Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, June 19, 2013

Wedding My BFF

As-Salam,
Sibuk betul cheida sejak, 2 menjak ni.. Kesian gila dekat blogs cheida yang sunyi sepi je.. hehehe
Hampa rindu dak kat cheida?? Tak? huhu sobkh2.. sedihnye.. tak apelah.. biarlah cheida membawa hati nan lara (chewaaa ayat tak boley belah hahahah)

Ok la kembali topik yang asal..
1 june 2013 selamat sudah seorang lagi kawan baik cheida dizaman remaja dahulu melangsungkan pernikahanya bersama insan yang dipilih.Cheida pernah review majlis pertunangan dia dulu. so yang tak tahu boleh ke sini ye.. Sekejap je masa berlalu sobkh2.. Rasa macam semalam je dok kayuh basikal bersama dia ke sekolah hahaha.. Arghhh rindu sangat zaman tu!...
So sepanjang persiapan majlis banyak juga cheida bantu dan siapkan buat dia. Semangat cheida lebih dari dia.. hahaha Over aku taw! Cheida jahitkan selendang, bagi sewa bunga tangan, buatkan guest book, proops. hehehe review later ok! Penat sangat lepas abis je majlis dia.. pukul 9 dah ghaib ke alam fana mimpi heheehe.. Tak apalah.. Demi sahabat tersayang meh enjoy pics kami yea...

Selesai majlis Akad nikah, kami bergambar outdoor bertiga! Yeah BFF since 2001.
Lupa nk promote selendang dia pakai tu cheida jahitkan heheh cantik tak?? hihi..
We togather!

 comel tak kami!

Ni gambar masa outdoor ya.. cantik kann?? lokasi Jeti Batu Kawan panjat bukit taw nak sanap gamba ni!! arhghhh gaun bagai, dengan wedgesss arghh penat kot! hari-hari kalau kurus cheida...
Photographer yang bertanggungjawap adalah  Hairi Familyz korang boleh add dan tanyakan pakage yang dia ada ehhehehe.. Sepanjang outdoor ni pengantin malu-malu kucing! ceh! ahhaha post kayu dan besi.. Nasib potoghraper sempoy! seyes tak nyesal kalau korang hire dia untuk jobs weding korang! 

feel ala-ala hindustan

Pada 2 june 2013 kami bertolak ke kota sarang semut kedah untuk majlis bertandang.
Hujan lebat sepanjang perjalanan kami kesana.. Chek point kami berkumpul di pekan apa.. Cheida lupa dah hahaha..Sampai je hujan turun dengan bestnye! disambut oleh silat dan paluan bunyi gendang dan seruling ke trompet cheida pon tak tahu apa nama alatan tu.. yg diorang gunakan untuk music orang dok main silat tu.. gamba tak sempat dirakam memandangkan hujan yang teruk kami kebasahan. Cheida rakam video ja.
Masa kami nak pulang hanya sempat ambil gamba sikit je.. Dari potographer sana tak kenal pulak haha.. 
Yang ini gamba bersama ibu pengantin, ayah busy! sampai x nyempat bergamba hahaha


Dan ini adalah kami..


Lastly..
For my dear, cantik sangat u dear...
Cheida doakan dear bahagia hingga akhir hayat untill jannah bersama pihan hati dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah!..  To Mr Fisol! jaga membe aku baik-baik.. Kalau buat perangai aku debik hang hahaha..
Tahniah Nur Haslinda & Mohd Fisol..

Thursday, June 06, 2013

LELAKI TANPA TANGAN DAN KAKI KINI SEORANG BAPA

As-Salam

Hi alls..
Apa khabar.. cheida ok, ok je.. Tak sempat nk hupdate blogs.. Selalu BW je.. huhuhu Busy sangat sekarang ni.. Busy ngan wedding BFF cheida.. Allhamdulilah dah selamat dah dia..
Nanti Cheida update entry pasal itu ye.. Sekarang tak sempat.. busy sangat nihh hahaha..

So hari ni BW kat satu blog terjumpa lelaki tanpa tangan dan kaki dah ada baby!! Yay.. korang kenal x sapa? Nick Vujicic. Dia juga merupakan seorang pakar motivasi yang memberi kita semangat bahawa kekurangan diri itu bukanlah satu penghalang untuk kita berjaya.. Pernah tengok video dia dekat u tube.
seyesly.. Dia sangat bermotivasi!
Jom layan gamba dia...



 
P/s: wife dia macam iras nelopah je.. hehehehe..
 
sumber dari :penpatah blog
 

Thursday, May 16, 2013

Anak Ning Baizura

As-Salam..

Agak lamakan Ning Baizura ni menyepi seejak dari kehamilan hingga kelahirannya. Mesti ramai yang ternanti-nanti nak tengok wajah anak sulung penyanyi bersuara supranoo ni (betul ke eja? hihi) Cheida minat dengan Ning ni suara dia unik.. Tadi ternampak dari blog gosip artis gambar anak Ning Baizura yang pertama kali diperkenalkan pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind. Nama anak Ning semua dah tahu kan. Ryan Sky Dalton bin Omar Dalton. Comel sangat baby Ning dan pasangan, sekalung tahniah buat mereka :)

Untuk berita penuh sila ke Murai.com


Sumber: murai.com

Monday, May 13, 2013

Review Tempahan Header dan edit blog.

As-Salam!..

Hi peps! hola holaaa!! Ceriakann pagi isnin anda dengan mood yang berbunga-bunga! Mulakannya dengan Bissmillah :)

 So.. Last entry cheida ada mintak korang tolong votekan rupa baru blog cheidakan? So rata-ratanya memberikan feedback yang bagus dan baik.. thanks korang! Ha nak tahu sapa yang tolong buatkan header dan edit blog cheida ni? Blog Cheida ni di Ubahkan oleh adik comel Dayang Deno.  Adik deno ni selalunya mengambil tempahan untuk doodle header blog je.




Actually Cheida dah lama jadi silent reader dekat blog dia, Baca kisah-kisah dia sebagai seorang penghidap SLE, Sebelum ni pernah dengar SLE dan ada kawan sendiri yang mengidap SLE, tapi cheida tak pasti dan faham apa itu SLE sebenarnye, Tapi bila jumpa blog Deno dari satu sagment, rasanye dari sagment blogger negeri kot tapi tak pasti hehehe.. Baru cheida faham apa itu SLE dan bagi cheida apa yang boleh cheida ringkaskan yang deno seorang gadis yang tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan pada usia yang muda :),  Kepada sesiapa yang tak tahu SLE itu apa korang boley pergi blog dia dan tengok sendiri macam mana seorang pengidap SLE seperti Deno menjalani rawatan seharian :).
   
 Cheida juga tertarik adik Deno ni pandai dan bijak memanfaatkan bakat yang ada dalam mencari rezeki sampingan deno sebagai pelajar. Jadi cheida tertarik untuk bagi peluang kepada Deno untuk cuba edit blog pulak. Since tengok dia berkebolehan dalam bab tempahan untuk buat header,doodle dan 2, 3 benda lagi.

Setelah hampir 2,3 minggu jugak la kami berbincang mengenai header doodle yang cheida nak, background color dan sebagainya.. Maka tara!! Inilah hasilnya! Dan cheida amat puas hati! Deno ni tak kedekut ilmu, dan cerewet, Dia banyak bagi idea dekat cheida, sabar je layan karenah cheida yang banyak songeh dan lembaps bagi feedback ahhahaha sory ye adik :).



By the way adik Deno ada buat sagment LUPUS (SLE) awareness month.
Kepada semua kengkawan jom kita join sagment adik DENO untuk sapport dia sempena LUPUS (SLE) awaewness month, Sagment ni tamat pada 31 mei 2013 jam 11.29 (am,pm) tak pasti hahaha Klick sini atau banner atas tu untuk join sagment :) harap dapat meriahkan lagi sagment Deno yea :)


Till then..

p/s: tak sempat join sagment insyallah akan join juga sabar ye dik hehehe




Saturday, May 04, 2013

Vote For Me Please!!

As-Salam!

Hi all..
Sempena pilihan raya ni cheida pon nak mintak korang tolong votekan cheida juga! hahaha
Eh cheida masuk bertanding ke?? Kawasan mana?? hahaha..
Bukan vote pilihan raya la..
Cheida just nak mintak korang vote dan nilaikan Page baru blog cheida ni! (^_^)

Perasan tak blog cheida sekarang dah berubah?? jeng jeng jenggg... comel tak? comel tak?
(ala-ala kak ton)
Harap-harap korang boley bagi nilai rupa baru blog cheida sekarang ini dari skala 1 hingga 5 Bintang!

Dan cheida mengalu-alukan sebarang idea penambah baikkan dari korang tentang blog cheida sekarang ini.
Lepas dapat result cheida akan share dengan korang siapa punya hasil kerja yang telah mencomel kan blog cheida sekarang ini..

Dulu blog cheida macam mana.. Lupa nak capture screen la.. tapi blog cheida dulu macam horror sikit..
Semua warna hitam.. header pon bertukar-tukar sampai malas nak ambil tahu hihih pendek cerita caca merba.. Okes! korang please!! Vote dan nilaikan skala bintang page baru cheida ya! Terima kasih pada korang yang sudi vote dan berikan pandangan serta idea! Miss u all

Till then


P/s: berkobar-kobar nak blogging balik hahaha hampeh!

Friday, April 19, 2013

Chief Engineer Nak Berkenalan Dengan aku...

As-Salam..

Dah lama tak bukak email gmail, so pagi ni cheida bukak dan banyaknya email-email yang sangat berguna! Okess!Bohong! Email yang ntah paper.. aku sendiri tak faham!
Then cek la SPAM pulak.. sebab dalam spam ni kadang ada pulak email yang boleh pakai..
Then ternampak wow! Ada private messege yang dah biasa tengok perghh kelas kau jah!! Sekali bukak email dia.. perghhh

Hensem kan noks!! smart gilaaa!! tergoda i nyahhh!! siap explain lagi detial who i am??Hadoiyaiii
Sapa tak nak kan.. lelaki macam ni..Dah la hensem.. Berkerjaya pulak..haiyooo Belambak kali dah dapat email macam ni.. Cheida percaya korang pon ada yang pernah dapatkan.. yang best kali ni siap attach gambar model mana tak taw nak berkenalan.. Hahaha.. Korang ingat aku ni bodoh ke nak percaya korang bulat-bulat.. bila dapat email macam ni dia punya ayat! Perghh semua kerja hebat-hebat, harta billion billion..

 Teringat kisah Seorang membe lelaki yang terkena email macam ni, Cheida namakan membe ni mamat (bukan nama sebenar) So mamat ni memang suka melayan dan mengayat awek, tak kira la awek tu kurus ke, janda ke,mak orang ke semua dia sapu.. seronok melayan dia cakap.. hahaha.. Pendekkan cerita, mamat ini pernah dapat email dari tak dikenali la, agaknya macam yang cheida dapat ni la kot, Memandangkan mamat ni kaki melayan, jadi dia pon replylah email awek tu, (so kita namakan awek tu sebagai minah juga bukan nama sebenar) layan sampai bertukar-tukar gamba, Minah  tu cakap dia tinggal di ireland, ibu dia asal indonesia bapa dia orang ireland, so biasalah ayat-ayat perkenalan, tanya tempat tingal apa yang menarik negara masing-masing (malas cerita detail email dia pon panjang nak baca hahah)
 Part yang bestnya bab gambar.. Korang nak tahu gamba yang dia hantar gamba sapa? Gamba si Marshanda pelakon indonesia tu.. Siap begambar pakai telekung lagi perghhhh.. yang membe ni pulak mentanglah cun layanlah apa lagi.. berbalas-balas email lebih kurang 2 minggu jugak la..  Si minah tu cakap la dia tertariklah dengan islam, dengan malaysia nak datang penang. Lepas 2,3 hari dia cakap dia jatuh hati ngan mamat ni dan  dia nak send parcel yang barang-barang dalam dia berisi barang berharga seperti barang kemas dia ,duit,buku gambar dia dan apa lagi ntah. Dia mintak kawan cheida ni bagi alamat rumah dan no telefon pada pula. Nasib la si mamat ni bijak sikit, dia berikan alamat kilang cheida tapi no fon bagi no dia juga (dasar lelaki kan ) hahaha Satu hari tu ada call masuk no dari negara mana tak tahu yang cakap dia mewakili syarikat Currier amenda ntah nak send parcel dari US, dalam dia ada barang-barang itu ini, tapi nak send parcel tu mamat ni kena bank in duit sebanyak berapa ribu cheida dah tak ingat, So si mamat barulah ni dah dapat hidu yang minah ni kaki kencing. So dia pon ambillah no acc dan bagi alamat kilang yang sama lagi sekali, Petang tu minah tu reply email lagi sekali dekat mamat ni, tanya sama ada receive call tak dan parcel tu,

So mamat ni terus reply email dan sound dia cakap kalau nak kencing agak-agak la.. jangan ingat aku bodoh macam lelaki lain, hahaha terus sengap minah tu dan dia forward email-email dia ngan minah tu satu kilang.. hahhaha tapi bahan dia juga pantang tengok muka cun layan, padahal dari gambar pon dah nyata dia pakai gamba artis indon mana tak taw.. dok mohong hang ja (dielek penang la)

So pengajaran buat korang jangan la percaya email-email berantai ni.. buang masa je! baik layan game candy crush lagi best hahaha..

Till then..

p/s: dunia sekarang macam-macam cara dilakukan untuk mencapai kekayaan jalan singkat.




Berapa Umur Nabi?

 As-Salam..

Sekadar perkongsian ilmu di pagi hari jumaat yang mulia..
  



Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)