Wahaaahahaha.. asal tetiba sebut pasal harga hantaran ada apa-apa ke cheida... hihihi Tak ade apa pon just nak share ngan korang hasil google cheida tadi.. dan ini hasilnya...
Actualy semalam ada lah berbual ngan mama cheida pasal perancangan bulan ogos next years.. (setalah 100X bergaduh n berbalah mengenai tarikh tuttt!!!) Then mama cheida pon cakap dia tak kisah bila pon dia ikut je cheida ngan .......... hihihi
Abis bab tarikh masuk bab letak harga hantran.. Mak Aiiii bila cheida dengar harga yang mama nak letak..
Terus terang cheida cakap nak pengsan dan pitam!! Dalam hati terpikir.. Mak aih mampus la dia.. mana nak korek duit??? macam mana respond family dia.. macam mana ni macam itu ke macam-macamlah dalam otak.. Then cheida pon cakap la.. mahal sangat kot mama.. nak jual anak dara dia yang sorang ni ke hihihihi (cheida anak tunggal ye harap maklum). Then mama cakap ala abg tut!! kerja kilang ja spm tak pass pon boley cari duit basic dot dot sdot.. Takkan ang punya .......... tak boley cari.. Glup!!! Mamposlah kamu noreh lepas ni hahaha...
Bila fikir-fikir balik.. kenapa harga hantran mahal sangat sekarang ni? Adakah faktor peningkatan kos harga bahan mentah @ ia nya sekadar trend??
So sekarang ni meh kita review sedikit tentang budget pertunangan 1st yang cheida dok ada
Baju = Rm200
Fotography = Rm 700 (complete with album and frame)
Katering @ Jamuan tetamu = RM250.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)
So total for tunang lebih kurang RM 1900.00 - RM2000.00
Hadoii mana nak cekaw duit..
So kalau ikut benda yang penting or wajib ade je.. or means biasa2 jadi mcm nilah.
Baju = Rm200
Katering @ Jamuan tetamu = RM25.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)
Make up/photography = buat sendiri (means pangill sedara mara or sahabat bidang terjun tolong)
No mini pelamin.. sekadar salam tgah ruang tamu ja.. hihihi
aku snap sendiri hihih :P |
So safe bapa hinggit? means RM2000-RM400-700 = RM900 - RM1000
WOW!! Safe 1K..
So apa pendapat korang?? Mengikut kewajipan @ mengikut trend??
Pendek cerita tepuk dada tanyalah iman kalau selera confirm kita nak yang budget 1st tadi kan huhuhuhu..
Tapi selalu orang cakap biarlah perkara macam ni menjadi kenangan dan terbaik seumur hidup kita..
Tapi adakah kenangan itu yang penting dari membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia hingga keakhirat kelak??
huhu tepuk dada tnyalah iman ye.. bukan tanya aiman..
P/S: semua ni bergantung pada budget.. kalau besar budget maka besarlah impian anda.. kalau sikit.. sikitlah impian anda hahah...