Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Maru VS Momoi

As-Salam

Sejak beberapa minggu ni.. cheida tak dapat berenti dari download gambar si maru dan tgok video si maru ni.. waaah sukanya!! suka sangat dah jatuh cinta sama si maru ni!!! huwaaaa... mom!! i want it!! kalaulah si maru ni ada kat malaysia.. dah lama cheida gi rompak.. ups... hihihi
Maru ni kalau tengok dekat U-tube.. sangatlah lincah! comel! dan yang paling best dia suka kotak!! masok dalam kotak!! hahaha comel sangat tengok aksi maru!! hihihi


huwaarghh malasnyeeee

chak!
iyah iyahh!!
Tengoklah aksi si maru tu.. Comel kan.. hahaha... Hmm bila tengok maru.. teringat dekat momoi..
Momoi?? Sapa plak momoi?? Momoi tu kucing cheida la.. tapi dah arwah.. sobkh sobkh... huuuuu..
sedeynye... rindu sangat sama dia... Mati sebab apa? sebab ada manusia berhati kejam letak racun dalam makanan lepas tu bagi dekat kucing-kucing di sekitar taman.. (sebab banyak kucing mati time tu.)

sedapnyee tido..
Cheida memang tak kurung momoi.. sebab momoi tak macam kucing lain.. bila tengok maru teringat sama momoi.. fizikal momoi hampir sama ngan maru.. lepas tu suka tido kangkang..

Huhuhu tapi momoi malas..  Sangatlah pemalas..
Dia tak lincah macam maru.. sikit-sikit je.. yang dia pandai mengorat.. masuk je musim mengawan haiiii... selagi tak lapar.. tak nampaklah muka dia...
Yang buat 1 family sayangkan momoi ni.. Dia bijak.. Kalau dia tahu orang tu tak suke dia.. (tak suka kucing la) lagi dia dekatkan diri sama orang tu.. hahaha..

Mama cheida memang tak suka kucing.. tapi sejak ada momoi mama cheida bukan main sayang..
pagi-pagi gerak kita orang dah pukul 6.. Bukan apa time dia sahur la tu.. hihihi...

arrhhh rindu sangat sama momoi.. bila panggil dia momoi!!! dia mesti menyahut.. meooww lepas tu belari datang kat kita... huhuhu..... sekarang tinggal kenangan.. momoi dah tak ade.. sunyi je.. huhuhu..

Im am Momoi

pura-pura pengsan sebab tuan tak nak layan..
Ni lah pic pengubat rindu cheida dan video pendek cheida usik dia.. huhuhu tinggal kenangan..
Wishlist!! Nak cari kucing lincah dan besar macam maru dan momoi!! hihihi

Till then~~

Thursday, September 20, 2012

Buat Mama

Mama…
Kau telah mengandungkan diriku selama 9 bulan,
Melahirkan aku sebulan selepas sebulan kau menyambut hari lahirmu…
Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
Menjaga aku ketika sakit…

Mama…
Kerana telah bersabar dengan segala karenah ku..
Mendengar segala permasalahan ku..
Menjaga segala makan dan minumku dari kecil hingga dewasa
Menyediakan segala kemudahan buat diriku…
Berkorban segalanya demi diriku..
Seorang diri…
Tanpa kasih seorang insan bernama suami…
Menahan telinga dari cacian mereka yang bernama saudara…
Membutakan mata kerana perbuatan mereka..

Mama…
Meskipun aku masih belom mampu menyediakan segala kemudahan buatmu
Sungguhpun  kehidupan kita tidak seperti mereka yang lain,
Sungguhpun kita sering bertelagah
Percayalah mama…
Itu semua bukan niatku menyakiti hatimu…
Aku juga manusia biasa…
Mempunyai hati yang rapuh dan sering membuat khilaf…

Mama…
Percayalah setiap dugaan yang kita hadapi kini..
Pasti ada hikmah disebaliknya..
Apa pun yang terjadi keatas dirimu..

Insyallah..
Aku tidak akan meninggalkan mu..
Hingga akhir nafasku nanti…
Kaulah ibu yang terbaik buat diriku…
Moga kau dikurniakan Jannah disana kelak…
Mendapat Rahmat segala yang terjadi pada dirimu..
Moga kau tabah menghadapi segala dugaan yang diberi..
Aku anak mu akan cuba membahagiakan dirimu…
Terima Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat diri ini selama 24 tahun,
Bersabar denganku selama 24 tahun…
Selamat Hari Lahir mama…
Yang ke 50..

hanya ini yang ku mampu 


Kudedikasikan lagu ini buat dirimu: 



Saturday, September 08, 2012

Ke Bandar Warisan with Bff..

As-Salam...

   1 september lepas. Hari sabtu bosan.. tak tahu nak buat apa so cheida and the geng plan nak pergi jalan-jalan dekat taman tasik taiping. Salah satu bandar warisan tarikan pelancong di perak.. 


Wah dah lama tak pergi. Last pergi 3 tahun yang lepas.. hmm.. cepatnya masa berlalu.. masih sama.. tak banyak berubah..

Oookes!! Stop!! tak nak melalut!! So sampai sana kami stop pergi makan dulu dekat taiping central... Sebelum tu Cheida  pergi amik adik sepupu cheida dulu dekat SERATAS. Sampai sana tetiba je membe cheida sorang ni cakap "x nak wish apa-apa ke kat aku??". Ya allah?? cheida x ingat hari besday hasanah!!
hahaha sangat lupa... apa punya kawan. da..

Cake comot sebab yang bawak tak berhati-hati hihi

So dah alang-alang apa lagi.. cheida pon pergi la cari besday cake buat dia.. hihihihi skali-skala.. apa salahnye kan... Tapi x suprise dah.. Dia nampak cheida bawak kek. sebelum ke taman tasik tu.. hahaha
apa-apa je la.. So sampai sana.. cari portlah... then.. kami bergambar sakan mengalahkan model plak..
time tu ramai gak pasangan pengantik ke sana untuk sesi outdoor. Memang cantik bandar warisan ni.. tak berubah kebersihan pon terjaga. 

Okes malas menaip.. So enjoy the pic.. 

busday girls.

semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga akhir hayat


sayang korang selalu.
Dan begitulah Aksi 3 aweks penang bila jumpa camera.. hahaha...
For my friend...
Hasanah Osman..
"Happy besday for u... semoga bahagia selalu,hidup diberkati allah dan tercapai segala impian yang dicitakan.. amin...."


Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari raya..

AS-SALAM

Dikesempatan ini walaupun agak terlambat tapi Cheda ingin mengucapkan 
Salam Aidilfitri buat semua pembaca.rakan blogger dan follower yang sangat cheda sayangi dan hargai..
Semoga persahabatan dan ukhwah yang terbina dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..
Cheda memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,terlanjur bicara sepanjang perkenalan kita...



Semoga Kita Dapat Bertemu Lagi pada syawal yang akan datang

Sunday, August 12, 2012

Kenangan Yang Terindah

As-Salam...

   Semalam tengah le mengemas kini folder-folder gambar perasan cheda ni.. Then ternampak lah Folder gambar2 kenangan semasa study dekat ipoh dulu.. Wahh cepatnye masa berlalu.. rasa mcm semalam je cheda baru register untuk kemasukkan program intergrasi di Politeknik Ungku Omar (sekarang Politeknik Prime) or nama lain PUO.. YES!! I'm a engineering student!! hihi
we are young and being together!!


      Suka duka balajar di perantauan sangatlah bermakna.. hahaha macam jauh je Ipoh - Penang...
aktiviti bersama housemate!
bila cuti tak balik kampung ade je aktiviti kami lakukan.. Kalau ada kenduri ke, besday party or ada open house.. kami 1 klass pakat cari tarsportation and pergi ramai-ramai.. Hari minggu pulak kalau rajin kami nanti pergi poco-poco dekat padang polo x pon mandi air terjun. Gunung Lang.. Yang lain aktiviti lepak tesco,jusco malam mearayau dekat grentown mall (sana pangil GM) dataran ipoh hihihi...  x de aktiviti pergi dating la hahaha ups!! :P
Adoi rindu sangat time tu...




aktiviti bersama clasmate yg sporting abis!! dimana saja kami bergambar
dengan girang dan gumbira!!



 Kawan-kawan pon ade yang sambung degree. Ade yang dah kahwin ade baby dah.. Ade yang nak Kahwin.. Alahai... kalau boley nak je undur masa.. nk kembali ke zaman tu... ":) rindu sangat-sangat dekat kawan-kawan EX-PKE 5/6C batch 09~10..


finally we are grad!! yay!!


Walaupun tak sampai setahun kita bersama Tapi Koranglah Classmate yang paling SEMPOY!! ENJOY!! SPORTING!! and yang paling penting KITA SAMA-SAMA SALING BEKERJASAMA!! Walaupun kita datang dari negeri budaya dan dialek bahasa yang berlainan.. tapi korang memang sempoy baik hati.Sayang korang sangat-sangat!! And hopefully our friendship will forever and never end until end of the world.. and insyallah sampai akhirat nanti...

All the best for all :) miss u all 


Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)