SEMAKIN usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka. Atas faktor ini banyak kes-kes penceraian rumah tangga berlaku.
Jika dikaji-kaji semula, kebanyakkan punca penceraian ini berpunca apabila sikap pasangan masing-masing yang kurang memberikan perhatian antara satu sama lain, pendek cerita masa bercinta bukan main romantik la... dah kahwin anak sorang ok lagi bila masok dua.. nahai… hilang abis semua..
Mungkin disebab apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.
Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang.
Berikut tip yang dapat cheida konsikan bersama anda:
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.
2. Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.
3. Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.
4. Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.
5. Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.
6. Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.
7. Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love You”.
8. Ambil masa bermanja.
Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah dia.
9. Godai pasangan.
Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.
10. Membeli kad ucapan.
Sekali sekala, Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda dan lihat respondnya!!.
Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.
tq share gd tips ni
ReplyDeleteur welcome sis :)
ReplyDeleteI wish I could read that.
ReplyDeleteFollow each other.
Asalamu alaikum,
ReplyDeleteThank you for sharing a wonderful post. I have a special message for you posted today, hope you like.
Take Care.
thanks :)
Deletepaling suka kad ucapan.. something yg very classic tp sweet... cuma tang kejutan pokcik takley r.. pokcik meme tak ske kejutan..huhuhuhu
ReplyDeletehahaha x suke kejutan pok cik.. x pew nnt kawe sruh bini pok cik pos kad manyok2... hahah
Delete