Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, April 10, 2013

Pekara yang Dilakukan Bagi Memudahkan Tidur!

As-Salam...


Hi alls,
Cheida ni susah nak tidur malam kira dah salah seorang yang mengalami INSOMNIA! Nak tahu Insomnia tu apa?? Menurut sumber dari sini :

"Insomnia adalah adalah gejala kelainan dalam tidur berupa kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan tidur—walaupun ada kesempatan untuk itu. Biasanya insomnia disebabkan oleh gangguan di dalam waktu dan mekanisme tidur dan perilaku yang tidak sehat (seperti tidak teratur jam tidur, seringnya begadang dan penggunaan kafein).Insomnia adalah sebagian dari gangguan tidur, tetapi keluhan ini adalah keluhan yang paling sering dari gangguan tidur. Beberapa masalah tidur antara lain insomnia, narcolepsy, hypersomnia dan apnea."
 

Sudah la jenis susah nak tidur selagi jam tak pukul 12.++ - 2am. 2,3  minggu yang lepas pulak lepas cuaca yang sangat panas! Bayangkan! Esok hari ISNIN!! Tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi!! Omaaai!!!
Sekarang allhamdulillah hujan asyik turun pada sebelah malam tidur pun nyenyaaakkk dan agak awal pukul 12.00 dah ghaib jika nak dibandingkan sebelum ini, dah tu  liat pulak nak bangun pergi kerja huhuhu...

Jom nak share sikit beberapa pekara yang cheida lakukan dikala cheida tak dapat tidur malam:

 Berangan!
Berangan perkara pertama cheida akan buat! ahhaa berangan pi lah kahwin ngan Ady Putra ke, jadi kurus ke hahaha jadi kaya ke!! Berangan dapat pakai baju mahal-mahal apa-apa je.. sampailah terlelap hahaha

Mandi
 Lepas berangan tak jadi! Cheida akan mandi. Hikihikhikk selalunya orang kalau lepas mandi badan jadi segar bugarkan! lepas tu confirm tak boley tidur! Cheida pulak lepas mandi, badan jadi segar, lepas tu baring balik atas katil peluk bear musyuk!! fuuhhh layannn 10 minit lepas tu confirm! ZZzzzzZZzzz Bermimpi indah bersama Ady Putra hahahah. Erk!

Layan Lagu
  Wah Kadang lepas mandi tu still tak dapat tidur, Jadi cheida akan pasang ear phone layan lagu-lagu jiwang.. perghh sambil layannn.. Mata mula laa kuyuuu lama-lama ZZzzzzzZZz tapi amalan ini tak bagus ye!! huhu Jadi jangan amalkan dan di ikutkan.. dengar zikir atau alunan surah-surah tak apa bagus! :)

Layan Internet
Hahaha yang ni trend sekarang kan!Cheida akan mula bukak FB dan like status-status @ like gambar orang, atau apa saja semua cheida bantai like jeee apa yang ada kat news feed tu hahaha so pagi esok dapat la habuan dari kawan-kawan "tak da kerja la tu pukul 1 pagi like abis gambarr aku " hahaha.. Masuk INSTAGRAM, Tweeter (walaupun ACC basi ),blog-blog, U-Tube, sampaila mata rasa penat dan tak lalu mengadap

Belek HandPhone!
Kadang tu layan lagu pon tak jalan, bukak FBpon tak jalan juga, cheida akan bukak geleri tengok balik gambar-gambar zaman dahulu purba kala.. hihihi.. lama-lama boringlahkan then tidooo.. Cheida akan bukak balik sms-sms lama dari kawan-kawan ke skandal ex2 dulu ke hihii kadang SMS ngan Mr Janggut cheida masa mula-mula berkenalan. Lepas tu sengih sorang-sorang baca sms zaman ngayat hahaha.. Lama-lama terpadam mata.. Belek la HP cheida yang buruks ni sampai terlelap sendiri hehehehe.. kadang tu sampai terlelap lepas tu HP gedebuk jatuh atas muka! hahah Padan muka..

Makan!
Wahh ini adalah yang terakhir cheida lakukan! MAKAN!! Weeha!! Mulalah masak maggi ke, bedal nasi dan habiskan semua lauk yang ada! Makan sikut (biskut) Minum Milo ke apa-apa je yang boley dimakan cheida akan makan! hahaha  Lepas kenyang tuu ZZzzzzZZzz Mulalah bising aarghh GEMOK!!! (sendiri punya pasal).


Actually pekara yang cheida lakukan itu tak sihat, tapi nak buat macam mana.. buat perkara yang sihat tak jalan pon.. Soo Jalannye buat macam diatas lah.. hihi

Till Then..

P/S: Wajib sebelum tidur ambil wuduk!


8 comments:

  1. kalau KA susah nak tidur , sebelum tidur buat susu suam & tabur serbuk badam... lena lah tidur hehehe

    ReplyDelete
  2. saya hanya susah nak tidur kalau minum kafein..mmg tak leh tidur , sampai rasa nak pengsan la...kalau berangan , sy rasa smakin susah nak tidur..hehe , maybe kena mandi kot , baru rasa boleh tidur..

    ReplyDelete
  3. saya kalo tak boleh nak tido bukak buku yg nak ngajar esok..study sikit..konpem 10 minit pastu lena...hahah

    ReplyDelete
  4. saya pun selalu takleh tidur. taktahu nape. kalau penat2 sangat pun, takleh tidur. sekarang dah ok dah. :D hehe. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. sama laa kita cheida! Semua benda tu anie buat kecuali mandi, hehe.. :D 1st tu mmg wajib berangan, lepas berangan tu tiba2 mata jadi berat dan terus lena..haha..kalau xjadi jugak berangan tu layan tenett sampai lebam pastu baru lena..hehehe ^_______^

    ReplyDelete
  6. setakat ni kite tak pernah ada masalah tidor. masalah malas nak bangun tidor ade la bahahahha!

    ReplyDelete
  7. namee dulu ada masalah tidur sbb selalu tengok computer.pastu lama2 dah ok tapi jgn tgk pc. by 11 tu dah stay away from pc. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kepada anda yang comel dan hensem yang sudi meninggalkan comment.. nanti cheida on9 cheida approve dan balas balik ye.. in syaa allah... :)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)