Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, September 19, 2012

Fail peribadi ahli


As-Salam..

Kali ni dapt message dari en awie untuk menyiapkan tugasan imuniti : episod 2.
Tugasan kali ni “FAIL PERIBADI AHLI B3:BR”.


Didalam entri tersebut, perserta hanya perlu masukkan biodata dan perkara yang dipinta sahaja.
berikut antara yang diminta dalam tugasan kali ini:

  • Nama Kumpulan : Senshi burogā
  • Profesion/Bidang diceburi : Juruteknik disebuah kilang elektrik & elektronik Penang.
  • Hobi : Shoping,Tidur and phothograpy
  • Blog pilihan (1 sahaja) : fyna here!
  • Tujuan berbloging : Sebenarnye tak ada tujuan.. Berbloging  pada mulanye untuk mengisi masa yang sangat lapang semasa ditempat kerja dulu dan mencari idea B2B pada ketika itu (dulu la.. skng plmin anganku musnah :P, kerja pon menimbun dah.) Seronok membaca entry2 dan idea2 para2 bloger membuatkan diri mula berasa bersemngat untuk turut serta berkongsi rasa dan idea bersama rakan yang lain, dan menjadi lebih bersemangat sejak terlibat dalam segment misszberceloteh. Dari situ cheida mula aktif berblog dan join sagment B3BT.
  • Sebutkan 3 sifat semulajadi/pelik anda: Boleh tidur sehari suntuk, bila datang mood makan, boleh makan tanpa henti. Suka tidur lewat.
  • Masa yang selalunya anda layari internet : Bergantung keadaan dan tempat, Selalunya malam.
  • Pilih 1 peserta bersama anda ke final nanti : Nick Nashram
  • Mengapa pilih peserta tersebut : I like his style!! Idea blog dia sempoy...
  • Pandangan anda tentang B3:BR : Pandangan... Mula cheida tgok game ni masa B2, Nampak macam mudah tapi namun bila dah join B3:BR... Adoiyaiiii... Amendalah ni... seyes kadang x faham. hahaha namun baca lama-lama.. Game ni memerlukan Masa, Kerjasama sesama ahli kumpulan yang paling penting, cara untuk berkomunikasi.. Memerlukan deria permerhatian yang sangat tinggi (sbb aku x alert pon bila awie update pasal tugasan 2 ni hihihi).

Itu sahaja pandangan cheida, sekian..



Monday, September 17, 2012

Cinta = Ilmu, Masa, Tolenrasi Pengorbanan, Restu..


Hidup ini memerlukan cinta sesama manusia.. ya CINTA.. CINTA itu tidak semudah yang disangka. Dan bagi aku untuk melengkapi sebuah cinta itu memerlukan 5 Perkara diatas iaitu Ilmu,Masa,Tolenrasi,Pengorbanan dan restu.


Ilmu
Ilmu merupakan perkara yang terpenting dalam kehidupan sekarang.. Kerana Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu dan pengetahuan sudah semestinya kita akan tersesat jauh.. Tidak tahu bagaimana untuk menghadapi setiap permasalahaan yang melanda.. Tapikan  Ilmu apa? Ilmu hisab? hahaha.. bagi cheida Ilmu yang terpenting adalah Ilmu Agama. Tak kiralah agama apa pun tapi pendapat aku setiap agama menyuruh penganutnya berbuat kebaikkan bukan kejahatan secara asasnya.. Kita hendaklah menjaga batas pergaulan kita semasa bercinta. Maruah dan harga diri perlu dijaga sehinggalah ia menjadikan kamu sebagai yang halal buat dirinya. Maka dengan itu aku menekan bahawa ilmu dan didikan agama itu amat penting, Agar kita tidak tersesat jauh kelak.Namun aku tak tolak ilmu dunia itu tak penting, cuna bagi aku secara basic jika agamanya sempurna maka sempurnalah ilmu duniawinya..  Maka haruslah kita seimbangkan antara ilmu dunia dan akhirat untuk dijadikan panduan buat kita.






Masa
Ya cinta itu memerlukan masa.. Masa untuk kita mengenali hati budi sidia.. mengenali kehidupannya, latar belakangnya dan juga keluarganya. Uih mcm SCI pulak.. Bukanlah suruh korang gi siasat secara terperinci tentang sidia. Tapi tak salahkan kalau korang cuba untuk mengambil masa mengenali sidia secara baik dan perlahan-lahan.. Ye lah takkanlah nak tangkap muat je.. Baru kenal sehari terus nak kahwin.. Dah kahwin nanti lain jadinya dah becerai- berai, tapi ye lah jodoh pertemuan dita ngan ALLAH. Namun tak salahkan kita cuba ambil sedikit masa mengenali hati budi, latar belakang si dia.. Kalau rasa sesuai cepatkan jelah :)



Tolenrasi
Sikap tolenrasi ini sangatlah penting... Jika kita menyayangi seseorang itu. Kita perlulah bersikap tolenrasi sesama kita.. Bersikap give & take. Menerima dan memberi segala sikap baik buruk pasangan kita. Jangan asyik memberi je.. lansung tak nak menerima segala kekurangan or masalah pasangan kita.. Tak bagus tu..




Pengorbanan
Pengorbanan memang sangat diperlukan dalam cinta, tak kiralah dalam apa jua bentuk pengorbanan itu.
Dari segi masa,kewangan,sabar,kehidupan dan segalanya.. Kalau tak sanggup berkorban itu bukan namanya cinta. Itu self fish namanye..




Restu
Akhir sekali, and teh best part is RESTU.. YUP!!! RESTU. Jika 4 Perkara diatas Tadi telah lengkap, maka akhir sekali.. Kite memerlukan restu dari ke2 orang tua kita. Restu itu sangatlah penting kerana ia merupakan asas sebuah keluarga bahagia.. Banyak kes-kes yang aku lihat (dari pengalaman sendiri) cinta yang tak direstui itu berakhir dengan penceraian dan melibatkan banyak permasalhan yang timbul. Mungkin tak semua tetapi kebanyakkannya berlaku atas tiada restu dari ibu dan ayah.




Itu semua diperlukan dalam kehidupan hari ini... Cinta itu memerlukan kita masa untuk menganali sesama sendiri.. memerlukan Ilmu untuk kita mengharungi permasalahan yang datang dan alami.. Tolenrasi amat diperlukan dalam mengharungi hidup bersama dan Ia memerlukan pengorbanan dalam hidup.. jika lengkap semua itu maka pohonlah restu dari orang yang terpenting dalam hidup kita..
Namun janganlah kita hanya mengerjar cinta manusia dan dunia semata-mata sehingga terlupa cinta kita kepada Allah, Rasul serta Agama.



P/s: Ingatlah bahawa  Jodoh pertemuan itu rahsia allah begitu lah juga ajal dan maut kita. Apa yang dicoretkan hanyalah meluahkan pendapat serta berkongsi apa yang aku rasa dan alami dalam kehidupan seharian kini. Yang baik datang darinya yang buruk itu datang dari diriku sendiri..




Sunday, September 16, 2012

Smile even its hurt

Senyumlah...
Senyumlah walau dirimu terluka..
Sembunyikan kedukaan itu disebalik senyuman mu...
Usahlah menyembunyikan senyumanmu yang menawan disebalik wajah duka mu itu..

Senyumlah...
Senyum walaupun terpaksa..
Walaupun kau berduka..
Walaupun kau tak suka...
Kerana senyuman itu penawar segala duka..

Senyumlah..
Senyum itu sedekah dan ianya penawar duka..
Biarkan mereka tidak tahu apa maksud tersirat disebalik senyuman mu...
Pekakkan telinga atas segala tomahan dan cacian yang dilontarkan padamu..
Butakan mata dari melihat segala noda dan dusta yang dilemparkan kearahmu...

Namun jika kau tidak mampu

Berserahlah pada yang esa..
Mengadulah padanya...
Menangislah dikau dihadapanya..
Kerana dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirimu...
Kerana semua itu sudah tersurat kepada dirimu...
Pasrahlah redha akan qadak dan qadarnya










nurkilan cheida mymee 2.29am/16sept12

Thursday, September 13, 2012

Frust...

As-Salam...

hmm rini rasa pelik la.. satu blog kegemaran cheida selalu tgok.. blajar make up tetiba je untuk invited reader je... then page dia kt fb pon xde.. smlm je baru email dia tnya quatation harga make up untuk tunang nikah dan sanding... argghh suka sangat dia make up.. frustt niii frustttt so ade sape2  yang tahu knp sudenly fyna off smua dia punya acc sosial? ade sape leh tolong g tahu mcm mna leh contact dia?..
Blog  http://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL=http://stoberycokelat.blogspot.com/ fynahere!any info pls update me..

suka rojak tapi tak suka bahasa rojak


As-Salam

Tadi ada la tertengok satu rancangan TV , rancangan yang biasa kita ada bersiaran selama 30 minit, yg menceritakan tentang percutian & fesyen  trend yang boleh didapati di kawasan kedai-kedai  biasa atau dlm bahasa omputehnye  “ market”.

Rancangan yang santai.. relaks… menceritakan tempat-tempat menarik untuk shoping,relaks dan santai,fesyen trend terkini. Tapi kan 1 benda yang cheida tak suka pasal rancangan ni… Benda apa??Bahasa yang diorang gunakan.. Bahasa apa?? Bahasa rojak.. Ya.. Bahasa rojak…

Ala hang pong update blog guna bahasa rojak gak” mesti ada cakap macam tu kan…  Yelah cheida akui.. Tapi bagi cheida kalau untuk TV show ni kalau boleh janganlah rojakan bahasa tu..  sbb mereka mempromosikan bandar-bandar warisan malaysia , Jadi menyampah pulak aku tengok..  Yang bercakap tu pulak hadoiya.. taw la terror English tapi x sah la sampai slange  tu pon nak terikut-terikut british @ us atau pa pe lah… Kan bagus kalau mereka mengekalkan bahasa ibunda kita.. bercakap dalam bahasa ibunda kita saja… tak salahkan?..

Tapi dah kalau nak speaking ja... Just direct speaking then put a translation at the bottom. Ha kan senang.. ini tak… aku tak faham mendalah minah tu nak sampaikan sat dia omputih sat dia melayu.. x nak plak cakap arab.. yo lah cheida ni bukannya pandai speking pon… tak pandai!! Ya sangat tak pandai.. Cheida terror cakap utara ja... muahahahha…

p/s: tiada niat mengkondem mana-mana pihak cuma meluahkan pendapat.



Tuesday, September 11, 2012

Permasalahan kesibukan??

As-Salam..

Arghhhhh STRESSS!! STRESS!! STESS!! teramatlah STRES!! (tengok sampai Caps Lock ayat stress tu menunjukkan betapa tekanannya aku hahahha poyo) 

beginilah saya jika stresss!


Minggu ni sangat lah letih dan stress.. Stress dengan kejar date line kerja.. Pressure dari bos yang amat daku sayangi dan sanjungi (berharap bos akan membaca ayat aku ini blueksss) dan dengan rakan sekerja yang kaki kipas a.k.a ampu dan penyangak yang merembat duit aku pada minggu lepas... 
sangat dedikasi,rajin dan aku sayangi sangat2!! 





cari punca permasalahan?


Okess diam sat pasal kerja.. Balik rumah rehatkan minda layan internet FB,Blog, game dan sebagainya tapi??!!!! Tapi!!! ARGHhhhhh Tenet plak wat hal!!! adoiiiii!!! ini menambahkan stress!! YA STRESSS @ TEKANAN JIWA!! hohohoho 
Maka dengan itu aku terpaksa datang ke CC untuk melihat info terkini mengenai Blooger3: Battle Royale.




By the way.. salam perkenalan buat semua yang menyertai blogger 3:battle royale  yang mana satu kumpulan dengan cheida berharap kita dapat berkerjasama dengan baik. Yang mana bukan pon cheida mendoakan agar kita semua enjoy this game!! weha!! (sebenarnya cheida ngah blurr lagi pasal game ni maklumlah terlampau bijak hehehehe) Good Luck and all the best!! 


p/s: dah call celcome center tadi berkenaan dengan  line berukband hopefully esok coverage bagi kawasan rumah cheida yang telah ku gunakan selama hampir 2 tahun akan pulih semula....


Sunday, September 09, 2012

Bored Sunday..

As-Salam....


Hohoho bushannye hari ini.. nak upate pon x de idea.. nak buat apa eak?? hahaha.. tak tahu nak buat apa so nak tayang gambo aje la.. Gambo sape?? hihi Gamba kesayangan hamba..

hihihi so just enjoy!!



my hapening frens..

pak su n mak su family..

cousin like tarzan

my beloved mama..

adam,qilah and ibu


kids fuel good world

one of housemate weding day

konvokesyen day

classmate sporting abis!!

my schoolmate n classmate since 2001.

Mr Teddy..



Itu saja setakat ini.. nak letak bnyak sangat hihi lain kali kita share lg...
Thill then~

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)