Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, March 17, 2014

My pree weding

Assalamualaikum...
31.3 lepas cida dengan tunang pergi shoot gamba pree wedding dekat muzium bukit mertajam,
Idea asal nak buat dekat bendang, ala-ala org kampung.. Tapi sekarang dah musim tuai padi, tukar plan snap dekat ladang getah. Motong getah style kata abam potogh hehehe.. So carilah tikar mengkuang, baju kedah, payung jepun, dengan mangkuk tingkat sebagai props..
Namun kita merancang allah jua yang menentukan.. Hujan lebat petang tu.. Jadi tukar lokasi ke Muzium Bukit Mertajam.
Cheida sendiri tak tahu kuwujudan muzium tu.. Hehe.. Sampai lebih kurang pukul 6 petang. Abis dalam pukul 7.
Hasil gambanya memang terbaikk puas hati... Abg zack pon sporting snap gamba kita relaks je.. Tak de kekok. Pandai dia suruh kita Relaks - relaks dan santai..
Jom tengok hasilnya
Kepada anda yang nak cari Potographer cheida suggestkan ambil abang zack kadopi ni.. Memang terbaik hasil - hasilnya.. Puas hati.. Korang boley contact dia direct di fb zack kadopi
Atau page lensa pixca.

Tuesday, March 11, 2014

Keyboard Warrior?

Assalamualaikum...


Macam-macam ragam dan reaksi yang dapat dilihat berkenaan dengan isu yang tengah hangat sekarang ni MH370, sama-samalah kita bedoa agar dipermudahkan segalanya..
Disebabkan isue yang hangat ni maka munculah pulak
yang pakat jadi engineer, analysis data, pakar geography,ustajah & ustaj FB/ tweeter dan lain-lain.
Ada jugak yang mengambil kesempatan berlakon seolah-olah dia merupakan ahli keluarga yang terlibat.. haish... manusia sebegini apa yang patut kita gelarkan ya?
 Dengan pelbagai pendapat dan pandangan maka munculah keyboard-keyboard warriors.

Definisi bagi keyboard warrior adalah:-

 "A Person who, being unable to express his anger through physical violence (owning to their physical weakness, lack of bravery and/or conviction in real life), instead manifests said emotions through the text-based medium of the Internet, usually in the form of aggressive writing that the Keyboard Warrior would not (for reasons previously mentioned) be able to give form to in real life. "


Jadi berdasarkan definasi keyboard warrior tu maka dapatlah kot korang tahu ciri-ciri keyboard warrior ni? hehehe malas nak ulas panjang-panjang kang orang cakap aku plak keyboard warrior hehehe. Kepada yang terasa tu harap behentilah jadi keyboard warrior ya.. Tak mendatang faedah pon. menambah musuh lagi adalah.







kredit gambo to: forum.cari

nota kaki: semalam berperang dengan keyboar warrior di FB. geram betul bila dia kaitkan tudung aku dengan statement yang aku keluarkan.. hurrrhhhhh geram2... 

Monday, March 10, 2014

Majlis Bertunang Syazwana

ASSALAMUALAIKUM


Sabtu lepas 1.3.2014, one of my best friend since form 1 lagi dah join club kami.. Tahniah wana dan kamil.. Doakan langkah pertama ini dipermudahkan untuk langkah seterusnya!

Wana ada tempah selendang dari cheida.. Jadi macam biasa kerja last minit baru jadi hewhewhew..
Cheida jahit simple ja since viel dia dah beli siap.

Konsep tunang ni simple n sweet jadi cheida buat manik crumble atas kepala supaya kelihatan seperti cekak diatas kepala. Make up pon done by me.. Make up simple je.
Cheida tak pandai sangat.

Tapi buat juga demi kawan sebab dia ni kelam kabut sangat..
Smua perancgan disiapkan lebih kurang 2 minggu hehehe. Allhamdulillah semua berjalan lancar.

To Wana.... Dugaan bertunang ni kuat..aku doakan hang lebih cool dan kurang kelam kabut hahaha..

Setakat ini je entry kali ini..
Till then..

Monday, February 24, 2014

Engineering Week Teambuilding

Assalamualaikum w.b.t
Hi uolls.. Hari sabtu lepas kilang cheida ada buat engineering week teambuilding dekat hotel park royals, penang.
  Tahun lepas tak join pon. Buat dekat escape teluk bahang, so tahun ni buat cheida join! Best juga aktiviti treassure hunt menguji minda! Dari pukul 8 habis pukul 2.


sebelom mula jom selfie hahaha

Cheida tiba lewat jugak tapi sempat sarapan juga. Biasalah bila sampai tu amik kedatangan, bahagi kumpulan dan taklimat. Park Royal hotel tertelak di batu feringgi. Tempat Mr arrogant honeymoon tu. Hotel dia memang cantik!! View dia tepi pantai halamakk jatuh cinta uolsss fefiling ombak rindu pon ade.
mula menjalankan misi!
Aktivit yang dilakukan simple je tapi mencabar minda jugak la. Kami kena pusing satu batu feringgi  untuk mencari jawapan setiap soalan yg diberikan. Sebab setiap jawapan semua berkaitan dengan tempat yang kami lalu. So secara tak lansung barulah cheida tahu sebenarnya banyak benda yang best dan menarik dekat batu feringgi yang cheida sendiri tak tahu sepanjang duduk penang 20+++.

disebabkan panas kena buat topi dari paper ya.. prihatin kan task2 yang diberi haha

Wahh penat gila uols walaupun aktivit hanya sekerat hari ja.. Tapi letihnya masyallah.. Sebab apa? Kena belari dekat pantai bnyak pasir!! Dengan panas teriknya sobkh2 habis hitam terbakar chieda huuu.. Berat kasut masok pasir.. Berat badan lagi nak belari huwaaarghh..


dekat dengan hard rock hotel je.. so jom bergamba dahulu hehe

sesi berbincang cheida snap gambo je haha my grop!! grop 10! wehaa
Tapi weolls enjoys.. Sebab aktiviti masa ni lah dapat buli manager balik kihkihkih.. Sebab diorang tak boley jadi lead. Kena ikut pulak arahan lead yang kuli ditempat kerja dan aktiviti yang ada.. Hahaha..
Abis semua aktiviti dalam pukul 1 dan gerak untuk makan tengah hari!!
Part yang ditunggu tunggu oleh cheida hahah.. Cheida tak sempat snap gambo makan sebab dah lapar sangat..


ok gamba last kereta ni bukan pameran semata-mata.. ada roadtax lagi uolss maksudnya berjalan! rare sangat!

Aktivit yang singkat tapi sangat bermakna! Best dan rasa nak pergi berkelah dan honeymoon dekat batu feringgi jelah nanti hahahha lorh apakah??
Anyways thanks for read
Love uolss!!

Monday, February 17, 2014

Pengakhiran 2013

Assalamualaikum...

Baru nak post dan share dengan korang pengakhiran 2013 cheida. Pengakhiran 2013 cheida tidaklah begitu baik. Sebab Handphone cekai cheida dirembat oleh seekor manusia, Sebab apa panggil seekor pulak? 
ada ekor ke macam haiwan ke? Dia memang tak ade ekor macam haiwan tapi mungkin macam setan! 
sebab mencuri kan perangai yang syaitan suka! Huh geram sangat!

Korang bayangkan tinggal beg atas work bench kejap je untuk pergi Tier 1-->2, dalam 15 minit pada hari kejadian. Teir tu daily meeting la 1--2 tu level band pekerja yang terlibat dalam meeting tu lah, tu kira pangkat kami di dalam kilanglah. .Antara sesama pekerja kuli kalau bos keatas akan ke Tier 3-->4

Jadi habis meeting selalunya kumpulan pertama keluar dulu operator dan planner. Sebaik saja habis meeting. cheida ke tempat seperti biasa. Ambillah hp dan duit untuk pergi sarapan.. Tetiba Hp cek hp tak ade.. Tapi purse ada. Cuma masa tu bernasib baik dalam purse tak letak wang tunai banyak... 
huwargg masa tu nak nangis dah.. (T__T) dah habis geledahh beg pergi ke loker, pergi ke semua yang cheida lalu semasa datang tadi, tempat tak jumpa! Try call! Sah hilang sebab HP dah dimatikan.. Nasi dah jadi bubur. Jadi issue spot check.. semua buat.. Tak ada makna dah.. menangislah daku seharian!! (T_T)

Selama sebulanlah cheida sasauu.. Tak online. tak de FB,wassap,wechat haaaargh paling stress
masa tak ade hp tu lah ramai rakan-rakan pm tanyakan pasal shaklee dan nak oder itu ini.. Stressnya..
sabar je masa tu.. Contact number rakan-rakan semua tak ade.. Hidp dah terbiasa dengan HP internet 24 hours. Tetiba nah.. pinjam HP lipat adik sepupu samsung punya huhuhu... Nasib la adik sepupu baik hati.boley call dan sms.. 

Budget bonus beli barang hantaran dah bertukar plan terpaksa beli HP!! Memanglah ada kawan- kawan nasihat pakai je hp yang murah tapi ada semua application yang kita nak guna macam alcatel ke,samsung model itu ini, lenovo.. Macam-macam idealah diorang bagi. Lepas tu beli lainTapi cheida bukan jenis macam tu.. Alang-alang beli baik beli yang puas hati terus! Tak payah nak tukar 2,3 kali! huhuhu..

RIP sony xperia neo huuu
Maka begitulah pengakhiran cheida 2013.. suspect? hehehe memang ada dan rasanya sangatlah tepat..
mungkin orang yang sama dok rembat duit. Tak apalah.. tak baik tuduh tanpa bukti. nanti jadi fitnah.. ALLAH je maha mengetahui. sedihkan?huuu  tak sedih? tak apalah jadi kat hampa baru hampa taw! hahaha 

Sunday, February 16, 2014

Im Back!!

Assalamualaikum..

Fuuuyooo title macam gempak je kan hahaha..Dah lama cheida tak menaip berikutan ada masaalah teknikal yang tak tahu punca kenapa..Membuatkan mood kelaut untuk mengupdatekan blog.
Walaupun cheida tak update tapi cheida selalu je jengah-jengah dan stalk blog-blog korang ok!!

Terima kasih buat blogger Nick tolong cheida cek balik apa punca blog ni jadi gelong hahahah.. Walaupun sebenarnya tak tahu jugak apa punca sebenar tapi sedikit sebanyak dapat jugak kembalikan blog kepada normal hahaha!! Terima kasih Abey Nick oi!! Korang kalau nak tahu apa-apa tips yang berguna dunia blog ni boleh pergi ke blog nick nashram ! banyak ilmu yang dikongsikan!

Lagi sekali nak ucap Thanks youuu verrryy muchh Sir Nick !! Speking sikit sebab dia kan cikgu English.

Seperti biasa ada yang tahu dan ada yang tak tahu.Tahun ini insyallah cheida akan bertukar status..
Apapun masih dalam perancangan. Bila tiba masanya akan cheida war-warkan..
Doakan agar semua urusan cheida dipermudahkan yea dears!

trowh back e-day

Setakat ni apa yang dirancang berjalan agak perlahan namun lancar.. Orang cakap biar lambat asal selamat khen! Untuk yang major part ada yang dah satel dengan deposit ada yang belom satel. Katering belum cari lagi. Borang insyallah next month akan disatelkan memandangkan tempoh sah laku HIV test 3 bulan saja so kena buat bulan depanlah kan..

lempaq belakang e-day

Walaupon agak terlambat tapi cheida nak ucapkan selamat tahun baru buat semua rakan bloggers..
Yang mana follow blog cheida terima kasih banyak-banyak.. maaflah cheida tak sempat nak jengah dan follow balik blog korang. Insyallah akan cuba terjah dan follow kembali..

Akhir sekali terima kasih buat semua pembaca dan followers blog aweks kilang!
Tanpa korang blog cheida ni tak ada makna huhuhu..


P/S: cheida sekarang dah jadi ahli shaklee kalau sape-sape berminat nak beli or bertanyakan pasal product shaklee boley add cheida or pm cheida kt Facebook 

Wednesday, February 12, 2014

Bahaya Ambil Air Tulang Belakang?

As-Salam

Hi peeps.
Baru ni ada rakan ibu masuk hospital secara mengejut. Sakit punca sebenar tidak dapat dikenal pasti..
setakat ini dikatakan kuman menjangkiti paru-paru.. Doktor nak jalankan prosedure ambil air tulang belakang juga dipanggil prosedure lumbar puncture. Dia ada bertanyakan pendapat di Facebook.. Namun dibantah sekeras2nya oleh bapa kawan cheida ni. Dia bertanyakan pada cheida..
Cheida pon cuma kata percaya pada doktor mereka lebih pakar dan tahu akan kerja mereka selebihnya berserah pada allah..

Tadi pon googlel la risiko air tulang belakang ni. Rupanya banyak rumors yang mengatakan prosedure lumbar puncture ni boleh menyebabkan lumpuh. Disini cheida kongsikan 1 artikel yang boley dicopy paste..

Air tulang belakang kesan kuman
Oleh Hafizah Iszahanid

Prosedur lumbar puncture permudah doktor kenal pasti penyebab penyakit secara lebih tepat berbanding penggunaan antibiotik

Apa dia air tulang belakang? Mengapa ibu bapa terlalu takut, apabila kemungkinan prosedur mengambil air tulang belakang (lumbar puncture) perlu dibuat kepada anak? Adakah lumbar puncture terlalu teruk kesannya hingga anak boleh cacat atau lumpuh?

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pakar Perunding Penyakit Kanak-Kanak dan Kardiologi, Dr Zulkifli Ismail, berkata hampir semua ibu bapa pesakit berketurunan Melayu enggan menjalankan lumbar puncture.

Mereka sebaliknya lebih rela anak diberi antibiotik demi antibiotik tanpa memberi peluang doktor memberi anak sembuh sepenuhnya. Pelbagai tanggapan negatif, kononnya pengambilan air tulang belakang boleh membuat anak terencat akal dan lumpuh.

Katanya, bukan semua penyakit mesti dibuat lumbar puncture. Prosedur itu hanya dibuat bagi mengesan kuman penyebab penyakit meningitis, ensephalitis dan beberapa penyakit urat saraf. Meningitis (jangkitan kuman pada selaput sekililing otak dan urat saraf tunjang) memang perlu dirawat dengan antibiotik.

"Tetapi merawat dengan antibiotik tanpa pengambilan air tulang belakang seperti tidak merawat kerana kita tidak tahu apa yang kita rawat. Kita beri antibiotik tapi kita tidak tahu apa yang kita sasarkan dan bila hendak berhenti,


Justeru, antibiotik diberi secara berterusan
atau terlalu cepat dihentikan. Melalui lumbar puncture, doktor tahu apa sebenarnya kuman penyebab meningitis. Apabila kuman sudah dikenal pasti kita tembak tepatlah. Kalau tidak, main tembak sajalah tanpa sasaran," katanya.

Sehingga kini ada beberapa jenis kuman bakteria seperti hemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus termasuk Listeria dan enterococcus bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada tiga bulan dan lain-lain yang sensitif kepada beberapa antibiotik yang biasa digunakan doktor. Tetapi perlu diketahui meningitis boleh juga disebabkan virus atau parasit lain.

 "Ketakutan ibu bapa yang paling besar, kemungkinan anak akan lumpuh dan terencat akal kalau air tulang belakang diambil. Sebenarnya, kalau meningitis tidak dirawat secepat mungkin dan dengan betul, itulah faktor yang meningkatkan risiko anak menjadi lumpuh dan terencat akal. Kadang kala terjadi, anak lewat dibawa ke hospital. Secara kebetulan, lumbar puncture dilakukan dan rawatan dimulakan tetapi kerosakan yang disebabkan penyakit asal sukar dipulihkan. Kebanyakan ibu bapa akan mengatakan prosedur tadi yang menyebabkan komplikasi lumpuh atau terencat akal walhal itu semua adalah komplikasi penyakit asal," katanya.

Katanya, walaupun kebanyakan orang Malaysia tahu mengenai kepentingan prosedur lumbar puncture, keluarga pesakit terutama orang Melayu masih menganggap ia satu prosedur yang menghancurkan masa depan anak mereka.

"Orang Melayu banyak sangat pantang larang. Datuk nenek tak berilah atau mereka dengar cerita anak saudara kawan kepada kawan cacat selepas ambil air tulang belakang.
Saya hormati keputusan ibu bapa. Saya tidak akan pujuk mereka untuk beri persetujuan untuk lumbar puncture. Cakap sekali mereka tidak mahu, tidak mengapa, kebanyakan doktor tidak mahu buang masa,katanya.

Sikap ibu bapa ini memberi kesan dari sudut statistik. Malaysia ketinggalan berbanding Thailand, Filipina dan Singapura dalam kes meningitis. Di negara berkenaan kebanyakan punca meningitis diketahui berpunca daripada kuman pn
eumococcus. Tapi di Malaysia punca sebenar meningitis tidak diketahui secara tepat disebabkan ibu bapa pesakit tidak mahu bekerjasama.

Ketakutan sesetengah ibu bapa terhadap prosedur ini tidak berasas kerana jika benar ia memiliki kesan sebegitu teruk terhadap pesakit, mengapa ia masih dilakukan di seluruh dunia? Malah jika diikutkan, sejarah lumbar puncture bermula pada 1891 apabila diperkenalkan Heinrich Quincke, dari Kiel, Jerman. Quincke sebenarnya melakukan lumbar puncture untuk membantu kanak-kanak yang menderita diserang hydrocephalus.

Mengenali Air Tulang Belakang.

SECARA saintifik ia dikenali sebagai Cerebrospinal fluid (CSF). Cecair berwarna jernih ini beredar ke seluruh sistem saraf tengah. Air tulang belakang adalah sejenis protein yang terletak di antara otak dan tengkorak.

Ia memiliki dua kelebihan pada sistem saraf tengah. Dari sudut peredarannya, ia menghantar nutrisi kepada struktur sistem saraf. Ia juga menyingkirkan bahan buangan daripada otak dan tulang belakang selain menyahtoksik persekitaran sistem saraf.

Air tulang belakang juga bertindak menyerap goncangan. Ia melindungi otak dan tulang belakang daripada trauma disebabkan pergerakan, misalnya jatuh. Secara purata, manusia menghasilkan air tulang belakang sekitar 0.3 ke 0.4 mililiter setiap minit. Tetapi setiap kali dihasilkan, ia akan terserap ke dalam sistem badan. Jika penghasilannya tidak diserap, seseorang itu akan berhadapan masalah kepala besar berair dikenali sebagai hydrocephalus.

"Air tulang belakang yang normal berwarna jernih tetapi akan bertukar warna dan tidak mustahil menjadi pekat kekuningan jika berlaku jangkitan pada otak dan urat saraf. Analisis ke atas tahap protein, gula, sel darah putih dan merah, kultur untuk kuman, mikroskopi dan beberapa ujian lain boleh memberitahu maklumat tepat penyakit urat saraf,
katanya.

Zulkifli berkata, penyakit yang biasa terjadi di otak dan selaput otak adalah meningitis dan encephalitis (radang otak) selain masalah urat saraf lain yang tiada kena-mengena dengan jangkitan. Teta
pi prosedur lumbar puncture tidak boleh dibuat jika berlaku tumor pada otak atau pendarahan di otak.

Hanya beberapa titis air tulang belakang saja diambil. Biasanya prosedur itu membabitkan bahagian bawah ruas tulang belakang di antara L3 dan L4. Urat saraf tunjang berakhir pada ruas tulang pinggang L1 atau L2.

Justeru lumbar puncture tidak menyebabkan penusukan jarum ke tulang atau saraf penting yang boleh menyebabkan kanak-kanak itu cacat. Disebabkan bahagian antara ruas itu hanya urat saraf kecil, apabila jarum dimasukkan, saraf secara automatik akan ketepi.
Sebenarnya ibu bapa harus faham, tujuan lumbar puncture untuk memastikan kuman yang menyerang pesakit meningitis dan dapat dirawat dengan sempurna, katanya.

Meningitis boleh disebabkan banyak
kuman. Kerana itu ada dua vaksin diberikan kepada kanak-kanak bagi menentang meningitis. Vaksin Hib yang diberikan percuma oleh kementerian kesihatan dan vaksin pneumococos yang boleh didapati di pusat perubatan swasta.

Prosedur lumbar puncture ini mengambil masa kurang lima minit. Ia sepatutnya tidak memberi sebarang kesan pada pesakit, jika dilakukan dengan langkah berjaga-jaga. Justeru, ada beberapa langkah perlu diambil kira sebelum lumbar puncture dibuat;

a) Tiada tekanan tinggi dalam otak

b) Tiada pendarahan dalam otak

c) Kulit di bahagian yang bakal dibuat lumbar puncture bebas dari sebarang jangkitan.

d) Tiada tumor dalam otak yang boleh meningkatkan tekanan dalam otak. Jarum yang diguna halus dan kecil.

Zulkifli berkata, tiada had usia untuk memulakan prosedur lumbar puncture. Bayi yang baru beberapa hari dilahirkan pun boleh melalui lumbar puncture.

Tetapi jika pesakit itu tidak stabil, prosedur ini tidak akan dilakukan. Bagi kanak-kanak, jika ubun-ubunnya masih lembik prosedur itu selamat. Bagi kanak-kanak yang ubun-ubunnya sudah keras, imbasan CT mungkin perlu dibuat. Tetapi jika kemungkinan meningitis yang tinggi, pesakit akan dimulakan dengan antibiotik dulu diikuti dengan lumbar puncture.


Sumber: Berita Harian 8.4.2007
kredit to:Artikel pilihan


Diharap info diatas dapat membantu anda jika mengalami situasi yang sama..
dr zubaidi juga ada memberi pendapat mengenai prosedure ini.
Apa pon kita manusia diwajibkan untuk berikhtiar selebihnya berserah pada allah..
Buang tanggapan negetif dan cuba ambil yang positive.

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)