Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Saturday, September 08, 2012

Department ada toyol?

As-Salam..

Hoho Entry ala2 misteri nusantarakan?? Actually sejak hari rabu sehingga hari ini cheida berasa sangat down down down... lemah tak bermaya.. sedih... pening.. serabut tak tahu nk describe dah... Semua perkara dibuat tak menjadi...

serabut togey


terbang melayang2 
Duit yang cheida bawak untuk dibuat bekalan sehingga gaji akan datang dan membayar bil-bil tertunggak lesap.... LESAAPPP??? HILANG?? Ya hilang... Berapa?? Hmm Lebih kurang cukup perbelanjaan pergi kerja selama 2 minggu. Maksudnya?? (Duit makan di kantin harga ala-ala Hotel 5 stars + Minyak Motor @ kereta + duit belanja untuk mama saya = RM+++.00)


Adoi cheida dah pening... Nak tuduh tak ada bukti?? Tapi kalau bukan dia siapa lagi?? Masok kali ni kali ke3 duit dan barang cheida kena rembat di tempat yang sama.. Ya Cheida memang lalai..
Salah sendiri padan muka!!



p/s: cuba untuk redha dan tawakal itu bukan rezeki cheida.. :(




Thursday, September 06, 2012

Pinkish Product

As-Salam

Hari ni cheda nak review sedikit tentang product yang cheida gunakan sekarang ni..
Rasanya ramai dah kot yang tahu pasal product yang hangat dipromosikan di Facebook.

Product yang cheida maksudkan ialah Glutathione collagen soap. Cheida baru ja guna sabun ni lebih kurang 2 minggu.. Perubahan yang mula cheida rasakan ialah kulit kurang berminyak. Rasa lembab je. Ramai yang bg feedback yang baik tentang pengunaan sabun ni


antara kandungan dlm sabun gluta

Untuk kesan yang lebih ok korang boley try dengan Lutathione Collagen gel. korang ley tengok pic-pic and testimonial punya feedback. 

netx month try hihi
Okeys ni antara feedback yang positive cheida boley kongsikan bersama..
sms dr customer.
pengunaan lutathione collagen gel.

ha lelaki pon ada guna jugak okeys.
sabun glutha koji.

Okey kat mana nak dapatkan product ni?? nak tgok lebih banyak lagi product dr Pinkish cosmetic?? Korang leh add FB dia  Zabeauty Product.
Di sini terdapat bermacam-macam product anda boley cari dan cuba untuk melihat keberkesanannya. Korang juga ley PM ke fb cheida. Ade badge FB sebelah tu korang ley PM cheida law x de any feedback dr Zabeauty. Or boley contact direct ke no 017-5650514.


p/s: kita hanya mencuba dan ikhthiar sebaik yang mungkin namun allah juga yang menentukan :).

Monday, September 03, 2012

TerkeZut? TerKejut? MEngEJuT? Gumbira?

As-Salam... 





Apakah benar apa yang Cheida Nampak ni??? hahaha tak tahu nk describe perasaan tika ini (chewi la katakan 1st time org bg penghargaan)  Hihihihi thanks a lot En Awie Omar sungguh tak percaya blog cheida yang tak seberapa ni boleh terpilih…

p/s: Untuk pengetahuan korang Awie Omar ni bloger yang selalu mengelolakan game-game  untuk blogger tempatan.
Korang leh follow dia.. tengok macam mana dia handle game blogger . Cheida x berani lagi nk join sagment dia.. sbb commitment kerja yang sangat gila sekarang hihihi insyallah da kesempatan cheida join..




Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari raya..

AS-SALAM

Dikesempatan ini walaupun agak terlambat tapi Cheda ingin mengucapkan 
Salam Aidilfitri buat semua pembaca.rakan blogger dan follower yang sangat cheda sayangi dan hargai..
Semoga persahabatan dan ukhwah yang terbina dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..
Cheda memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,terlanjur bicara sepanjang perkenalan kita...



Semoga Kita Dapat Bertemu Lagi pada syawal yang akan datang

Thursday, August 16, 2012

Tangan besi Jari kayu??

As-Salam...

Salam ramdhan buat semua... :).. alhamdulillah kita dah hampir ke pengakhiran ramadhan.. sobkh2... sedey...
sempat tak kita berjumpa untuk ramdhan tahun hadapan (T_T)... semoga ramdhan tahun ini memberi barakah wat kita :)..

Ok 2 hari tenet cheda kena block.. sbb apa?? Sebab tak bayor la.. hahahaha... So 2 hari tu cheda membusykan diri make over semua tudung2 yang cheda ade.. (erk x semua 3 helai je hahahah)..  Cheda ni bukanlah orang seni @ tukang jahit @ tukang ukir..  Ntah tetiba mood nk menjahit datang.. Padahal dulu time sekola..  Klas kemahiran hidup masok je  bab menjahit la cheda orang pertama tido... ZZzzzzZZZzz lepas tu markah paling sikit sebab x jahit ikot cikgu nak.. (suka hati sembat mana pon nk pangkah apa pon) lepas tu mula wat akai jahat iaitu upah orang  A.K.A upah tok sedara tolong jahitkan projek kelas menjahit.. hahahaha..

Okey la nak tunjukkan hasil tangan cheda yang keras mcm besi.. jari besar macam kayu.... So dialu-alukan komang-komeng yang pedas hahahha...

tambah bunga renda bunga rose and manik sikit-sikit..

okes sgt buruk yang ni percubaan pertama.. haahaha

hihihi percubaan lagi x kemas tpi sendiri pkai ada aku kisah ahahha

korang leh try beli je renda dlm 2m suku then jhit sendiri dekat tudung2 lama... so jadilah bawal rose x smpai harga rm20 pon... (depand bunga and jenis renda yang anda pilih ;) kang cakap cheda tipu harga plak hahaha)

lukis ngan celak x nak guna dah ahahha buruk seh


Okess.. itu je yang ade.. hahahaha demikianlah hasil sorang gadis minah kilang yang buat kerja kasar..
nampak kan hasil kasar hahaha... So sape2 rasa nak merosakkan baju or tudung anda silalah PM cheda wakakakkaa...

Sekian saja malam ni.. nitez alll muuaahhh..
Thanks for read..

Sunday, August 12, 2012

Kenangan Yang Terindah

As-Salam...

   Semalam tengah le mengemas kini folder-folder gambar perasan cheda ni.. Then ternampak lah Folder gambar2 kenangan semasa study dekat ipoh dulu.. Wahh cepatnye masa berlalu.. rasa mcm semalam je cheda baru register untuk kemasukkan program intergrasi di Politeknik Ungku Omar (sekarang Politeknik Prime) or nama lain PUO.. YES!! I'm a engineering student!! hihi
we are young and being together!!


      Suka duka balajar di perantauan sangatlah bermakna.. hahaha macam jauh je Ipoh - Penang...
aktiviti bersama housemate!
bila cuti tak balik kampung ade je aktiviti kami lakukan.. Kalau ada kenduri ke, besday party or ada open house.. kami 1 klass pakat cari tarsportation and pergi ramai-ramai.. Hari minggu pulak kalau rajin kami nanti pergi poco-poco dekat padang polo x pon mandi air terjun. Gunung Lang.. Yang lain aktiviti lepak tesco,jusco malam mearayau dekat grentown mall (sana pangil GM) dataran ipoh hihihi...  x de aktiviti pergi dating la hahaha ups!! :P
Adoi rindu sangat time tu...




aktiviti bersama clasmate yg sporting abis!! dimana saja kami bergambar
dengan girang dan gumbira!!



 Kawan-kawan pon ade yang sambung degree. Ade yang dah kahwin ade baby dah.. Ade yang nak Kahwin.. Alahai... kalau boley nak je undur masa.. nk kembali ke zaman tu... ":) rindu sangat-sangat dekat kawan-kawan EX-PKE 5/6C batch 09~10..


finally we are grad!! yay!!


Walaupun tak sampai setahun kita bersama Tapi Koranglah Classmate yang paling SEMPOY!! ENJOY!! SPORTING!! and yang paling penting KITA SAMA-SAMA SALING BEKERJASAMA!! Walaupun kita datang dari negeri budaya dan dialek bahasa yang berlainan.. tapi korang memang sempoy baik hati.Sayang korang sangat-sangat!! And hopefully our friendship will forever and never end until end of the world.. and insyallah sampai akhirat nanti...

All the best for all :) miss u all 


Iman Qhalif!!

As-Salam....

Syed Iman Qhalif.. My 1st cousin name by me :)
      Hihi jangan salah faham ni bukan Baby Cheda... Ni baby anjang cheda :).. Dah lama cheda tunggu baby ni.. Akhirnye 6 ogos 2012 selamat lahir ke muka bumi allah ni Allhamdulillah.. Baby ni spesyel bagi cheda sbb cheda yang kasi nama qhalif dekat ummie dan ayah dia.. :) Dah lama diorang tunggu kelahiran anak sulung setelah mengalami keguguran sebanyak 5x... Allhamdulillah.. Dah selamat seorang walaupun beranak tak cukup bulan and ada complication cikit pada paru-paru masa mula-mula lahir.. but now everythings ok.. just ada kuning and tadi ade demam ckit.. hopefully iman cepat baik eak nanti kakak kasi duit raye hihih...




chak!! saya la Iman Qhalif!!

hari ini Iman tak brape sihat.. :(
Iman nak tido la nanti kita photoshoot lagi k..

Tangan kecil sebesar 1 jari cheda je :) 

well thats all for today.. see u all again :)
bye!! sayang korang muaaahh

thanks for reading...

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)