Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, December 10, 2012

Dong Xinyi, Budak 3 Tahun Menjaga Ayahnya Yang Lumpuh di Shandong

As-Salam..

Tersentuh hati membaca entry kali ini.. budak 3 tahun menjaga ayahnya yang sedang lumpuh..
Terharunye tengok budak sebesar ini dah memikul tanggungjawab yang besar sebegini.







comelkan adik ni.. bayangkan kanak-kanak dimalaysia yang seusia dengannya... apa yang mereka lakukan?? adakah mereka mengerti keperitan hidup dan pengorbanan hidup seorang ayah dan ibu?? aku pasti jika berusia 17 tahun pon belum tentu mereka mengerti akan kehidupan sebenar.
untuk cerita lebih lanjut anda boleh pergi ke sumber disini


p/s: kekadang aku sendiri lupa akan apa itu nikmat dan erti bersyukur.

Saturday, December 08, 2012

10 coklat kegemaran.

As-Salam..

Hi peeps!! lama x hup date blog..  So.. Sapa dekat sini pengemar coklat!! Angkat ketiak!! hahaha.. Cheida merupakan choclate maniac!! (er betul ka?) means tak boleh nampak coklat akan ku beli walaupun coklat tu 20 sen je.. haha..
nyummyy!!
      Hihihi ok hari ni jom share ngan cheida 10 Coklat Kegemaran cheida.

1. Toblerone.
Coklat ini jarang-jarang makan.. tapi kalau sekali makan satu bar tu cheida punya ok!! no share2!! haha kedekut takk...

2. Ferrero Rocher.
Huwaaaa! I love this!! mahal gila... kalau beli sorok-sorok tak bagi orang nampak. makan sorang-sorang dalam bilik hahahahah (kedekut lagi)


 3. Cadbury.
Weee!!  ini selalu beli yang ni cheida dan bagi share hahaha.. (tengok mana ada cheida kedekut haha) sebab senang didapati, cheida paling suka yang ada hazelnut dan mix nut, pendek cerita yang kacang-kacang la cheida suka haha


 4. Dove
Ini coklat HANIS ZALIKHA cheida panggil sebab.. Dari blog dia cheida tahu pasal coklat ni. 


5.Crispy
Coklat zaman sekolah dulu. time rehat selalu beli tak makan nasi tpi belasah crispy haha


 6.Kinde bueno.
Hohoho jarang-jarang beli tapi sedap sekali beli makan habis tak ingat orang sekeliling dah hahaha (kedekut!!)


7.KitKat
Ok berehat sebentar bersama kitkat!!



 8.Kisses

Fuh ini feveret gila. kalau siapa pergi langkawi mesti mintak oder. kenapa ada kat langkawi je eak. Nama pon kisses sapa makan rasa nk kiss hahahah

9.M&M.
Erk ni ketegori coklat ke? hentam je lah yang pasti pilihan untuk kudap kudap hahah


10. Van Houten.
Wahhhh ini sangat suka lorh!! dulu masa kecik-kecik time tu mama kerja dia selalu dapat hamper ada coklat tin ni.. masa tu cheida ambil sorok dalam peti ais coklat ni tak nak bagi orang makan hahaha.




Itu saja untuk kali ni sebenarnya banyak lagi yang ada tapi share yang ni dulu. 
So korang plak apa coklat kegemaran korang??

p/s: gambar sumber dari google

Monday, December 03, 2012

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

As-salam...

kenapa sejak 2 menjak  ni asyik post entry pasal kawin mawin ni cheda?? erk tak taw lah...
Adakaha petanda.. Jeng Jeng Jeng... hahahahha........
Tak da apa la.. saja ja nak share-share ngan hampa semua..
Tadi gatai tangan dok google ternampak la entry ni... hahahahah menarik tak?
Meh tengok meh apa 44 pantang larang bakal pengantin ni.. 



google


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit. (owh patut la cheida muncit je hahaha)

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. (lupakan petai... )

No No no!!


7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir. (erk??)

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis. (yang ni kena amalkan selalu)

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. (ni pon kena amalkan selalu tak payah tunggu nak kahwin)

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. (memang tak bagus)

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat) kawal makan huhuhu..

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid. (huuuuu feveret niiii (T_T))

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. (erk bagaimanakah.. telur setngah masak pon dah mual)

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. Okes!! (kentut putt putt hahaha)

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.(tak sempat belajar mereka lagi laju mengajar.)

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. (kalau dekat kenduri confirm tak cukup tidur punya)

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. (sapu losyen UV protecting banyak-banyak sebelom keluar rumah ahhha)


my feveret losyen terutama yg aloe vera i loike..

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin. (huwaa ni feveret)

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
jamu mak dara

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (bagus kena ikut dan amalkan selalu)

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (betul2..)

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.(yang ni kena selalu)

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.(owh sejuk ke)

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. (haram!)

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. (kalau dah musim hujan macam mana ni?)

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. (erk tak tahu pulak kepala ayam boley makan ke???)

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. (erk pengantin laki cukur kening??)

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat


p/s: segala pantang larang diatas adalah sekadar panduan.. asalkan ianya tidak melanggar syaria dan hukum agama tak salah jika kira mengikutinya..

Wednesday, November 28, 2012

Change the date!!

As-Salam...

Hi peeps!! Huhuhu Finaly!! Im clear all the job before the date line!! Yahoo!!!! hahahhaa
Dah clear 1 projek.. then tinggal lagi 3 bin nak clear untuk new build (erk macam korang pahamkan apa kerja aku).

So dalam kalut menyiapkan kerja yang banyak cheida,Cheida juga sedang kalut membuat persiapan untuk  step pertama cheida ke...........

       Cheida dan him plan untuk buat pada hari yang ada cuti umum lebih means? Hari yang ada cuti banyak.. contoh macam hari raya la. Tapi hari raya banyak pulak kenduri sedara mara him. Tukar ke 14.9.2013 hari cuti 1 malaysia jatuh pada 16 sept. Then cheida cek balik tarikh itu tengah bulan kan. So kena fikir juga sedara mara nak balik tgah bulan macam mana kan. Tukar lagi ke 31.8.2013. then Him pulak tak ok. Tukar lagi ke june pulak. Tetiba MUA yang cheida booking tu full on that day try tukar date tapi MUA tu still full huwa!!! sedihnye!! frust!!frust!!frust!!




   Than mama bersuara yang nak buat kenduri dekat rumah baru ni makan ruang dan sempit (sebab rumah flat je) dah pening pikir pasal tempat kalau buat dekat rumah baru mesti kena jemput jiran2 1 tingkat tu (-_-!) budget lagi!! adoiyaii majlis nak buat kecil-kecil aje!! huhuhuhu
 Ntah macam mana terkeluar cakap senang kita buat pada.............. maksudnye buat dekat rumah yang cikda duduk sekarang (rumah teres) ada ruang lebih untuk buka khemah dan pasang kerusi meja.

Then both side of us setuju ngan tarikh tu..BILA? hahaha for now.. let it be as a secret just counting the day hihi..


Till then....


p/s: finally i get tailor for my dress! yay!

Saturday, November 24, 2012

Kehidupan minah kilang

As-Salam...

     Haiii Peeps!! apa khabar.. adoiyaii bersawang dah blog cheida ni..  Penatnye bulan ni.. tak tahu lah nak cakap apa... Keja meninbum!! kejar date line... Kerja sebagai minah kilang macam ni lah jadinya..
kerja tak tentu jam.. Then bos sayang dan pilih kasih ikut mereka sahaja.. (means pilih kroni.. tak percaya?? meh try kerja kilang selama 3 bulan sebulan tak rasa apa kot)


       Bulan ni sahaja cheida kena clear macam-macam kerja.. pergi kerja pukul 7.30 balik sampai rumah 8.30.. hadoiyaiii.. Penatnya hidup.. Dan paling sedih sekali!! cheida tak boley claim OT!!! haiyakk!!!! Ini sudah bikin panas ni!! gila stayback hari-hari within 2 hours bersamaan rm30++ tak boley claim!!!!
 Siapa cakap kerja kilang tu gaji mahai.. memanglah mahal tak dinafikan tapi mahal sebab apa?? meh sini cheida nak kongsikan routine cheida bulan ni dengan korang

       1st month  Kena brainwash!! why?? why?? why??.. (sebab aku pekerja paling malas dan jahat hahaha padan muka) then  Review prestasi kerja.. buat draft HPD for next 2013 (HPD means target korang setiap tahun, matlamat korang bekerja disini sebagai apa? nak buat apa untuk majukan department dan company anda) Nak test kabel baru... new build.. clearkan new build yang ada dalam list..  Before end of november.. December transaction ke new job scope.. buat PM (Preventive  maintenance) kununnya sebab aku orang lama..

 Ok lets talk about my new click!

 Sekarang ni department aku begitu ramai muka baru sehinggakan aku merasakan aku terlalu tua disitu (erk maksud cheida pekerja senior hahaha bukan umur.. umur saya yang paling MUDA ok!)

    Technician baru masuk tapi gaji mahal dari cheida tapi buat kerja  aku sekarang ni, sebab apa mahal? Sebab ada pengalaman.. pengalaman dalam apa?? Automation pergh!!! wadefak!!! kilang aku kilang E&E la!! bukan automation!! (E&E electric and electronic manufacturing) sebabkan dia ca ya nun alip maka dia berkebolehan seperti mereka yang lain (-_-!) (berkebolehan untuk mendapat gaji tinggi sahaja)

     Then datang dekat korang muka ala2 nerd sombong je.. coz title is senior and lead!! lepas tu boley plak bodoh sombong ambil drawing korang dah file! ambil tanpa kebenaran then baca dari 8.30-5.30 ptg bersama dengan scematic yang ada... (dah seminggu aku melihat dia begitu apa dia faham aku pon tak faham) then pagi ni tetiba bersuara mengeluarkan idea yang ternyata dia tidak pernah bertanyakan kepada kami kenapa,mengapa dan apa yang berlaku didalam group ini.. Dan  bagai mana menyelesaikannya..
       
      Maka dengan itu aku dan geng-geng ku telah menyemburnya dengan ayat-ayat umpama mesin gun M16  kepada senior dan lead itu tanpa memberi peluang kepadanya lagi untuk bercakap.. dan akhirnya dia hilang kerana tekanan darah naik.. hahahha (hambik kaw)..

Begitulah serba sedikit lumrah kehidupan aku sebagai minah kilang.. Namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya allah masih mengurniakan rezeki kepada aku. Pada yang diluar sana janganlah pandah rendah kepada kami pekerja kilang.. sedarlah anda.. tanpa kilang-kilang dinegara ini tiadalah hasil pedapatan negara....
Till then...


p/s: Sedih bila dengar ayat "kerja kilang ja ka belajar tinggi-tinggi" "tak apalah kerja kilang gaji mahai" Tips  untuk bekerja di sektor kilang adalah TAHAN MAKI, sekian terima kasih..



Monday, November 19, 2012

Good Luck for Adik-adik

As-Salam



Cheida mengucapkan good luck dan tahniah buat adik-adik yang mengambil keputusan UPSR pada hari ini..
Bagi yang memperolehi 5A tahniah akak ucapkan bg yang tidak.. tak mengapa.. gagal hari ini bukan beerti anda gagal selamanya.. 

p/s: korang ada prasan tak percubaan meniru uncle gedek. hahaha ya saya tak pro seperti unlce muke saya mesti ada senyum bila depan camera hihihi..

Sunday, November 18, 2012

Moden or klasik

As-Salam....


      Hi peeps!! wohooo!! lama x update blog..

       Okes!! sebenarnya cheida dalam dilema mencari tailor for my dress for my E-Day.. erk?? Kantoi!!
Sebanarnya lambat lagi majlis.. Tapi tak salahkan cheida dah mulakan pencarian dari sekarang.. sebab next years cheida nak masuk rumah baru lagi (haiii duit)

      Dalam kepala otak sekarang. Berangan - angan la nak pakai dress ala-ala princes macam anak rosyam nor bertunang baru ni.. Seyesly minat sangat dress dia.. Simple and nice.. Adoiii jatuh cinta lah dengan dress tu.. So sambil teman kawan tanya butik kahwin tu ade ke tak ambil upah untuk baju.. Diorang cakap ada tapi price dia untuk upah sahaja dalam RM150-200  Glup!!! Ingatkan include kain.. Cheida kalau boley nak cari tailor yang semua kita ambil dekat dia. Maksudnye, tempahan include kain sekali dekat diorang.
Tapi susah pulak nak jumpa. Semua kena beli kain sendiri dan diorang cuma jahitkan je mengikut desing yang kita hendak..
berangan boley cun mcm dia kan hahah (sumber oh bulan)
   Kalau kita suruh diorang belikan kain terus kan senang, sebab diorang tailor, mesti diorang tahu kain apa yang sesuai untuk desing yang kita nak.Berapa meter kain nak guna.. Tapi kenapa cheida tak jumpa tailor macam tu eak dekat penang ni hadoiyai...

  Then dalam fikir-fikir tetiba terasa nak pakai je lah baju kurung pahang je.Buat ala-ala tradisional je.
Tapi guna kain songket. Senang sikit. Cheida just pergi cari kain songkek dalam 4m, Upah je dekat tailor buat baju raya selalu ni baju kurung pahang. Mudah je kan tak payah pening cari tailor untuk dress hahaha.
nice jugak kan.. tambak aksesori classic.. 
So which one batter? baju kurung pahang kain songket or dress? Modern or Classic untuk cheida yang chuby ni hahaha...


p/s: chewi gila padahal next year majlisnya.. mua pon dah kalut nk booking sebab mua sy amik tu adalah mua blogger kegemaran cheida hahahah


Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)