Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Tuesday, March 19, 2013

Girls VS Guys Do When ....

As-Salam...

Whats girls do VS What guys do 
Betul ke tidak??? Hahaha Tepuk dada tanya selera..
Tapi kalau cheida selalunya buat yang bawah tu lew..
kemas rumah kelam kabut.. muka sememeh ada aku kisah?? bhahahaha...
Ok!! hahahaha Its time to go back  now... continue works tomorrow
sibuk sangat sekarang... Blog walking je banyak kadang tak sempat leps comments sorry ye kawan ku sayang.. Nak update blogs pon dah ke lauuuuuuuttttt dahhhh..
(mama dah message suruh beli itu ini da...)


p/s: sejak review bad teruk kena lattu sekarang nii hadoii


Monday, March 18, 2013

Detik Lamaran Yang Tak akan Dilupakan

AS-SALAM...

Hi alls, Cuba bayangkan korang tengah dilamar oleh kekasih korang di tepi pantai yang indah dan ditemani desiran laut dan angin yang nyamannnn fuuuuuhhh Romantik abiss kannn beruntunglah pada gadis  yang pernah dilamar dalam suasana yang sangat romantik seperti ini hihihi..
Jom hayati gambar-gambar saat lamaran yang sungguh menyentuh hati para gadis hihihi


Mamat salleh:
"Dear honey.. will u marry me.. being my partner for the rest of my life..."
Sweetnyeeeee kannn terharu sangatttt

Minah salleh :
"Sobkh2... Yess!! i doooo!! i nakk Sangat kahwin ngan u!!!"
Namun tiba-tiba!!! Ombak yang sepatutnya menjadi ombak rindu yang menjadi saksi cinta mereka bertukar menjadi ganas dan tragisss!!!! (ombak itu jelos dengan mereka)

Mamat salleh"
"Oh baby run-run!! U jump i jump!! i save u honey!! dont worrryy , i be there for u babehh"


Dan akhirnyaaaaa...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mamat saleh:
"Oh im sorry honey. i tak sempat pegang u coz i pegang cincin lagi mahal dari u..."
Minah salleh:
"Huwaaa I hate u!!!"
Cinta mereka bukan sahaja  bersaksikan Ombak, pantai langit bumi dan segalanya.. bahkan bermandi air dengan laut sekali bahhahahahaha... Sungguh romantikann kaannn!! sweeettt banggaaattt  Mesti mereka tak akan lupakan detik lamaran yang sangat romantic buat mereka.. ahaha

Itu situasi di barat sana, Kita di timur pulak rasanya tak perlulah untuk mengikut trend-trend seperti mereka..
Kita sebagai muslim kalau gantle sangat lelaki tu.. Lamarlah gadis itu dengan berjumpa ibu dan ayah gadis tersebut, bersaksikan kedua orang tua lelaki tersebut.. Lagi romantik kan.... Dan kalau rasa nak romantik lain dari yang lain ajak mak ayah gurl tu g tepi pantai then lamarlah 




Nak cari tempat biar selamat ye.. Nak tepi pantai pon tengok lah keadaan.. Jadi dalam gambar tuu.. Kan dah dapat habuan.. hahahaha.. Silap haribulan Tsunami pulak yang datang..




Till Then..

Wednesday, March 06, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

 
As-Salam..
 
  Hi allss..dah lama x update blogs.. Tengah blogwalking ternampak satu sagment GA by Tun Telani yang dijoin kak madiha so terasa nak join sebab sagment bab makan.. hahahah Cheida kan suka makan!!
 So jom join!!
 
 
 
 
Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
Done
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
Done
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
Done
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
Ok jap lagi tulis detail hahaha
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
Ok!
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
Sempat lagi nih!
 
 
So jawapan no 4:
Cheida punya makanan kegemaran ialah!! LAKSA!! hahaha YES i like laksa.. Cheida paling suka makan laksa kuahnya pekat!! perghh sedappp panas-panas.. glup!! meleleh ayaq lioq habaq hampa!! haha
 
Resipi laksa cheida selalunya ikut apa yang mama cheida ajar, Tak ada apa yang special but boleh kongsi sedikit-sebanyak hihi:
Okes klass mari mulakan.. X payah pen dan kertas just copy dan paste ke words lepas tu print
hahaha...
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
Ikan kembung/sardin (ikut suka nak pakai ikan apa)
Sedikit Udang kepai (penang pangil macam ni luar x tahu la, ala udang yang saiz paling kecik tu)
Telur
 
Bahan B:
Cabai kering
Bawang kecil/besar/putih
sedikit belacan.
 
Bahan C:
Serai
Lengkuas
daun kesom
asam keping
bunga kantan
 
Bahan D:
Kacang panjang
Pucuk janggus
Salad
Cili kecil/Merah
Timun
Bawang besar
 
Cara masak Kuah laksa:
  1. Rebus bahan A berasingan. Selepas itu asingkan isi ikan dan tulang, Kemudian kisar isi ikan sampai halus, Masukkan isi ikan yang dikisarkan bersama udang kepai yang telah direbus tadi.
  2. Tulang ikan jangan dibuang, kisar semula bersama air rebusan ikan, Campurkan  kedalam periuk  bersama isi ikan dan udang, (pastikan tulang ikan ini ditapis ).
  3. Basuh semua  Bahan C.Serai dan lengkuas di ketuk terlebih dahulu dan masukkan semua bahan C  kedalam periuk yang telah dimasukkan Bahan A.
  4. Kisar semua Bahan B dan masukkan kedalam peruik yang telah dicampurkan Bahan A dan C tadi, Kemudian tambah air. (mengikut sukatan/citarasa masing-masing, kalau suka pekat letak air sedikit sahaja).
  5. Tambahkan sedikit garam/serbuk perasa dan tunggu sehingga mendidih kuah laksa anda :)
Penyediaan Bahan D:
  1. Rebus laksa bersama air panas kemudian toskan apabila laksa tersebut lembut.
  2. Potong bahan-bahan D Halus-halus untuk dijadikan bahan hiasan tambahan keatas laksa
  3. Telur yang direbuskan pada mula jangan dilupakan

Siap!! nyummm bolehlah dihidangkan makan bersama keluarga dipetang hari atau tengah hari!!.. Laksa ini yang menyedapkannya ialah kuahnya!! cheida cukup suka makan kalau kuahnye pekat!!  Laksa chieda pulak simple, taruh telur sebiji,letak cili kecil sudah, Tak payah sayur-sayuran (tak makan sayur mentah)hahahah Senangkan, Harap - harap resipi cheida ni dapat la membantu korang.
Harap sangat Korang paham step-step yang cheida tulis. Cheida ni tak pandai  nak menerangkan cara-cara memasak Setakat nak masak untuk  kenyangkan perut cheida dan keluarga tu.. bolehlah.. nak bukak kedai, jauh lagi kot..

Itu sahaja tentang makanan kegemaran cheida. Dan ini merupakan 1st GA yang cheida join!! hahaha
Join sebab cerita bab makan!! Pelik tapi benar I loike Food! hohoho..








Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)