As-Salam..
Hi allss..dah lama x update blogs.. Tengah blogwalking ternampak satu sagment GA by Tun Telani yang dijoin kak madiha so terasa nak join sebab sagment bab makan.. hahahah Cheida kan suka makan!!
So jom join!!
Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru
Done
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
Done
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
Done
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
Ok jap lagi tulis detail hahaha
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
Ok!
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
Sempat lagi nih!
So jawapan no 4:
Cheida punya makanan kegemaran ialah!! LAKSA!! hahaha YES i like laksa.. Cheida paling suka makan laksa kuahnya pekat!! perghh sedappp panas-panas.. glup!! meleleh ayaq lioq habaq hampa!! haha
Resipi laksa cheida selalunya ikut apa yang mama cheida ajar, Tak ada apa yang special but boleh kongsi sedikit-sebanyak hihi:
Okes klass mari mulakan.. X payah pen dan kertas just copy dan paste ke words lepas tu print
hahaha...
Antara bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
Ikan kembung/sardin (ikut suka nak pakai ikan apa)
Sedikit Udang kepai (penang pangil macam ni luar x tahu la, ala udang yang saiz paling kecik tu)
Telur
Bahan B:
Cabai kering
Bawang kecil/besar/putih
sedikit belacan.
Bahan C:
Serai
Lengkuas
daun kesom
asam keping
bunga kantan
Bahan D:
Kacang panjang
Pucuk janggus
Salad
Cili kecil/Merah
Timun
Bawang besar
Cara masak Kuah laksa:
- Rebus bahan A berasingan. Selepas itu asingkan isi ikan dan tulang, Kemudian kisar isi ikan sampai halus, Masukkan isi ikan yang dikisarkan bersama udang kepai yang telah direbus tadi.
- Tulang ikan jangan dibuang, kisar semula bersama air rebusan ikan, Campurkan kedalam periuk bersama isi ikan dan udang, (pastikan tulang ikan ini ditapis ).
- Basuh semua Bahan C.Serai dan lengkuas di ketuk terlebih dahulu dan masukkan semua bahan C kedalam periuk yang telah dimasukkan Bahan A.
- Kisar semua Bahan B dan masukkan kedalam peruik yang telah dicampurkan Bahan A dan C tadi, Kemudian tambah air. (mengikut sukatan/citarasa masing-masing, kalau suka pekat letak air sedikit sahaja).
- Tambahkan sedikit garam/serbuk perasa dan tunggu sehingga mendidih kuah laksa anda :)
Penyediaan Bahan D:
- Rebus laksa bersama air panas kemudian toskan apabila laksa tersebut lembut.
- Potong bahan-bahan D Halus-halus untuk dijadikan bahan hiasan tambahan keatas laksa
- Telur yang direbuskan pada mula jangan dilupakan
Siap!! nyummm bolehlah dihidangkan makan bersama keluarga dipetang hari atau tengah hari!!.. Laksa ini yang menyedapkannya ialah kuahnya!! cheida cukup suka makan kalau kuahnye pekat!! Laksa chieda pulak simple, taruh telur sebiji,letak cili kecil sudah, Tak payah sayur-sayuran (tak makan sayur mentah)hahahah Senangkan, Harap - harap resipi cheida ni dapat la membantu korang.
Harap sangat Korang paham step-step yang cheida tulis. Cheida ni tak pandai nak menerangkan cara-cara memasak Setakat nak masak untuk kenyangkan perut cheida dan keluarga tu.. bolehlah.. nak bukak kedai, jauh lagi kot..
Itu sahaja tentang makanan kegemaran cheida. Dan ini merupakan 1st GA yang cheida join!! hahaha
Join sebab cerita bab makan!! Pelik tapi benar I loike Food! hohoho..
Tq for joining cheida ^^
ReplyDeletemmg mantap kepekatan kuah laksa tuu.. hihi
saya pun suka makan laksa jugak.
ReplyDeletelaksa penang,laksa kelantan asalkan laksa sume bantai makan..hahah
Salam kenal, sedap nampak, kuah pekat, tringin la plak :)
ReplyDeleteAs salam....Princess Bonda, waaa....sedapnyerrrr... cam nak join la...thnx ye sharing.... ^_^
ReplyDeleteJom terjah n3 ni
Solat hajat - Jom, Umat Islam!
^_^
wah... good luck..
ReplyDeletemoga ada rezeki...
akak suka laksa..:)
Tun_telani : ur welcome :)
ReplyDeleteNick: laksa kelantan macam mana pulak?? hahah
Baby: salam kenal.. hihi jom kita masak.
satrprcess: ai salam, jom la join!!
Atie: thanks.. saja join je sbb cerita bab makan hahaha
singgah dtg bila sakit berkurang. TQ doanyer ye
ReplyDeleteSinggah weekend sis..:)
ReplyDeleteOhhh chieda suka laksa rupanya....
ReplyDeleteGud luck chieda....
good luck..
ReplyDeletesinggah... terima kasih akak ke blog deno tadi.. terima kasih ya..:)
ReplyDeletewahh laksa yee.. seyes nmpk sedap laksa yg dlm gmbr tu.. yum yumm. btw gudluck yee =)
ReplyDeleteSalam ceida.. Tahniah sbb join GA ni.. Mana tau ada rezeki kan..
ReplyDeleteKuah laksa tu mmg pekat btl... Sure trangkat!
tension la bukak2 blog akak tgk2 ada laksa yg sedap.. waaaa.. tetiba lapar laksa nih
ReplyDeleteSinggah Sis.:)
ReplyDeletesemua orang suka MAKAN bukan cheida je :P
ReplyDelete