Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil short course dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana itu dengan lebih rapat. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumahtangganya ini?"
sumber google |
sumber google |
As-Salam
Cerita ini memaparkan bagaimana jamilah watak dibawa sofea jane, menghadapi isu rumah tangga dimana suaminya berlaku curang, Cheida suka watak jamilah.. dia tidak melatah dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Dia juga tidak terpengaruh akan nasihat dari rakan-rakannya serta menyalahkan suaminya 100%... sebaliknya jamilah cuba mendekatkan diri dengan kekasih gelap suaminya dan cuba untuk mendalami akan permasalah dan punca terjadinya keretakkan rumah tangganya..
Dan dari situ jamilah sedar akan punca keretakan rumah tangga yang dialaminya berpunca dari sikap dia sendiri yang sering mengabaikan suaminya, dengan mengabiskan masa terhadap kerja dan kawan-kawannya sehingga menyebabkan dia dan suami kurang berkomunikasi untuk meluahkan apa yang dirasakan dan masa antara satu sama lain.
so dari cerita ini, cheida nak kongsikan serba sedikit pengajaraan yang diperolehi,
1. Jangan melatah jika mendengar @ melihat pasangan kita curang.
2. Selidik akan punca permasalahan yang berlaku antara kita dan pasangan.
3. Jangan menjatuhkan martabat wanita dengan bergaduh dikhalayak ramai kerana lelaki.
4. Tidak menyalahkan suami 100% apabila mendapati suaminya curang.
5. PENCERAIAN bukanlah jalan terbaik. Jangan cuba meruntuhkan masjid yang dibina
6. Janganlah mudah terpengaruh dengan nasihat-nasihat negetif dari rakan-rakan.
7.Cuba luangkan masa untuk keluarga sesibuk mana pon kita. Dan membahagikan masa sebaik yang mungkin sebagai seorang wanita bekerjaya dan suri rumah.
8. Seorang sahabat sentiasa bersama susah mahupun senang.
9. Wang dan hadiah bukanlah kebahagian yang hakiki.
p/s:jodoh, ajal, semua di tangan allah.. penceraian itu bukanlah jalan yang terbaik serta ia dibenci oleh allah.. dan kita janganlah meruntuhkan masjid orang lain atas kerana kesalahan yang kita nampak luaran.
luangkan ms utk keluarga itulh yg trbaik..
ReplyDelete