Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, January 17, 2013

LISTEN!! LISTEN!! LISTEN!! PAH1M (PUSAT HAIWAN 1 MALAYSIA)

AS-SALAM..
Sejak 2 menjak ini issue listen sedang hangat diperkatakan so jom SANTAI PETANG.. SHARING IS CARING JOM LAYAN


   Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu." Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport." Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh

sumber dari: email rakan sekerja..
p/s:sumpah baca sambil ketawa mengalirkan air mata.. hilang stress kerja sekejap muahahaha
apa pon tak boley belah..

Terlanjur...

As-Salam..

Hai peeps!! How u doings guy?? (erk speking plok??) hahahaha
Ganas tak Tajuk entry?? Terlanjur?? Omaiii!! Terlanjur apakah ini?? Hmm sebenarnye tak ada apa..
Cuma ahad lepas cheida ada menerbitkan satu entry merupakan luahan hati cheida terhadap insan yang paling rapat dalam hidup cheida sendiri..


Masa tu cheida sangat beremosi dan sedih, terkilan dan macam-macam la terhadap dia.. Dengan pantas jari jemari menaip satu entry yang cheida rasakan agak melampau dan sepatutnya cheida TIDAK menerbitkanya...

Terlajak perahu boleh gostan,terlajak kata?? Hmmm Entry pon cheida dah padam namun cheida rasa ada, 2,3 rakan yang sempat membaca dan meninggalkan komen..

Seyesly, Entry tersebut bukan niat mengaibkan dirinya!! TIDAK!! Tak pernah terlintas dihati untuk mengaibkan dirinya.. Semua berlaku kerana cheida terlalu emosi dan sedih sangat memikirkan nasib diri yang tak habis- habis dirundung malang... Namun cheida redha mungkin ini adalah ujian dari illahi. Untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita terhadapnya..


Korang semua.. Doakan terbaik buat cheida ye!! agar di permudah urusan cheida nanti..


p/s: menghitung hari bhahahahah

Friday, January 11, 2013

Gadis Libas penyamun!



TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.


Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.


Perghh sempoy la budak ni aku respek gila.. Sayangkan nenek dia terus naik hantu ligan penyamun!! wahahahaha!! Yes!! Itulah wanita sejati!! mempertahankan maruah harga diri dan orang tersayang!! Hey ladies jangan mau dibilang lemah!! (erk asal lagu rossa keluar plak ni) hihihi

sumber: harian metro
p/s: nk jumpa la budak tu respect gila!

Monday, January 07, 2013

Sagmen: Saya Blogger Negeri



As-Salam..

Jarang cheida join sagment so kali ini nak join sagmen dr blogger Fizgraphic.

Cheida blogger asal dari negeri Pulau Mutiara ehek tak tahu ke negeri mana?? Negeri Pulau Pinang A.K.A Penang mali.. Tapi cheida bukan anak mami naaa!! hahahhihihi..
 
Hohoho tempat yang best dekat Penang ni setakat ini cheida suggest korang yang gila hiking or berkhemah jom kita pergi pantai kerachut, Taman negara Pulau Pinang. Lihat keindahan pasir pantai yang belom tercemar dimana ada penyu mendarat taw untuk bertelur. Ada lagi satu tempat baru untuk beriadah dekat teluk bahang juga Penang Escape Theme tempat ini bagus untuk beriadah bersama keluarga atau teman-teman. Makanan yang best pulak!! hahah Macam-macam dok ada habaq mai nak apa?? Nasi Kandaq dia.. Laksa penang, pasemboq, rojak tonggek sebab apa panggil tonggek tonggek sebab orang makan sambil tonggek la hahha (cheida beli bungkus okess haha sopan cikit anak dara) dengan Char Koew Teoy! Perghh meleleh ayaq liuq habaq hampa!!. Penang ni apa yang best eak.. Erk yang best tak ada AES lagi kot wahahahaha!!! Ups!!

Tag blogger : kak ena : kak suria

Thursday, January 03, 2013

6 Jenis Wanita Tak Layak Jadi Isteri



  1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.

 2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.

 3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.

 4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.

 5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.

 6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26.




p/s: semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat begini aminnn





Monday, December 31, 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan Apek & Leuniey

 As-Salam..

Kita dah masuk hari terakhir penghujung 2012... so hari ni jom enjoy pic persandingan apek dan leuniey.
Seyes u ollss.. Cantik sgt leuniey ni jelos akak taw!! huwaaa nk kurus mcm leuniey gak (erk ini over!!)

Ok lah jom tgok sikit pic sanding diorang..






so itu sahaja nak tengok lebih lagi boleh pergi ke SINI.


p/s: mula memasang angan-angan ingin seperti mereka apakan  daya pelamin angan ku musnah huhuhu :P

Wednesday, December 26, 2012

10 Perkara lelaki tidak tahu tentang isteri mereka!

As-Salam..

Dah lama tak hupdate blog ni.. huhuhu mood down busy menolong kawan buat persiapan tunang dia.. Chieda ada jahitkan veil buat dia.. nanti cheida share ngan korang ok!!
Hari ini nak share somethings yang cheida dapat dari email! hahah menarik juga!
So jom kita baca 10 perkara lelaki tidak tahu tentang isteri mereka?? hihihi
Berikut ini adalah peratusan 10 perkara yang tidak diketahui lelaki tentang isteri mereka.
        54 peratus lelaki tidak tahu nombor telefon pasangannya
        39 peratus lelaki tidak tahu saiz bra pasangan
        34 peratus lelaki tidak tahu aroma parfum kegemaran pasangannya
        24 peratus lelaki tidak tahu kedai pakaian kegemaran pasangannya
        23 peratus lelaki tidak tahu saiz kasut pasangannya
        23 peratus lelaki tidak tahu saiz gaun pasangannya
        20 peratus lelaki tidak tahu saiz seluar dalam pasangannya
        12 peratus lelaki tidak tahu tarikh lahir pasangannya
        11 peratus lelaki tidak tahu warna rambut semulajadi pasangannya(Valid di obersea je)
        10 peratus lelaki tidak tahu unit jabatan pasangannya.
Berikut pula adalah perkara yang tidak diketahui lelaki tentang isteri mereka berdasarkan kajian aku hehe
        Ramai lelaki tidak tahu tentang dosa pahala yg ditanggungnya si isteri...
        Memang lelaki tak tahu saiz bra isteri secara tepat seprti saiz A atau F tp lelaki boleh mengagak bra yg sesuai dengan hanya melihat bra tersebut..sama juga seperti seluar dalam..lelaki boleh agak dengan melihat saiz seluar dalam tersebut kihkihkih
        Ramai lelaki tak ingat number IC pasangannya..tetapi lelaki tetap simpan num tersebut dlm hp sbg rujukan..ada besday sekali so leh hafal besday skali hehehe
        Ramai lelaki tak ingat nama penuh ibubapa pasangannya...
        Lelaki memang sengaja tidak mahu hafal saiz bra, seluar dalam, kasut dan parfum supaya lelaki boleh menjadikanya alasan untuk tidak membeli hehehe
        Xper la kalau Suami tak tau saiz ke mende.. Benda kecik jer tu.. yang penting dia tau Agama, tau halal Haram nye.. Dia tau & ingat sembahyang 5 waktu, tau bimbing isteri ke jalan yg di redhai. Boleh jadi pemimpin keluarga yg disegani.. itu pun dah cukup dah bagi aku..peace no war...


So guys? Do u agree about this? hahaha..

P/S: sumber dari email yang dihantar

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)