Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, January 03, 2013

6 Jenis Wanita Tak Layak Jadi Isteri



  1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.

 2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.

 3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.

 4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.

 5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.

 6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26.




p/s: semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat begini aminnn





8 comments:

  1. mcm2 kan...peringatan utk diri sendiri jugak...

    ReplyDelete
  2. moga kita x tergolong dlm golongan wanita itu ye !

    ReplyDelete
  3. Peringatan utk diri akak juga..
    semoga dapat memperbaiki diri & TIDAK tergolong spt wanita2 di atas...amin! :)

    ReplyDelete
  4. kalo yg jenis mata duitan jangan dicari..konpem tiap2 bulan pokai..huhu

    ReplyDelete
  5. salam princess bonda..selalu apa yg peratikn masa kini, ada ramai dikalangan isteri sambil lewa dgn tggjawab hakikinya merujuk kpd perkara no.5 iaitu al-hulaaqoh..mudah2an keluarga dikalangan kita tak mcm tu.

    ReplyDelete
  6. takut jugak baca ni...harap2 kite semua jgn tergolong dlm golongan seperti ini

    ReplyDelete
  7. smoge kte dijauhkan drpd memiliki sifat2 ni. huu >.<

    ReplyDelete

Terima kasih kepada anda yang comel dan hensem yang sudi meninggalkan comment.. nanti cheida on9 cheida approve dan balas balik ye.. in syaa allah... :)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)