Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, August 08, 2012

TREND RAMADHAN MASA KINI.

Assalamualaikum...
Hi Semua, sedar tak sedar kita dah memasuki 10 hari terakhir dibulan ramdhan yang penuh barakah ini..
Allhamdulillah cheda berpeluang menyambut lagi skali bersama insan yang sgt cheda syg dan cintai...
Mama cheda sendiri... Meskipon ada sedikit masalah yang menimpa antara kami namun Allah maha adil dan penyayang.. memberi lagi sekali peluang buat kami besama pada tahun ini.. dan insyallah pada tahun hadapan juga amin...

Berbalik kisah mula tadi sebelum cheda melalut kelaut hahaha... TREND RAMADHAN MASA KINI.
korang ada prasan tak yang masuk je ramadhan akan berlaku perkara-perkara yang hanya dijumpai pada bulan ramadhan je..
sumber Google 
peace :)

Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali:
Ini yang paling famos. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan…selendang simpan balik dalam almari. Kenapa macam ni?? tutup aurat tu hanya wajib di bulan ramdhan je ke?? bulan-bulan lain macam mana? x wajib eak?? hihihi tepuk dada tanya iman :) jangan tanya aiman 













Trend Sembahyang 5 Waktu penuh:
Sebelum ni tak pernah nampak wajah mereka disurau @ masjid. Tapi bila masok je 1 ramadhan automatik dialah orang yang pertama yang ada dulu apabila masok sahaja waktu solat. Sebelom ni tak ade pon.
solat itu tiang agama.
Allhamdulillah dia dah berubah tapi lepas je bulan RAMADHAN, dah tak nampak dah muka dia.. Jangan kata dalam surau @ masjid, lalu depan tu pon tak de.  Adakah kita hanya diwajibkan bersolat pada bulan RAMADHAN sahaja?? 



Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan:

Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek. 
 Even kalau awek sms ajak keluar teman gi beli barang pon dia boleh reply "skrang ni bulan puasa la x elok kita keluar ber2 nanti kurang pahala puasa kita"  Ramadhan aje dia stop.".Dengar aje takbir Raya…habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. “Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!” wohooo  terbaik...


Dan janganlah kamu mendekati zina.



weha!! sale!!
Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan:
Sanggup berhutang semata-mata untuk kelihatan gah dihari raya. berbelanja sakan sampai tak ingat nak pakai duit untuk hari yang mendatang... Tang mana ada sale tang situ ada muka dia "benda ni slalu berlaku kepada kaum hawa la" (cheda tak hahaha).. sedangkan ramadhan adalah bulan mengajar kita untuk berjimat dan bersederhana dalam perbelanjaan. 








Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi “Separa Alim” : 
Hahaha ni part paling cheda suka... ampa bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.
sumber google


Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan :
Daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim…perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya…even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa… Pergi ke Mekah la.. adoiyai dunia..

Dipendekan cerita adakah kita ini hanya mengamalkan amalan yang mulia hanya sebulan sahaja dalam setahun?? adakah amalan dalam sebulan dibulan Ramadhan itu cukup untuk menjadi bekalan buat kita sepanjang tahun...

 P/S: Entry kali  ini sekadar memperingati diri cheda juga.. cheda sekadar berkongsi ilmu dan maklumat bersama rakan2 yang disayangi.. kalau ada yang terguris ampun dan maaf dipinta :) Semoga kita memperolehi keberkataan di hari-hari terakhir ramadhan ini amin... 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada anda yang comel dan hensem yang sudi meninggalkan comment.. nanti cheida on9 cheida approve dan balas balik ye.. in syaa allah... :)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)