Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, October 29, 2012

Pantang Larang Cheida!

As-Salam..

  Hi peeps! Malam ni cheida just nak share ngan korang ala apa Pantang Larang cheida selama ni..
hahaha No no no bukan pantang larang apa eak.. Ini ada Sikap Pantang Larang yang paling cheida tak suka dan kalau boleh cheida tak nak buat..
okes lets see what i have



  • Pantang Potong Barisan!!
Yup!! This is no 1!! Cheida paling pantang sekali orang potong barisan cheida. Korang bayangkan korang beratur panjang-panjang penat-penat, then datang orang lain sedap je menyelit depan korang.. perghhh ini macam punya perangai.. Cheida tak kasi chance punya.. Sound direct terus!! (apa awak ingat saya kayu ka belakang awak ni/Ade lagi sedara mara yang nak datang duduk depan/ Bunyikan Hon kereta) okes itu sifat negetif cheida buat jangan ikut.. hahaha



  • Pantang Menunggu!!
Ha!! tak suka,tak suka,tak suka!! Jangan bagi cheida tunggu korang lama-lama... atas sebab-sebab perkara yang tak masuk dek akal.. kalau betol-betol janji, tolong tepati ya!! jangan janji ditepati je!! Tapi tak dapat dielakkan buat macam mana tapi kena la inform awal... Tak de la cheida kejam sangat hihi...

  • Pantang orang tak jawab call cheida.
Kalaulah ada meting sekali pon, call balik lah dan bagi tahu kenapa.. ini tidak lansung tak berjawap, dah tu pulak off terus fone!! wahhh ini cukup pantang tambah-tambah melibatkan urusan-urusan rasmi dan penting, rasa nak pergi face to face tumbuk je orang tu.

  • Pantang dapat feedback yang biadap
means?? Cheida cukup hangin dengan manusia yang kalau cheida call,jumpa dan bertanyakan dengan penuh sopan,ramah mesra tiba-tiba dapat jawapan ala-ala acuh tak acuh,muka ketat semacam,suara pulak nada tinggi atau pon layan kita hendak tak nak, Situasi ini selalu berlaku di kunter-kaunter pembayaran,pertanyaan,dan perkhidmatan pelanggan terutama sekali KERAJAAN (okes bukan nak kutuk orang kerajaan but this is reality). Maybe tak semua tapi kebanyakkan yang cheida jumpa tidak memuaskan (ke aku yg cerewet hahaahah) Layanan yang memuaskan di pejabat-pejabat besar sahaja.. (sila marah cheida atas statement ini) hahaha
  • Pantang cakap benda yang sama berulang kali
Cheida paling tak suka ulang benda yang sama 2,3,4 ploh kali... Oh no!! thats not me.. (sebab tu tak boley jadi cikgu) hahaha Cheida tak suka mengajar orang benda yang berulang kali, maksud cheida bukan cheida kedekut ilmu tapi bila cheida mengajar orang tu tak tumpu perhatian lepas tu membangkang plak.. itu memang cheida pantang.. dan bercakap benda yang penting dan sama setiap hari,masa dan ketika.. ahhh cheida berpontensi menjadi leader yang kejam hahaha..


ok thats all for today kang senarai banyak-banyak orang cakap cheida negetif person plak hahaha..
just share je apa yang cheida pantang dan tak suka.. so korang pulak macam mana??




Thursday, October 25, 2012

AMARAN!! 18SG TAK BERANI JANGAN TENGOK

As-Salam

Morning alls!! hahaha Terlebih dahulu cheida ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blog cheida.. Sayang korang!!!

Memandangkan esok hari raya korban.. Pada mereka yang akan pulang ke kampung pada hari ini... memandulah dengan berhati-hati.. Ingatlah wajah mereka yang menanti dan lembu yang hendak dikorbankan.. Jangan sampai anda yang terkorban pulak..

So semalam dalam perjalanan pulang dari kerja.. Cheida ternampak la satu kemalangan dipersimpgan lampu isyarat... Tak tahulah cheida syeh apa masok dalam badan boley pulak berenti motor.. pergi Gaji wartawan tak bergaji..

Ikotkan memang salah lah sebab.. menyibuk satuhal.. bagi sesak jalan plak.. haha.. mengangu lalu lintas dan kerja bomba.. erk tapi ntah la selalu jalan je.. tapi semalam.. Tujuan cheida paparkan ni bukan nak aibkan sesiapa tapi pengajaran buat korang.. Berhati-hatilah memandu.. kesian pada keluarga dan orang lain.. Janganlah memandu mengikut perasaan pentingkan diri..
Rumah tu melekat je kat tanah tak kemana pon.. Ambillah ini sebagai IKTIBAR DAN PENGAJARAN

Tapi tak berani jangan tengok!! AMARAN!!





p/s:walau apa pun bangsa arwah/mendiang sama-samalah kita doakan agar dosa-dosanya diampunkan allah amin..

Monday, October 22, 2012

Wedding Photograper Terbaik Buat Anda!!

As-Salam...

Entry this week special to B2B.. Sebab cheida dapat banyak betol undangan perkahwinan dari rakan-rakan seperjuangan!! Cepatnye masa berlalu...Rramai dah kawan-kawan cheida melangkah dan menamatkan zaman bujang masing-masing..
ada baby pon ramai dah.. huuwaaaa bestnye!!
Cheida?? erk.. ok next!! go to the topic please hahaha...

Ok sempena musim perkahwinan ni.. cheida nak share dengan korang semua antara photogrpher pilihan cheida untuk merakamkan detik-detik dan memory terindah korang! yelah kahwin seumur hidup so korang mesti nak rakam the best moment as a memory dalam hidup korang kan.. So today cheida ada beberepa list photographer yang cheida kenal and follow la dalam FB dan blog.. So lets start it!



Ok ni photgrhaper belah UTARA habaq mai!!
hasil dia memang terbaik!! Cheida suka dia snap moment.. waaah romantik sgt x percaya korang boleh terjah blog dia dengan klick link diatas tu!



Ha hensemkan orangnye?? hahaha no no no ni dah berpunya ok!! Ni kawan cheida masa study dulu.. korang boleh pergi ke blog dia untuk lihat hasil dan contact dia dari sana.. cara dia edit gambar sngatlah kreatif.. Takarana ni area perak dan utara ya kawan-kawan.


foto by razali        


arghhhhh!! Gambar dia!! moment dia shoot!!! TERBAIK!!! kalau dia ada sebelah utara hari-hari suruh dia snap pic cheida yg comel erk?? (ok over hahaha). Abg razali ni area johor, law korang kawasan belah sana boleh contac dia. moment dia shoot mengambarkan perasaan korang masatu layan gila. Tak caya pergi blog dia dan FB dia seach ayat Foto By Razali, tak rugi korang amik dia.. sekarang ni dia wat promotion diskaun RM200!! tunggu apa lagi cepatlah rebut korang yang sebelah johor tu... :)



ni pic kawan cheida. tgok cantikkan diorang snap pic.. sweet sangat cheida pon suka.. yang ni pon area utara sapa-sapa nak boleh terus ke blog diorg ok



Firyusof.. korang leh add FB dia tgok hasilnya sendiri. Nice santai, dia juga ajar cara-cara edit pic.. tak kedekut ilmukan Fir ni? so berminat leh add dia melalu link yang cheida attach tu :)

 



Last one is abg zul. kenal melalui FB. Hasil kerja abg zul mmg cantik, pengantin yang snap pic pon semua muka hapy ceria je.. yang ni pon area utara gak hahah.. sesapa berminat boleh la contac abg zul ok.



setakat ini saja review dari cheida pasal weding photographer ni..
korang yang B2B tu boleylah try contac mereka-mereka diatas untuk pertanyaan lanjut. Till then~

p/s: seronok tengok gambar orang kahwin hati pon gedik meronta2 nak kahwin tpi apakan daya.. belom smpai seru lg. cewahh hahaha

Friday, October 19, 2012

Simple Segmen : Saya Nak Blogwalking


wah lama x join sagment.. dulu join miss Z punya sagment gak pollower naik terus hahaha thanks Miss Z..

jom join sagment Miss Z.. Jangan luper terjah blog dia okey!! ni antara blog kegemaran cheida.. Last join? Today... hahaha sblom 12.00 erkk harap sempat la yea.. :)

Sunnah Sikat Rambut

Sunnah Sikat Rambut

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.


Thursday, October 18, 2012

My first besday prasent...

As-Salam...

Harini  hari genaplah aku hidup dimuka bumi allah ini selama....
2++++ muahahahahah rahsia ke? Tak lah malu je nak bagi tahu.. :P
Actualy bos aku dah celebrate ari isnin ritu. This month is single besday grop!!
wehaaa and bos cakap next year semua kena keluar dr title single.. termasoklah dia sendiri..
erk arahan ke apa nih?? hahaha.. kalau dia nak kahwin jalan je la dulu..
Cheida sama kawan stil 2++ ma hihihi dia dah 3++ (halamak terkutuk plak..hahah)

besday gurlss!! 

Terima kasih bos for the cake.. sedap sgt!!..
dan hari ni.. chak!! im already tambah setahun haha... dan hadiah pertama yang dapat adalah...


yeah!!! dah 10x ulang pi toilet ni huhuhuhu... makan apa tak tahu lah...
Terima kasih rakan2 yg wish besday untuk cheida :):):) may allah bless u all...











Wednesday, October 17, 2012

10 CARA-CARA KEKAL ROMANTIK

 SEMAKIN usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka. Atas faktor ini banyak kes-kes penceraian rumah tangga berlaku.

Jika dikaji-kaji semula, kebanyakkan punca penceraian ini berpunca apabila sikap pasangan masing-masing yang kurang memberikan perhatian antara satu sama lain, pendek cerita masa bercinta bukan main romantik la... dah kahwin anak sorang ok lagi bila masok dua.. nahai… hilang abis semua..

Mungkin disebab apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.




Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang.
Berikut  tip yang dapat cheida konsikan bersama anda:

 1.     Masak makanan kesukaan pasangan
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.

2.     Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.

3.     Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.


4.     Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat  yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.



5.     Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.


6.     Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.


7.     Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love You”.


8.      Ambil masa bermanja.
Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah dia.


9.    Godai pasangan.
 Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.


 

10.    Membeli kad ucapan.
Sekali sekala, Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah  “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda dan lihat respondnya!!.

Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)