Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Friday, June 15, 2012

Tahukah kamu?


Namun aku masih tersenyum tatkala hati penuh dengan kerunsingan dan kesedihan...  Namun tahukah kamu??

Aku kesal dengan diri sendiri... kesal dengan kehidupan yang terpaksa aku jalani...
Benci,Marah,Geram, Menyampah sentiasa tebuku didalam hati ini...
Aku terpaksa Menghalalkan sebuah dosa demi kepentingan diri??? Aku tidak mampu menghulurkan bantuan kepada orang yg sangat aku sayangi disaat dia membutuhkan pertolonganku adakah Inil petanda hidup tak diberkati...

MEREKA Sanggup meminta semula perkara yg pernah dihalalkan suatu masa dahulu...  Namun aku tak pernah meminta perkara yang menjadi kewajipan mereka sendiri.. meskipon mereka tahu batas kemampuan diriku dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yg ditinggalkan oleh Ibu dan ayahku sendiri.... Namun tak pernah aku meminta balasan itu semua..



Dengan ikhlas anak-anak mereka dilayan oleh ibuku seperti anak sendiri... Bahkan lebih dari anak sendiri?? Namun?? Susu dibalas tuba.. segala kebaikan dibalas dengan racun....

Tercabar segala kesabaran yg ada!! Bila susah seorang pon tak nampak.. Dihina-hina ketika bantuan dipinta... Bila senang..  Ade duit sikit semua jenguk muka.. dan meminta-minta apa yang x pernah masok dek akal fikiran yang masih waras!!


Ya allah dihari jumaat yang barakah ini aku memohon padamu.. Permudahkanlah segala urusanku didunia dan akhirat kelak.. Kuat dan tabahkan hati ini mengahadapi Segala dugaan yg kau berikan..
Jadikanlah aku hambamu yg bersyukur dan berkhatilah aku dan ibuku didunia dan akhirat..
Amin~~






P/s: luahan perasaan di pagi jumaat bukan memburukan sesiapa atau mengukit apayg telah dilakukan sekadar meluahkan apa yg terbuku dihati sekian lamanya...

Thursday, June 14, 2012

Kesakitan yang Teramat!!


ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ
And very good afternoon.. (erk dah macam nak sampaikan story telling plak)

Hadoiyaiiii sakitnya telinga cek ni.... tak tahu nak descripe macam mana sakitnya!!
Huwaaaa tolonglah saya.. nyut2 menangkap gusi naik ke kepala hotak... Hadoiii..
so sekarang ni mood memang out of service... Tak mampu berfikiran secara rasional...
adeyyyy...   plss.. plss.. pls...  janganlah ade sapa-sapa datang cari pasal sama aku hari ini...


lebih kurang mcm nilah keadaan aku skrng hoho sumber google


p/s: kifarah atas segala dosa-dosa yg aku lakukannn hurm... (T_T)

Friday, June 08, 2012

Ini Tempat Ahmad Albab Yang Punya

ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ
salam sejahtera...

Tadi masa tea break, biasa la duduk ramai-ramai ade je lah cerita kedai kopi yang hendak disharekan..
hahaha... nak dijadikan cerita one persone ni.. berebut tempat duduk dekat kantin.. hohohoho wadefak!! Pasal tempat duduk pon nak berebut ka.. macam dah tak ada tempat lain nak duduk.... kalau zaman tadika dulu yelah kan... nak chop-chop tempat.. Hello Ini bukan tadika or nursery', ini kilang a.k.a tempat mencari rezeki... Yang buat perangai pulak dah jadi mak budak dah pon tak lama lagi jadi nenek budak hahaha... Dah tu bukan nak cakap elok-elok.. main sound-sound pulak.. Hadoiiiyaiii memalukan umat...

Aku tak faham ngan menteliti sesetengah umat manusia ni.. kolot ka.. bodoh sombong ka? bodoh sangat ka? atau memang sombong?? Ye lah aku pon  manusia gak  tak pernah lari dari membuat kesilapan.. tapi kalau setakat issue tempat duduk pon nak di perbesarkan ini dah pelik ni.. hahaha.... Siap buat muka kerek pulak lepas tu...


Aku pon tak nak panjang cerita pasal mengata orang kang blog aku dapat dosa kering pulak hahahhaha (blog plak yg dpt dosa bukan owner boleh macam tu?? )
diharap apa yg aku sampaikan ini menjadi renungan bersama....


"Usia hanyalah angka kehidupan kita didunia ini, namun
ia tidak bererti kamu sudah matang dalam kehidupan didunia sementara ini"

Tuesday, June 05, 2012

No Idea~~~

ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ

No Idea today... hohohoho Just Blog walking wehaaa
 But nak share one qoute for all my belevod friends at here.. before thuesday end by today hihi..

renung-renungkan dan selamat beramal...

"Not everything that is faced can be changed. But nothings can be changed until it is faced"

p/s: ty for my new follower coz sudi follow i yg x pemes ni v(^_^)v
 syg kamo ketat2 yay!!! hihihihi

Thursday, May 31, 2012

kembalikan semangatku!!!


ﺃﻟﺴﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ


Hadoiyaiii kenapalah pagi ni rasa lemah semacam.. Tak bersemangat lansung..
malas!! mengantok!! semua ada..

Bilalah nak kaya ni huhuhu x payah kerja dah hahaha... Kakak kat kilang aku cakap kalau malas kerja kahwin la cepat-cepat erkkkkk...  Idea yang sangat tok bijok muahahhaha... Tapi best jugak idea tu.. miahhahaha (miang sudah mari)
Kalau Kahwin dengan anak raja ke.. Anak dato ke.. anak orang-orang kenamaan ke boleh la goyang kaki duduk rumah muahahahah... (mula pasangan angan-angan setinggi gunung everest). Ok sudah jangan nak berangan la sheda oii mana nak mai anak raja minang minah kilang macam ang ni hihihihi anak raja biraisamy ado la.. hahaha


hari bahagia one of my housemate n classmate!! dah nak jadi mumyy dah pon V(^_^)V

Ya allah bantulah hamba mu ini dalam rutin seharia.. permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini..
Amin.......
 

sekian, terima kasih sudi menyinggah hihihi

Wednesday, May 30, 2012

Ada perubahan ke???


 ﺃﻟﺳﻶﻡﻋﻟﻳﮑﻡ
Tengok la new look blog mak sekarang ok tak? cantik tak muahahahhaha... (amenda yang edit buat aku pon tak pasti hahaha)
Sebenarnye aku bukan reti pon nk edit blog page ni... maklumlah orang baru hihihihi..
So hari ni aku tersangatlah malas nak buat kerja yang berduyun.. maka aku telah curi-curi mengedit page aku ni hahahaha... (ulat besar!!!)
Nilah hasilnya setelah berjaya buang masa selama lebih kurang 2 jam...
V(>_<)V
sekian....

P/s: seyes poyo  gila padehal lebih kurang je layout lama n layout baru haha walhal blog orang lain lg owsem dari aku hahaha ok sambung kerja

Tuesday, May 29, 2012

Rempit!!!


ASSALAMUALAIKUM~

Today aku nk share ngan korang pasal transportation harian yg kita gunakan...
Aku nak tanya korang rasa hina ke naik motor hari-hari pergi kerja??
So aku agak jelek sikit la dengan mind setting some people… diorang seolah2 pandang kerek ngan orang yang naik motorsikal… seolah-olah orang yang naik motorsikal ni low class la…
Hello korang naik VIVA tu dah kira hebat sangat dah ke?? Hutang 9 tahun pon tak habis lagi…Ada setengah tu pulak sanggup tak hang out dengan kawan disebabkan member tu pakai motor je… Wadefak!! (manusia sepsis ni sumpah kena kutukan seranah ngan aku). Ada setengah tu plak bukan main lagi maki  parents sebab bawak anak dia naik motor dalam hujan @ panas pergi mana-mana..
Hello cik kak.. tak baik cakap macam tu.. kena pikir orang tu tak mampu beli kereta ada motor kira baiklah tu.. nak suruh orang tu naik bus plak.. hmm manusia-manusia..

Most people says “naik kereta ni safe, tak kena hujan,tak eksiden blablabla…”  Hello pendapat ini selalu aku bangkang 100%...  bg aku kalau nk accident tu bila-bila masa je jadi..
Mana pon boleh berlaku.. lagi pon kebenyakkan kemalngan maut berlaku pon yg terlibat kereta kan??
Tapi aku tak dapat la sangkalkan yang kereta more safe then motorsikal..  But korang tak payah la hina-hina orang yang naik motorsikal macam aku ni huhuhu…
Kenapa aku pilih menunggang  motorsikal dari memandu kereta,
For me, I have my own reason...:
·         Jujur aku kata kan aku tak mampu nk beli kereta lagi :P (yang dok ado pon ihsan PAMA)
·         Roadtax and insurance kereta yang  aku tak mampu jugak hihihi
·         Minyak . kalau motor rm8 seminggu law kereta mau rm50 beza banyak tu.
·         Masa!!! Kalau naik motor aku keluar jam 7.30am pergi kerja kalau kereta pukul 7 aku kena cabot dah!!! (boleh bayangkan tak berapa jemnya jalan dari rumah aku ke tempat kerja??)
·         Aku tak suka berlagak dengan harta bukan hasil aku sendiri...
·         Maintenance kereta yang kadang-kadang memerlukan kos yang tak terduga.

Hahaha that’s is my reason… for those luar sana yang pakai motor cabuk ja macam aku ni.. bersyukurlah nak… orang kat somalia sana tu.. jalan kaki je berbatu-batu…
Till then ~




badut pon rempit je hahaha

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)