Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Friday, January 11, 2013

Gadis Libas penyamun!



TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.


Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.


Perghh sempoy la budak ni aku respek gila.. Sayangkan nenek dia terus naik hantu ligan penyamun!! wahahahaha!! Yes!! Itulah wanita sejati!! mempertahankan maruah harga diri dan orang tersayang!! Hey ladies jangan mau dibilang lemah!! (erk asal lagu rossa keluar plak ni) hihihi

sumber: harian metro
p/s: nk jumpa la budak tu respect gila!

Monday, January 07, 2013

Sagmen: Saya Blogger Negeri



As-Salam..

Jarang cheida join sagment so kali ini nak join sagmen dr blogger Fizgraphic.

Cheida blogger asal dari negeri Pulau Mutiara ehek tak tahu ke negeri mana?? Negeri Pulau Pinang A.K.A Penang mali.. Tapi cheida bukan anak mami naaa!! hahahhihihi..
 
Hohoho tempat yang best dekat Penang ni setakat ini cheida suggest korang yang gila hiking or berkhemah jom kita pergi pantai kerachut, Taman negara Pulau Pinang. Lihat keindahan pasir pantai yang belom tercemar dimana ada penyu mendarat taw untuk bertelur. Ada lagi satu tempat baru untuk beriadah dekat teluk bahang juga Penang Escape Theme tempat ini bagus untuk beriadah bersama keluarga atau teman-teman. Makanan yang best pulak!! hahah Macam-macam dok ada habaq mai nak apa?? Nasi Kandaq dia.. Laksa penang, pasemboq, rojak tonggek sebab apa panggil tonggek tonggek sebab orang makan sambil tonggek la hahha (cheida beli bungkus okess haha sopan cikit anak dara) dengan Char Koew Teoy! Perghh meleleh ayaq liuq habaq hampa!!. Penang ni apa yang best eak.. Erk yang best tak ada AES lagi kot wahahahaha!!! Ups!!

Tag blogger : kak ena : kak suria

Thursday, January 03, 2013

6 Jenis Wanita Tak Layak Jadi Isteri



  1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.

 2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.

 3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.

 4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.

 5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.

 6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26.




p/s: semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat begini aminnn





Monday, December 31, 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan Apek & Leuniey

 As-Salam..

Kita dah masuk hari terakhir penghujung 2012... so hari ni jom enjoy pic persandingan apek dan leuniey.
Seyes u ollss.. Cantik sgt leuniey ni jelos akak taw!! huwaaa nk kurus mcm leuniey gak (erk ini over!!)

Ok lah jom tgok sikit pic sanding diorang..






so itu sahaja nak tengok lebih lagi boleh pergi ke SINI.


p/s: mula memasang angan-angan ingin seperti mereka apakan  daya pelamin angan ku musnah huhuhu :P

Wednesday, December 26, 2012

10 Perkara lelaki tidak tahu tentang isteri mereka!

As-Salam..

Dah lama tak hupdate blog ni.. huhuhu mood down busy menolong kawan buat persiapan tunang dia.. Chieda ada jahitkan veil buat dia.. nanti cheida share ngan korang ok!!
Hari ini nak share somethings yang cheida dapat dari email! hahah menarik juga!
So jom kita baca 10 perkara lelaki tidak tahu tentang isteri mereka?? hihihi
Berikut ini adalah peratusan 10 perkara yang tidak diketahui lelaki tentang isteri mereka.
        54 peratus lelaki tidak tahu nombor telefon pasangannya
        39 peratus lelaki tidak tahu saiz bra pasangan
        34 peratus lelaki tidak tahu aroma parfum kegemaran pasangannya
        24 peratus lelaki tidak tahu kedai pakaian kegemaran pasangannya
        23 peratus lelaki tidak tahu saiz kasut pasangannya
        23 peratus lelaki tidak tahu saiz gaun pasangannya
        20 peratus lelaki tidak tahu saiz seluar dalam pasangannya
        12 peratus lelaki tidak tahu tarikh lahir pasangannya
        11 peratus lelaki tidak tahu warna rambut semulajadi pasangannya(Valid di obersea je)
        10 peratus lelaki tidak tahu unit jabatan pasangannya.
Berikut pula adalah perkara yang tidak diketahui lelaki tentang isteri mereka berdasarkan kajian aku hehe
        Ramai lelaki tidak tahu tentang dosa pahala yg ditanggungnya si isteri...
        Memang lelaki tak tahu saiz bra isteri secara tepat seprti saiz A atau F tp lelaki boleh mengagak bra yg sesuai dengan hanya melihat bra tersebut..sama juga seperti seluar dalam..lelaki boleh agak dengan melihat saiz seluar dalam tersebut kihkihkih
        Ramai lelaki tak ingat number IC pasangannya..tetapi lelaki tetap simpan num tersebut dlm hp sbg rujukan..ada besday sekali so leh hafal besday skali hehehe
        Ramai lelaki tak ingat nama penuh ibubapa pasangannya...
        Lelaki memang sengaja tidak mahu hafal saiz bra, seluar dalam, kasut dan parfum supaya lelaki boleh menjadikanya alasan untuk tidak membeli hehehe
        Xper la kalau Suami tak tau saiz ke mende.. Benda kecik jer tu.. yang penting dia tau Agama, tau halal Haram nye.. Dia tau & ingat sembahyang 5 waktu, tau bimbing isteri ke jalan yg di redhai. Boleh jadi pemimpin keluarga yg disegani.. itu pun dah cukup dah bagi aku..peace no war...


So guys? Do u agree about this? hahaha..

P/S: sumber dari email yang dihantar

Thursday, December 20, 2012

Pasrah





Apa yang perlu aku lakukan?
Setelah aku mengetahui kebenaran?
Adakah perlu diteruskan?
Atau hanya berhenti di pertengahan?
Adakah ini dosa atas kesilapan ku?
Atau ianya ujian buat diriku?
Hanya berserah dan pasrah..
Agar diri diberi petunjuk..
Dan kuat menghadapi ujian yang ada..
Kini hanya Jodoh yang menentukan segala
Ku percaya akan qada & qadarnya
Apabila dia mengatakan Qunfayaqun.
Maka terjadilah segalanya




p/s: sedih dan pasrah

Friday, December 14, 2012

Mawar putih buat mama

As Salam..


Korang pernah dengar tak lagu  mawar putih buat mama??  Bila aku dengar lagu ni bergenang air mata terkenangkan mama.. terkenang kisah pada 2 tahun yang lepas dan pada hari ini tarikh dia sedarkan diri sepenuhnya dari koma dan dipindahkan ke Hospital bukit mertajam,
       
             Aku nak berkongsi sedikit tentang seorang insan yang ku panggil mama.. Ya mama ku..
Hmm bagaimana hendak aku mulakan?? Entah tak tahu.. Oklah mulakan dengan sedikit biodata dirinya,

ini madam sarah.
Pn Sarah, umur 50 tahun :) tidak bekerja setelah terlibat dalam kemalangan 2 tahun yang lepas dan ibu tunggal kepada seorang anak yang comel dan rajin (ok yg ni tipu kata lawannya comot dan malas hahaha).

 Hmm mama aku seorang yang amat tegas,garang,sensitif,kuat semangat dan apa lagi eak.. hahaha..
Aku mengaku aku sebenarnya sering bertelagah dengan mama.. Dari perkara kecil sampailah menjadi besar.. Yelah memandangkan aku dan  dirinya sahaja berdua


        Kejadian kemalangan terjadi pada 26 november 2010 pada jam 7 lebih kurang (waktu magrib) aku tak pasti kerana aku tidak berada ditempat kejadian.. Aku hanya mendapat panggilan dari emak sedara aku sahaja, Kebetulan bapak aku datang kerumah untuk melawat kami ,sebenarnya ayah ku meninggalkan aku dan mama sejak aku dari kecil sekadar datang ikut suka hati dia sahaja, malaslah bercerita pasal dirinya.. menyakitkan jiwa sahaja.. Dipendekkan cerita mama dihantar ke Hospital Bukit Mertajam --> Hospital Seberang Jaya  untuk menjalani imbasan MRI di otak --> Hospital Penang kerana disana sahaja terdapat pakar Neurosurgeri  kerana terdapat pendarahan didalam otak sebesar duit syiling 20sen @ 50 sen aku  pun dah lupa.. Disana mama ditempatkan ICU selama lebih kurang 2 minggu lebih.

ini MRI machine 

   Hmm nak cerita panjang lagi mungkin ada yang tertido hahaha namun aku nak share dengan korang somethings.. Korang tahu apa terjadi pada aku dan mama sebelum kejadian terjadi,

  4 Hari sebelum kemalangan >> mama tetiba sensitif,memarahi aku yang aku sendiri tak tahu kenapa?? Dia menyebut "AKU HALALKAN SUSU YANG AKU BERIKAN PADAMU DAN SEGALANYA DARI KECIL HINGGA DEWASA!"!  Erk mengalir tak air mata korang kalau tetiba mak korang sebut macam tu?? hmm jangan cakaplah aku menangislah dan aku merajuk!! isnin-selasa dan rabu aku lansung tak bercakap dan salam dengannya sebelum ke tempat kerja. Pergi kerja aku sengaja pulang lewat untuk mengelak dari bercakap dan bertembung dengannya perang dingin antara kami berlaku (huuu derhakanya aku).

   Sehari sebelum kejadian --> Mama memujuk aku dengan tiba-tiba membeli satey buat aku, namun aku sekadar endah tak endah kerana masih merajuk hanya bercakap sepatah sahaja apa bila ditanya.

   Pagi kejadian--> aku masuk ke bilik mama sebelum ke tempat kerja ingin bersalam dengannya namun aku lihat mama nyenyak tidur dan wajahnya ku pandang sayu sahaja tak tahu mengapa aku batalkan niat mengangunya dan terus ke tempat kerja.

 Aku pulang awal pada hari itu, aku tertido kerana terlalu letih tidak sedarkan diri sehingga abah datang mengetuk pintu biliku, dan bertanyakan mana mama.. Hmm selepas mandi aku mendapat berita tentang kemalangan itu.. Korang tahu sepanjang perjalanan ke hospital aku hanya menangis terkenang kata-katanya padaku pada ahad lepas.. Sepanjang masa mama koma seperti mayat hidup, air mata yang menemani aku ketika itu, kerja entah kemana,makan pengurusan diri.. Dan allhamdulillah allah bagi aku kesempatan untuk aku menebus semula kesalahan aku ,even tak sempurna and im not perfect ada gak gaduh-gaduh manja dengan mama hahaha.. namun aku redha akan segalanya..

 Condition mama?? hmm tak macam dululah, nak jaga orang sakit ni faham-fahamlah, Tapi allhamdulillah mama boley berjalan  dah walaupun lambat dan mudah letih dan terpaksa mengunakan tongkat kadang2 wheel chair je aku guna..kesian dia nak jalan tak larat. Jalan seperti budak baru bertatih, Pertuturan dia pon sekarang banyak yang boleh difahami cuma emosi dia amatlah tergangu.. (sangat sensetif)

    Aku tak kisah kalau review aku teruk disebabkan attended aku yang teruk kerana terpaksa membawa dan menjaga mama. Aku redha dan percaya allah itu punya alasan kenapa dia berikan aku ujian begini.

    Pada semua aku just nak share dengan korang kalau rasa teringatkan akan kedua orang tua kita tu cepat-cepatlah call atau pun berjumpa dengan mereka.. Jangan jadi seperti aku.. Korang hargailah mereka yang masih ada. Kalau boleh cubalah penuhi permintaan mereka, Jika mereka marah  atau bereleter korang abaikanlah sekejap. Kerana Ibu itu tiada ganti.. Kalau mereka tetiba bercakap perkara yang mengarut atau tak masuk dek akal tu.. Korang berhati-hati la. Bukan hendak menakutkan namun ianya terjadi pada aku sendiri.. Namun ajal maut ditangan tuhan kita manusia hanya mampu berdoa dan tawakal buat mereka.

Mawar putih buat mama.

p/s: kita tak akan pernah mengerti perasaan ibu sehinggalah kita menjadi ibu dan ayah suatu hari nanti


Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)