Entry kali ini cheida nak tegur sedikit sesetengah rakan blogger yang cheida follow membuat entry mengutuk rakan blogger yang lain. Hmm actually benda ni dah banyak kali jumpa dan bagi cheida pekara ini tak patut berlaku.
Bukan cakap yang cheida ni bagus sangat, tak pernah kutuk orang. Blog cheida pon bukannya bagus, follower pon tak ramai. Tapi bagi cheida sesetengah blogger tu tak perlulah sampai buat ENTRY yang mengutuk ENTRY orang lain, bagi cheida biarlah entry diorang tu syok sendiri ke, tak faham apa yang diorang type ke.. short form yang terlalu pendek ke.Tapi kita sebagai BLOGGER perlu HORMAT entry blogger lain. kalau rasa nak tegur,tegurlah cara berhemah. No need to make entry dan statement macam ni "aku tak faham pergi ke blog satu tu penuh short form" dan macam ni " entry dia sikit-sikit haha hihi huhuhu apa yang kelakar aku tak faham".
respect blogger idea. |
Kalau korang nak tegur cara penulisan dia pun, cuba buat entry yang menerbitkan tips-tips untuk membuat penulisan blog yang bagus, seperti blog En Hasrul yang meletakkan pelbagai Panduan menulis blog dan entry teguran mengenai bahasa SMS tak sesuai seperti entry Nick nashram . Cuba lihat entry mereka, tak ada pun meletakkan caption words seperti "aku pergi ke satu blog tersebut dan aku tak faham apa dia tulis blablabla" atau " aku tak faham entry blog itu syok sendiri blablabla". Korang kena ingat selalunya blog-blog yang korang kutuk ini, blog yang masih baru dan tak ramai follower. Mungkin dia masih tak faham atau tak pandai lagi untuk menarik minat pembaca dan blogger yang lain untuk datang ke blognya.
Dan cuba Korang tegur dia pulak dengan cuba letak link tips-tips korang itu dekat comments entry blogger tersebut dan tulis komen disitu "sedikit tips buat anda untuk menambah baik pulih entry anda sebagai blogger baru " atau apa-apa je la ayat yang bagi si empunya blog tu memperbaiki penulisan dia. Nampak tak? dari situ dia mesti seronok dan cuba untuk memperbaiki cara penulisan entrynya. BUKAN buat ENTRY mengutuk ENTRY mereka. Korang bayangkan andai dia merupakan salah seorang pengikut / pembaca tegar blog anda, tiba-tiba dia terbaca ENTRY yang korang buat itu seolah-olah memerli dan mengutuknya?? Kan dah jatuh dosa sebab kita dah mengecilkan hati orang lain walaupun korang tak mantion nama blog dia.
Bagi cheida orang yang buat ENTRY pasal KUTUK ENTRY BLOGGER LAIN adalah BLOGGER YANG LOSER DAN SOMBONG sebab.. Dia kehabisan idea nak buat entry yang menarik dan dia seorang yang TIDAK TAHU MENGHARGAI DAN MENGHORMATI RAKAN BLOGGER YANG TERDIRI DARI FOLLOWERNYA SENDIRI.
So please..
Stop buat entry mengutuk entry blogger yang lain, Hargailah FOLLOWER anda tersebut. Ini tak.. Dah la sombong, tak pernah balas kunjungan, komen pon tak balas, lepas itu buat pulak entry kutuk blog orang..
Hmm tak baguskan macam tu.. Dari korang buat ENTRY mengutuk ENTRY ORANG LAIN lebih baik buat ENTRY yang memberi TIPS-TIPS MEMPERBAIKI ENTRY masing-masing. HORMATILAH setiap idea dan penulisan blogger lain. So sama-samalah kita saling menyokong antara satu sama lain untuk memartabatkan dunia blogging malaysia kita (skema pulak ayat hahaha).
Till Then..
p/s: kadang tu blogger yang sombong macam ni sebab diorang ramai followerje.. Tu pon sebab join sagment je kan kan, entry pon copy paste dan bukan bagus sangat pon, ada jugak orang tak faham apa yang cuba disampaikan. Lepas tu syok pulak buat entry kutuk entry orang. Dan cheida sendiri pon suka buat bahasa sms.. hahah sebab terbiasa lalalala.. Terkadang tu TYPO banyak.. hihi
gambar sumber google