Di China,
ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan
dibunuh!
by ILALALA on JULY 29, 2012
Jinan
Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai
pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah
proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh
kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya
bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada
wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi
kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki
yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu
kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami
di usia tua nanti.”
“Kami
pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin
dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan
dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang
sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang
‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah
membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang
mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas
menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga
dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh
terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang
terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami
yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat
keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu?
kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi
dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak
dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada
mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
Sumber: http://www.jomberita.com/di-china-ibu-yang-melahirkan-anak-kembar-12-dipaksa-memilih-1-dan-11-yang-lain-akan-dibunuh/
Holamak…. Undang-undang
jenis apa ni diorang guna pakai???
Adey… depa x
taw ka.. anak tu anugerah tuhan dan merupakan rezeki dari allah?? Kesiankan tengok bayi-bayi yang cute n
comel ni?? Sobkh2… sedey hati cheda baca
artikal ni… orang yang betul2 mahukan anak.. x dapat anak… yang dah dapat
senang2 je campak sana sini nauzubillah…
Family ni
sendiri mengaku mereka dah lama menunggu kelahiran cahaya mata.. bila allah dah
kurniakan kepada mereka sanggup pulak dia nk campak lagi sebelas… adoi..
sungguh tak berperikemanusiaan…
Aku mintak
kerajaan china ni kaji balik undang2
yang diorang guna pakai sekarang ni.. undang-undang diorang betul-betul tak
berikemanusiaan…
Dalam hal ni
siapa yang patut dipersalahkan??? Kepada rakyat cina.. Ubahlah kerajaan anda..
anda yang menentukan (cewah macam kempen politik plak cheda ni hahahha)..
ish ish ish pada cik anis x patut la kerajaan dorng wt cm tu.. waima eksiden pun org tak peduli, jgnla bayi comel pun nk buang. Baik hantar kat rumah2 anak2 yatim malaysia. Bia jd Islam. Betambah sikit umat Allah :)
ReplyDeletebetul cik anis.. apa punya kerajaan la... smua bnda x boley knpa x wat undang2 umo 60 kena mati je.. sapa x mati kena bunuh hamik kaw.. nk sgt hadkan pendudukan.. ni bayi yang x berdosa plak kena buang hidup2..
DeleteJAHAT!!!
ReplyDeletekejam!!!
Deletekejam tang lempar dari atas gunung tu...kesian la..udah mcm anak ayam plak..
ReplyDeletebg cheda wat undang2 umo 60 wajip mati sapa x mati kena lempaq atas gunung.. amik kaw... buat sgt kat budak2 x berdosakan.. wat kat org tua2 yg x tahu hargai kurniaan allah...
Deletetapi parents tu pun akan bunuh anak tu kalau semua perempuan.so kerajaan ke,rakyat ke,semua memang pemikiran jahiliah kan.ada lagi zaman sekarang ni nak bunuh anak sebab jantina.habis tu kalau kat china,elok lah semua lelaki,macam mana nak buat anak?
ReplyDeletehahaha mcm mana buat anak... diorg nak mcm tu. gilo kan
Delete