Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, November 19, 2012

Good Luck for Adik-adik

As-Salam



Cheida mengucapkan good luck dan tahniah buat adik-adik yang mengambil keputusan UPSR pada hari ini..
Bagi yang memperolehi 5A tahniah akak ucapkan bg yang tidak.. tak mengapa.. gagal hari ini bukan beerti anda gagal selamanya.. 

p/s: korang ada prasan tak percubaan meniru uncle gedek. hahaha ya saya tak pro seperti unlce muke saya mesti ada senyum bila depan camera hihihi..

Sunday, November 18, 2012

Moden or klasik

As-Salam....


      Hi peeps!! wohooo!! lama x update blog..

       Okes!! sebenarnya cheida dalam dilema mencari tailor for my dress for my E-Day.. erk?? Kantoi!!
Sebanarnya lambat lagi majlis.. Tapi tak salahkan cheida dah mulakan pencarian dari sekarang.. sebab next years cheida nak masuk rumah baru lagi (haiii duit)

      Dalam kepala otak sekarang. Berangan - angan la nak pakai dress ala-ala princes macam anak rosyam nor bertunang baru ni.. Seyesly minat sangat dress dia.. Simple and nice.. Adoiii jatuh cinta lah dengan dress tu.. So sambil teman kawan tanya butik kahwin tu ade ke tak ambil upah untuk baju.. Diorang cakap ada tapi price dia untuk upah sahaja dalam RM150-200  Glup!!! Ingatkan include kain.. Cheida kalau boley nak cari tailor yang semua kita ambil dekat dia. Maksudnye, tempahan include kain sekali dekat diorang.
Tapi susah pulak nak jumpa. Semua kena beli kain sendiri dan diorang cuma jahitkan je mengikut desing yang kita hendak..
berangan boley cun mcm dia kan hahah (sumber oh bulan)
   Kalau kita suruh diorang belikan kain terus kan senang, sebab diorang tailor, mesti diorang tahu kain apa yang sesuai untuk desing yang kita nak.Berapa meter kain nak guna.. Tapi kenapa cheida tak jumpa tailor macam tu eak dekat penang ni hadoiyai...

  Then dalam fikir-fikir tetiba terasa nak pakai je lah baju kurung pahang je.Buat ala-ala tradisional je.
Tapi guna kain songket. Senang sikit. Cheida just pergi cari kain songkek dalam 4m, Upah je dekat tailor buat baju raya selalu ni baju kurung pahang. Mudah je kan tak payah pening cari tailor untuk dress hahaha.
nice jugak kan.. tambak aksesori classic.. 
So which one batter? baju kurung pahang kain songket or dress? Modern or Classic untuk cheida yang chuby ni hahaha...


p/s: chewi gila padahal next year majlisnya.. mua pon dah kalut nk booking sebab mua sy amik tu adalah mua blogger kegemaran cheida hahahah


Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah

As-Salam


salam maal hijrah buat semua rakan blogger..
semoga segala urusan kita padan tahun ini dipermudahkan olehnya..
amin





p/s:semoga kita lebih istiqamah dalam melakukan  perubahan dalam kehidupan amin


Wednesday, November 14, 2012

Hilang Tiada Ganti.. Bayar sampai mati!

As-Salam..

Hi alls!! how are u.. acececec speking plok cheida ni.. Selamat menyambut depavali bagi penganut agama hindu.. cheida? menyambut depavali di kilang wakakakak... wel welll wellwelll.. (bos tak ade seminggu dia cuti wehaaaa)

Hmm by the way sebenarnye hati masih lagi berduka cita atas kehilangan EN DSLR... huuuuuuu menyesal?? marah?? semua dah tak guna.. Hilang tiada ganti.. bayaran sampai mati!! Hutang tetap kena bayar.. Apa boleh buat nasib badan..
kenangan bersma endslr...

Nak beli lain?? adoiyaii bukan murah taw... Bukan senang nak dapat.. huuuu sedih sangat...
sangatlah sedih.. tak tahu nak cakap apa... hmm mood masih bingai..

last pic from en dslr.. huuuuu

Till then..

Monday, November 12, 2012

Hilang dan Sia-sia..

As-Salam...

 Hmm sedih sangat.. dah 3 hari rasa hati tak tentram.. Camera kesayangan cheida hilang!!
Canon DSLR.. baru beli baru pakai hutang pon tak abis lagi hilang macam tu saja....

hanya kenangan!!
   Camera tu cheida simpan dalam kereta.. dalam bonet la.. then last week uncle datang mintak pinjam kereta sebab wife dia masuk hospital.. Dengan rasa perikemanusiaan bagilah pinjam for one week.. Dia datang amik kereta time cheida tak ada dirumah.. keluar ngan kawan jap.. terlupa nak bagi tahu.. ada camera.. Then hari sabtu pergi rumah dia nak ambil kemera coz ahad ada nak pergi wedding kawan lama dekat taiping.. pergi rumah dia malam tu.. bukak bonet kereta!! HILANG!! TAK ADA!!
 
    Bila tanya dia.. dia jawap tak tahu... ARGHHHH senangnye jawapan.. Cheida dah susah hati.. dia cakap dia tak tahu ada camera belakang tu.. So cheida terus ajak mama balik nak cek dekat rumah kot2 tertinggal.. Tapi sampai rumah.. memang tak ada.. huwa!!! meraung setengah gila!!! ya allah!!! Cheida bayar tak habis lagi ngan AEON camera tu... sengaja ambil sebab nak bg nampak hasil duit gaji bekerja!! complete set beg lens and charge dalam tu... Korang rasa macam mana law kena kat korang?? Kalau hilang diri sendiri punya tangan ye lah padan muka sendiri!! Tapi dekat tangan orang!! Sakit jiwa!! arghhhh marah?? maki?? Ganti rugi?? huh!! nak makan bulan-bulan pon tak cukup bayangkan dia nak ganti balik.. bayangkan korang lepas ni 2 ratus sebulan bayar tak ada hasil... huuuuu im really sad now!! kita buat baik.. bagi pinjam harta kita jagalah baik-baik ini tak.. madu dibalas tuba...




p/s: buat baik berpada-pada.. buat jahat sekali sekala!! huuuuuuu
sedihnya!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 08, 2012

Kena belasah sebab Facebook

KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu.
Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.
Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.
Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.
Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

p/s: macam ni punya pon ade ke?? berhati-hatilah lepas ni kalau nak keluarkan statement or komen yang pedas-pedas di face book hiohihi (pesan untuk diri sendiri juga)

Sumber Kosmo

Takziah...

As-Salam


    Entry kali ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat rakan blogger kita iaitu Papa Blogger yang telah kehilangan ayahandanya yg tercinta... sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah en azmeng..




p/s:  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
 Surah Al-Anbiya’ ayat 35

















Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)