulanglah kepada korang nak caya ke x.. hihihi



Anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

p/s: terpulang kepada individu nak percaya @ tidak semua ini hanya kajian semata2...




JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri

Sunday, January 01, 2012

Good Bye 2011

   Setahun sudah berlalu maka bertambah lagi la angka usia kita.. allhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati udara dimuka bumi allah..


    Sepanjang tahun 2011 bnyak kenangan pahit manis yg telah kita lalui...
ramai sahabat2 ku yg telah menamatkan zaman bujang, melangkah ke alam pertunangan dan bakal @ sudah bergelar ibu dan bapa.. tahniah aku ucapkan... 




 Dan x lupa juga pada yg kehilngan insan tersayang takhziah ku ucapkan.. sama-samalah kita menghadiahkan al-fatihah buat mereka.. semoga roh mereka ditempatkan bersama org yang beriman Amin~..










Tahun 2011 mengajar aku erti sebuah kehidupan yg sebenar.. banyak perkara yg aku lalui meski pun aku tersenyum namum di hati hanya tuhan yg tahu...


Alhamdullilah kehidupan aku pada tahun 2011 berjalan lancar.. meskipon tidak sempurna seperti insan lain namun aku bersyukur kerana allah memberi aku kesempatan bersama ibuku yg tersayang selepas tragedi hitam pada 26 november 2010....


  Aku percaya rezeki ada dimana2... nikmat allah kurniakan tak putus2.. begitu juga bala yg diturunkan.. menguji kita akan kealpaan dan kelalain kita terhadap dirinya...


    Aku tertarik akan post seorang kawan ku di FB wall.. "saya tak pernah berazam tetapi saya selalu merancang" nice post for me.. yup!! i never have dream but im always plan whatever i want it.. i try to get it.. but not all what we plan will be done.. dan aku percaya tuhan merancang sesuatu yg lebih baik buat kita 

And the last things is welcome 2012... the end of the world..




 aku akhiri rentetan kali ini dngan video ini buat permulaan tahun baru ini...

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)