Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, December 11, 2013

Majlis Berinai Che Ta dengan Zain

As-Salam..

Entry copy paste..
Malas nak menaip tapi nak share gamba majlis berinai Rozita Che Wan dengan pasangannya Zain Saidin..
Sekarangkan tengah hot pasal wedding of the year diorang..
So meh tengok majlis berinai diorang semalam..
Dikhabarkan diorang akan akad nikah pada malam ini selepas maghrib.. 
Meh layan pic diorang
Cantik sangat Che Ta pada mlm berinai uolls... Cheida nanti x mampulah buat gini hihihi...









Ayu Raudah opkos lew adekan.. tengok dia pon berinani juga hehehe..Difahamkan barang kemas yang dipakai pada malam berinai Che Ta ditaja oleh habib jewels bernilai 11 juta uolls.. klasss kau jahhh.. kau hado? hahahaha... Apa pon kita mendoakan agar rumah tangga Che Ta dan Zain akan kekal hingga jannah hendaknya... 
Sumber : forumcari.com

Monday, December 09, 2013

Unik dan Istimewa Sustained Release Vitamin C Shaklee

As-Salam....

Hi uollss..
hari ini cheida nak share tentang kebaikan vitamin C shaklee buat uolls
Unik dan Istimewa Sustained Release Vitamin C Shaklee
Sustained Release Vitamin C Shaklee in the house! Wow Wee! Akhirnya kini pasti uols boleh mendapatkan vitamin yang didambakan selama ini dengan Superb Vitamin! Setahun menghilang sekarang menjelma dan jangan lepaskan peluang ini berlalu begitu sahaja.
keistimewaan Sustained Release vitamin C Shaklee
Nak tahu rahsia Vitamin C 500mg Shaklee?
Uols tahu ke kenapa ramai yang tergila-gilakan Sustained Release Vitamin C Shaklee ni? Sebelum tu uols kena tahu apa kepentingan vitamin c kepada tubuh badan kita ni.
Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.
Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

keistimewaan Sustained Release vitamin C Shaklee
Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee
  •     Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  •     Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  •     Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  •     Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  •     Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  •     Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  •     Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  •     Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  •     Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  •     Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  •     Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  •     Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
keistimewaan Sustained Release vitamin C Shaklee
Kenapa saya beriya-iya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada uols?
vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
   
Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
   
Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Teaser E-day

Asssalamualaikum...

Picture for my Eday.. bahagian pertama dulu eak..
hihii entry yang agak basi.. Actualy malulah nak share.. Tapi since evrythings going be more prepairation.. Cheida share la sedikit pic dari OP cheida dan hp rakan..
semua gamba ni sekitar majlis bersama rakan dan family belah en tunang hihihi

thanks for the sponsor from my bff linda :)


Ini adalah Mua yg bertanggungjawab menconteng muka cheida.. sapa lg Cik Nad yg comel


                                                              my beloved dadyy..
My supeer dupperr lovely mama! Love u untill akhirat.. thanks for everythings sobkh2..  Menitik air mata taw masa pelok mama.. huwawawa
                                      My true and beloved friends from 2001! Farah and Linda
                                                   family dari sebelah keluarga en tunang

ni semua emak2 sedara cheida taw..


Dan sedikit gamba bersama rakan study di PUO dulu.. Akak saerani! dan Izull baby my BFF masa studyy!!Tgok baby dia bestkann omeyy sgt! sekarang dia tegah preggy lagi dan insyallah bulan 1 ni akan dapat kembar!! Wah cayalah Nady!! Pleasee bagi tipss nanti hahahaha..

Ok la nanti senang2 cheida upload pula gamba masa outdoor yea.
hikhikhikk feeling retis gituuu

Till then...


 



Wednesday, November 06, 2013

10 Jenis Solat Yang Tak Diterima Allah SWT




Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim).

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.

9. Orang-orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti, solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wallahualam (10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah S.W.T.).

Monday, September 30, 2013

Guest Book & Photo Props

Assalamualaikum,

Malam ni cheida nak review dan share percubaan kali pertama cheida membuat guest book buat kawan cheida. 
Hasilnya.. jeng jeng jeng...

Taraa!! 

Cover buku tetamu ni macam budak-budak tadika sikit la.. huhuhu
Guest book ini cheida ambil masa yang lama untuk menghasilkannya.. lebih kurang 2minggu..
Setiap hari curi-curi google dekat internet kilang dan usya-usya blog B2B untuk cari idea untuk buku ini..
Macam-macam idea dalam kepala otak ni..  Last-last jadi kanak-kanak pulak huhu.. 
Pergi popular cari yang ready make buku je mulanya, last-last jadi lain gak..
Petang balik kerja cheida pergi round-round dekat Aeon Big Bukit Minyak untuk cari huruf-huruf dan number-number getah tu.. allhamdlillah jumpa juga!! harga 1 pcs 10sen huhuhu..
Ambil banyak tak bagi diskaun pon cis! kedekut punya kedai hahahaa..
Gambar diorang tu cheida mintak lin wassapkan hihi..
Ini cover hadapan


Ha ini desing untuk muka pertama.. Simple je.

desing muka dalam untuk bahagian ucapan

Ini pula desing muka dalam, desing dalam yang buat cheida suka sangat.. rasa macam sweet je.. hihihi (puji diri sendiri) . Semua ini hasil google blog-blog yang ada.. sofware yang digunakan adalah...
microsoft power point hahahha... lepas tu convert ke PDF file baru print. Dapatlah hasil seperti diatas..

Disebabkan terlebih rajin mengoogle cheida terjumpa sofware file untuk photoprops pulak.
sapa yang nak file dia sila drop email dekat komen bawah, insyallah cheida reply okes ;)

 Semua props ini cheida print dan limenate baru gunting, tapi untuk spek mata tu jadi lembik dan pecah pulak liminate dia... Maybe korang ada solution yang lebih baik untuk digunakan :)




Gamba kami bersama props cheida tak ade copy pulak.. nanti ada cheida share yea.. (bila tak tahu la hihi)
Untuk ini saja buat hari ini,
Till then... 



Monday, September 23, 2013

Jambu Bola dan Jambu Susu

Assalamualikum..

Tadi tengah hari aku ngan akak-akak rakan sekerja berbual-bual perihal plan esok nak menyicah pelam beramai-ramai..  So pakat plan lah esok aku bawak buah pelam (dah beli semalam dekat pasar malam) Kak aiza bawak pisau, syikin bawak kuah rojak dan kak ima bawak badan ahask…
buah pelam yang debeli dipasar malam semalam hihi


Masa dalam lab aku berbual ngan kak aiza, kalau ada sengkuang, jambu, nenas.. sedap jugak nyicah esok, So dia pon cakap dia ada terfikir pasal sengkuang, balik nanti dia beli  dan bawak esok hahaha…
Wah bertambah menu menyicah dari buah pelam masuk ke sengkuang, nenas, jambu,Tetiba aku teringat jambu susu dengan jambu bola… kalau ada.. Sedap kalau buat menyicah.. rasa dia kelat-kelat masam..
Dekat kampong mama dulu ada pokok jambu bola nih.. Jambu susu pon ada..
Sekarang aku tak perasan pulak ada ke tak.. kalau ada pon buah abis diambil kera.. hihihi       Korang pernah makan tak jambu bola dan jambu susu ini?

Sumber gambar: sini dan google image.


Friday, September 20, 2013

Review Selendang Nikah BFF

Hi Assalamualaikum..

Hari ini nak review selendang nikah BFF cheida. Entry pasal wedding dia klick sini.

Masa dia betunang dulu pon viel dia cheida yang tolong jahitkan, 1st try dan hasilnya allhamdulillah dia suka. Entry pon ada cheida buat masa hari pertunangan dia, nak tengok klick sini

Actually pada mulanya dia nak cari sendiri tudung bawal atau segera untuk dia pakai.Malam sehari sebelum nikah, kita orang pergilah Up town perda untuk cari tudung atau selendang bersesuaian dengan baju nikah lin, Tapi malangnya satu pon tak berkenan, Then last cheida cakap tak apalah lin aku jahit ala kadar je untuk hang since aku rasa aku ada selendang putih yang aku guna sekali je. Dia pon berat hati sebab rasa menyusahkan cheida, tapi cheida yakinkan dia yg cheida boley buat. Demi sahabat tersayang!

Cheida re-cyecle balik selendang putih cheida beli dengan tujuan nak pakai untuk konvo dulu (tak pakai pon), pernah guna sekali je lepas tu simpan je. Since baju lin putih nila, jadi cheida basuh dan celup nila selendang ni dan tara jadilah putih nila. hahaha briiiliant tak?

So meh review sikit proses yang selalu cheida buat untuk jahit selendang nikah.

Perkara 1st cheida buat, ukur dahulu kedudukan selendang pada kepala, selalunya cheida akan pendekkan sebelah kanan, labuhkkan sebelah kiri agar seledang tu nampak macam kita pakai veil gitu,
Ukuran tu dengan sanggul sekali yea, supaya kedudukan manik lace pada tempat yang betul.

Then, Gunting lebihan lace dan corak bunga yang ada, Letakkan lace atau corak bunga yang digunting pada tempat selendang yang telah ditanda mengikut kreativiti masing-masing, selalunya cheida akan lekatkan lace atau bunga tampat dengan peniti terlebih dahulu pada selendang.

Pakai semula selendang yang ditempet lace bagi memastikan kedudukan lace tersebut tepat.
Jahit manik diatas lace yang dilekatkan dengan jarum peniti tadi mengikut kreativiti masing-masing.
Disebabkan lace dia warna silver jadi cheida gunakan manik silver kelabu dan hitam, Cheida tambah bunga 3d warna kelabu since theme dia kelabu + hitam +  putih (@_@) dia memang suka warna pelik-pelik. Jahitan manik secara tabur dibahagian belakang selendang untuk menaikkan seri selendang tersebut hihihi. 
Hasil dari depan dan belakang.

So beginilah hasilnya dari permukaan depan dan belakang

Bila linda pakai jadi begini, bahagian belakang dilepaskan kelihatan seperti linda memakai veil, (ada nampak tak macam tu?)  Linda gunakan inner sebab dia taknak guna selendang terus dia cakap nanti muka dia nampak bolat bolat hehe...

Cheida sengaja beratkan jahitan diatas kepala since dia tidak mengunakan apa-apa decoration dikepalanya.. 

 Thats all for today,
till then...




Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)