Korang pernah dengar tak lagu mawar putih buat mama?? Bila aku dengar lagu ni bergenang air mata terkenangkan mama.. terkenang kisah pada 2 tahun yang lepas dan pada hari ini tarikh dia sedarkan diri sepenuhnya dari koma dan dipindahkan ke Hospital bukit mertajam,
Aku nak berkongsi sedikit tentang seorang insan yang ku panggil mama.. Ya mama ku..
Hmm bagaimana hendak aku mulakan?? Entah tak tahu.. Oklah mulakan dengan sedikit biodata dirinya,
ini madam sarah. |
Hmm mama aku seorang yang amat tegas,garang,sensitif,kuat semangat dan apa lagi eak.. hahaha..
Aku mengaku aku sebenarnya sering bertelagah dengan mama.. Dari perkara kecil sampailah menjadi besar.. Yelah memandangkan aku dan dirinya sahaja berdua
Kejadian kemalangan terjadi pada 26 november 2010 pada jam 7 lebih kurang (waktu magrib) aku tak pasti kerana aku tidak berada ditempat kejadian.. Aku hanya mendapat panggilan dari emak sedara aku sahaja, Kebetulan bapak aku datang kerumah untuk melawat kami ,sebenarnya ayah ku meninggalkan aku dan mama sejak aku dari kecil sekadar datang ikut suka hati dia sahaja, malaslah bercerita pasal dirinya.. menyakitkan jiwa sahaja.. Dipendekkan cerita mama dihantar ke Hospital Bukit Mertajam --> Hospital Seberang Jaya untuk menjalani imbasan MRI di otak --> Hospital Penang kerana disana sahaja terdapat pakar Neurosurgeri kerana terdapat pendarahan didalam otak sebesar duit syiling 20sen @ 50 sen aku pun dah lupa.. Disana mama ditempatkan ICU selama lebih kurang 2 minggu lebih.
ini MRI machine |
Hmm nak cerita panjang lagi mungkin ada yang tertido hahaha namun aku nak share dengan korang somethings.. Korang tahu apa terjadi pada aku dan mama sebelum kejadian terjadi,
4 Hari sebelum kemalangan >> mama tetiba sensitif,memarahi aku yang aku sendiri tak tahu kenapa?? Dia menyebut "AKU HALALKAN SUSU YANG AKU BERIKAN PADAMU DAN SEGALANYA DARI KECIL HINGGA DEWASA!"! Erk mengalir tak air mata korang kalau tetiba mak korang sebut macam tu?? hmm jangan cakaplah aku menangislah dan aku merajuk!! isnin-selasa dan rabu aku lansung tak bercakap dan salam dengannya sebelum ke tempat kerja. Pergi kerja aku sengaja pulang lewat untuk mengelak dari bercakap dan bertembung dengannya perang dingin antara kami berlaku (huuu derhakanya aku).
Sehari sebelum kejadian --> Mama memujuk aku dengan tiba-tiba membeli satey buat aku, namun aku sekadar endah tak endah kerana masih merajuk hanya bercakap sepatah sahaja apa bila ditanya.
Pagi kejadian--> aku masuk ke bilik mama sebelum ke tempat kerja ingin bersalam dengannya namun aku lihat mama nyenyak tidur dan wajahnya ku pandang sayu sahaja tak tahu mengapa aku batalkan niat mengangunya dan terus ke tempat kerja.
Aku pulang awal pada hari itu, aku tertido kerana terlalu letih tidak sedarkan diri sehingga abah datang mengetuk pintu biliku, dan bertanyakan mana mama.. Hmm selepas mandi aku mendapat berita tentang kemalangan itu.. Korang tahu sepanjang perjalanan ke hospital aku hanya menangis terkenang kata-katanya padaku pada ahad lepas.. Sepanjang masa mama koma seperti mayat hidup, air mata yang menemani aku ketika itu, kerja entah kemana,makan pengurusan diri.. Dan allhamdulillah allah bagi aku kesempatan untuk aku menebus semula kesalahan aku ,even tak sempurna and im not perfect ada gak gaduh-gaduh manja dengan mama hahaha.. namun aku redha akan segalanya..
Condition mama?? hmm tak macam dululah, nak jaga orang sakit ni faham-fahamlah, Tapi allhamdulillah mama boley berjalan dah walaupun lambat dan mudah letih dan terpaksa mengunakan tongkat kadang2 wheel chair je aku guna..kesian dia nak jalan tak larat. Jalan seperti budak baru bertatih, Pertuturan dia pon sekarang banyak yang boleh difahami cuma emosi dia amatlah tergangu.. (sangat sensetif)
Aku tak kisah kalau review aku teruk disebabkan attended aku yang teruk kerana terpaksa membawa dan menjaga mama. Aku redha dan percaya allah itu punya alasan kenapa dia berikan aku ujian begini.
Pada semua aku just nak share dengan korang kalau rasa teringatkan akan kedua orang tua kita tu cepat-cepatlah call atau pun berjumpa dengan mereka.. Jangan jadi seperti aku.. Korang hargailah mereka yang masih ada. Kalau boleh cubalah penuhi permintaan mereka, Jika mereka marah atau bereleter korang abaikanlah sekejap. Kerana Ibu itu tiada ganti.. Kalau mereka tetiba bercakap perkara yang mengarut atau tak masuk dek akal tu.. Korang berhati-hati la. Bukan hendak menakutkan namun ianya terjadi pada aku sendiri.. Namun ajal maut ditangan tuhan kita manusia hanya mampu berdoa dan tawakal buat mereka.
Mawar putih buat mama. |
p/s: kita tak akan pernah mengerti perasaan ibu sehinggalah kita menjadi ibu dan ayah suatu hari nanti
masa kecik2 dulu mak ayah marah kita dah anggap diorang tak sayang kat kita..bila kita dah anak baru r tau nape marah kat anak kita..bkn benci tapi sayang..pada yg masih ada org tua, jaga la diorang baik2..
ReplyDeletesebab baca kisah ini
ReplyDeletesedihnya...sebak la..
ReplyDeletebtul tu cheida..selagi ada org tua ni...luangkan lah masa sebanyak yg bole tuk bersama mereka kan..
akk ada tag awk tuk ini: http://ena7t5.blogspot.com/2012/12/contest-photo-editor-by-farah-mohd-din.html
nanti intai2 la yer..kalu rajin la...tak paksa pun :)
sedih baca n3 ni..
ReplyDeletebiasalh dik... akak pun sama, dulu2 ada jg bertelagah kecik2 dgn mak.. biasa lah jiwa muda masa tu.. skrg bila dah ada anak sndiri baru tahu betapa besar nya jasa mereka.. sayangi org tua selagi mrk ada..
sayang mak...
sedihnya :'(
ReplyDeletesedih la baca cite chida... apepon tiap owg ade kisah dia msing2... mcm nad jgk la.. mama n abah dh cerai so dduk ngn mama je cuma bezanya kita nad bukan anak tunggal :)
ReplyDeletesedih nye baca...cheida follow sy balik taw..
ReplyDeleteLagu sharifah aini tu ke Cheida?
ReplyDelete"kau berikan mama..kasih sayang maha suci..betapa agungnya..tiada ternilaikan....oh..mama..."itu je akak ingat..hehehe...mmg seram dengar lagu ni...
cheida nasib baik lah cheida sempat minta maaf dengan ibu cheida dan dia masih dipanjangkan usia. Lain kali jangan masam masam muka dengan ibu tau. Huhu Sorry lah kalau cheida terasa. Fie paham apa cheida rasa tu, kalau ibu cheida pergi tinggal cheida je. Jaga ibu elok elok ye, ibu tiada gantinya.
ReplyDeletethanks all :)
ReplyDelete