Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, May 16, 2013

Anak Ning Baizura

As-Salam..

Agak lamakan Ning Baizura ni menyepi seejak dari kehamilan hingga kelahirannya. Mesti ramai yang ternanti-nanti nak tengok wajah anak sulung penyanyi bersuara supranoo ni (betul ke eja? hihi) Cheida minat dengan Ning ni suara dia unik.. Tadi ternampak dari blog gosip artis gambar anak Ning Baizura yang pertama kali diperkenalkan pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind. Nama anak Ning semua dah tahu kan. Ryan Sky Dalton bin Omar Dalton. Comel sangat baby Ning dan pasangan, sekalung tahniah buat mereka :)

Untuk berita penuh sila ke Murai.com


Sumber: murai.com

Monday, May 13, 2013

Review Tempahan Header dan edit blog.

As-Salam!..

Hi peps! hola holaaa!! Ceriakann pagi isnin anda dengan mood yang berbunga-bunga! Mulakannya dengan Bissmillah :)

 So.. Last entry cheida ada mintak korang tolong votekan rupa baru blog cheidakan? So rata-ratanya memberikan feedback yang bagus dan baik.. thanks korang! Ha nak tahu sapa yang tolong buatkan header dan edit blog cheida ni? Blog Cheida ni di Ubahkan oleh adik comel Dayang Deno.  Adik deno ni selalunya mengambil tempahan untuk doodle header blog je.




Actually Cheida dah lama jadi silent reader dekat blog dia, Baca kisah-kisah dia sebagai seorang penghidap SLE, Sebelum ni pernah dengar SLE dan ada kawan sendiri yang mengidap SLE, tapi cheida tak pasti dan faham apa itu SLE sebenarnye, Tapi bila jumpa blog Deno dari satu sagment, rasanye dari sagment blogger negeri kot tapi tak pasti hehehe.. Baru cheida faham apa itu SLE dan bagi cheida apa yang boleh cheida ringkaskan yang deno seorang gadis yang tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan pada usia yang muda :),  Kepada sesiapa yang tak tahu SLE itu apa korang boley pergi blog dia dan tengok sendiri macam mana seorang pengidap SLE seperti Deno menjalani rawatan seharian :).
   
 Cheida juga tertarik adik Deno ni pandai dan bijak memanfaatkan bakat yang ada dalam mencari rezeki sampingan deno sebagai pelajar. Jadi cheida tertarik untuk bagi peluang kepada Deno untuk cuba edit blog pulak. Since tengok dia berkebolehan dalam bab tempahan untuk buat header,doodle dan 2, 3 benda lagi.

Setelah hampir 2,3 minggu jugak la kami berbincang mengenai header doodle yang cheida nak, background color dan sebagainya.. Maka tara!! Inilah hasilnya! Dan cheida amat puas hati! Deno ni tak kedekut ilmu, dan cerewet, Dia banyak bagi idea dekat cheida, sabar je layan karenah cheida yang banyak songeh dan lembaps bagi feedback ahhahaha sory ye adik :).



By the way adik Deno ada buat sagment LUPUS (SLE) awareness month.
Kepada semua kengkawan jom kita join sagment adik DENO untuk sapport dia sempena LUPUS (SLE) awaewness month, Sagment ni tamat pada 31 mei 2013 jam 11.29 (am,pm) tak pasti hahaha Klick sini atau banner atas tu untuk join sagment :) harap dapat meriahkan lagi sagment Deno yea :)


Till then..

p/s: tak sempat join sagment insyallah akan join juga sabar ye dik hehehe




Saturday, May 04, 2013

Vote For Me Please!!

As-Salam!

Hi all..
Sempena pilihan raya ni cheida pon nak mintak korang tolong votekan cheida juga! hahaha
Eh cheida masuk bertanding ke?? Kawasan mana?? hahaha..
Bukan vote pilihan raya la..
Cheida just nak mintak korang vote dan nilaikan Page baru blog cheida ni! (^_^)

Perasan tak blog cheida sekarang dah berubah?? jeng jeng jenggg... comel tak? comel tak?
(ala-ala kak ton)
Harap-harap korang boley bagi nilai rupa baru blog cheida sekarang ini dari skala 1 hingga 5 Bintang!

Dan cheida mengalu-alukan sebarang idea penambah baikkan dari korang tentang blog cheida sekarang ini.
Lepas dapat result cheida akan share dengan korang siapa punya hasil kerja yang telah mencomel kan blog cheida sekarang ini..

Dulu blog cheida macam mana.. Lupa nak capture screen la.. tapi blog cheida dulu macam horror sikit..
Semua warna hitam.. header pon bertukar-tukar sampai malas nak ambil tahu hihih pendek cerita caca merba.. Okes! korang please!! Vote dan nilaikan skala bintang page baru cheida ya! Terima kasih pada korang yang sudi vote dan berikan pandangan serta idea! Miss u all

Till then


P/s: berkobar-kobar nak blogging balik hahaha hampeh!

Friday, April 19, 2013

Chief Engineer Nak Berkenalan Dengan aku...

As-Salam..

Dah lama tak bukak email gmail, so pagi ni cheida bukak dan banyaknya email-email yang sangat berguna! Okess!Bohong! Email yang ntah paper.. aku sendiri tak faham!
Then cek la SPAM pulak.. sebab dalam spam ni kadang ada pulak email yang boleh pakai..
Then ternampak wow! Ada private messege yang dah biasa tengok perghh kelas kau jah!! Sekali bukak email dia.. perghhh

Hensem kan noks!! smart gilaaa!! tergoda i nyahhh!! siap explain lagi detial who i am??Hadoiyaiii
Sapa tak nak kan.. lelaki macam ni..Dah la hensem.. Berkerjaya pulak..haiyooo Belambak kali dah dapat email macam ni.. Cheida percaya korang pon ada yang pernah dapatkan.. yang best kali ni siap attach gambar model mana tak taw nak berkenalan.. Hahaha.. Korang ingat aku ni bodoh ke nak percaya korang bulat-bulat.. bila dapat email macam ni dia punya ayat! Perghh semua kerja hebat-hebat, harta billion billion..

 Teringat kisah Seorang membe lelaki yang terkena email macam ni, Cheida namakan membe ni mamat (bukan nama sebenar) So mamat ni memang suka melayan dan mengayat awek, tak kira la awek tu kurus ke, janda ke,mak orang ke semua dia sapu.. seronok melayan dia cakap.. hahaha.. Pendekkan cerita, mamat ini pernah dapat email dari tak dikenali la, agaknya macam yang cheida dapat ni la kot, Memandangkan mamat ni kaki melayan, jadi dia pon replylah email awek tu, (so kita namakan awek tu sebagai minah juga bukan nama sebenar) layan sampai bertukar-tukar gamba, Minah  tu cakap dia tinggal di ireland, ibu dia asal indonesia bapa dia orang ireland, so biasalah ayat-ayat perkenalan, tanya tempat tingal apa yang menarik negara masing-masing (malas cerita detail email dia pon panjang nak baca hahah)
 Part yang bestnya bab gambar.. Korang nak tahu gamba yang dia hantar gamba sapa? Gamba si Marshanda pelakon indonesia tu.. Siap begambar pakai telekung lagi perghhhh.. yang membe ni pulak mentanglah cun layanlah apa lagi.. berbalas-balas email lebih kurang 2 minggu jugak la..  Si minah tu cakap la dia tertariklah dengan islam, dengan malaysia nak datang penang. Lepas 2,3 hari dia cakap dia jatuh hati ngan mamat ni dan  dia nak send parcel yang barang-barang dalam dia berisi barang berharga seperti barang kemas dia ,duit,buku gambar dia dan apa lagi ntah. Dia mintak kawan cheida ni bagi alamat rumah dan no telefon pada pula. Nasib la si mamat ni bijak sikit, dia berikan alamat kilang cheida tapi no fon bagi no dia juga (dasar lelaki kan ) hahaha Satu hari tu ada call masuk no dari negara mana tak tahu yang cakap dia mewakili syarikat Currier amenda ntah nak send parcel dari US, dalam dia ada barang-barang itu ini, tapi nak send parcel tu mamat ni kena bank in duit sebanyak berapa ribu cheida dah tak ingat, So si mamat barulah ni dah dapat hidu yang minah ni kaki kencing. So dia pon ambillah no acc dan bagi alamat kilang yang sama lagi sekali, Petang tu minah tu reply email lagi sekali dekat mamat ni, tanya sama ada receive call tak dan parcel tu,

So mamat ni terus reply email dan sound dia cakap kalau nak kencing agak-agak la.. jangan ingat aku bodoh macam lelaki lain, hahaha terus sengap minah tu dan dia forward email-email dia ngan minah tu satu kilang.. hahhaha tapi bahan dia juga pantang tengok muka cun layan, padahal dari gambar pon dah nyata dia pakai gamba artis indon mana tak taw.. dok mohong hang ja (dielek penang la)

So pengajaran buat korang jangan la percaya email-email berantai ni.. buang masa je! baik layan game candy crush lagi best hahaha..

Till then..

p/s: dunia sekarang macam-macam cara dilakukan untuk mencapai kekayaan jalan singkat.




Berapa Umur Nabi?

 As-Salam..

Sekadar perkongsian ilmu di pagi hari jumaat yang mulia..
  



Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Wednesday, April 10, 2013

Pekara yang Dilakukan Bagi Memudahkan Tidur!

As-Salam...


Hi alls,
Cheida ni susah nak tidur malam kira dah salah seorang yang mengalami INSOMNIA! Nak tahu Insomnia tu apa?? Menurut sumber dari sini :

"Insomnia adalah adalah gejala kelainan dalam tidur berupa kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan tidur—walaupun ada kesempatan untuk itu. Biasanya insomnia disebabkan oleh gangguan di dalam waktu dan mekanisme tidur dan perilaku yang tidak sehat (seperti tidak teratur jam tidur, seringnya begadang dan penggunaan kafein).Insomnia adalah sebagian dari gangguan tidur, tetapi keluhan ini adalah keluhan yang paling sering dari gangguan tidur. Beberapa masalah tidur antara lain insomnia, narcolepsy, hypersomnia dan apnea."
 

Sudah la jenis susah nak tidur selagi jam tak pukul 12.++ - 2am. 2,3  minggu yang lepas pulak lepas cuaca yang sangat panas! Bayangkan! Esok hari ISNIN!! Tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi!! Omaaai!!!
Sekarang allhamdulillah hujan asyik turun pada sebelah malam tidur pun nyenyaaakkk dan agak awal pukul 12.00 dah ghaib jika nak dibandingkan sebelum ini, dah tu  liat pulak nak bangun pergi kerja huhuhu...

Jom nak share sikit beberapa pekara yang cheida lakukan dikala cheida tak dapat tidur malam:

 Berangan!
Berangan perkara pertama cheida akan buat! ahhaa berangan pi lah kahwin ngan Ady Putra ke, jadi kurus ke hahaha jadi kaya ke!! Berangan dapat pakai baju mahal-mahal apa-apa je.. sampailah terlelap hahaha

Mandi
 Lepas berangan tak jadi! Cheida akan mandi. Hikihikhikk selalunya orang kalau lepas mandi badan jadi segar bugarkan! lepas tu confirm tak boley tidur! Cheida pulak lepas mandi, badan jadi segar, lepas tu baring balik atas katil peluk bear musyuk!! fuuhhh layannn 10 minit lepas tu confirm! ZZzzzzZZzzz Bermimpi indah bersama Ady Putra hahahah. Erk!

Layan Lagu
  Wah Kadang lepas mandi tu still tak dapat tidur, Jadi cheida akan pasang ear phone layan lagu-lagu jiwang.. perghh sambil layannn.. Mata mula laa kuyuuu lama-lama ZZzzzzzZZz tapi amalan ini tak bagus ye!! huhu Jadi jangan amalkan dan di ikutkan.. dengar zikir atau alunan surah-surah tak apa bagus! :)

Layan Internet
Hahaha yang ni trend sekarang kan!Cheida akan mula bukak FB dan like status-status @ like gambar orang, atau apa saja semua cheida bantai like jeee apa yang ada kat news feed tu hahaha so pagi esok dapat la habuan dari kawan-kawan "tak da kerja la tu pukul 1 pagi like abis gambarr aku " hahaha.. Masuk INSTAGRAM, Tweeter (walaupun ACC basi ),blog-blog, U-Tube, sampaila mata rasa penat dan tak lalu mengadap

Belek HandPhone!
Kadang tu layan lagu pon tak jalan, bukak FBpon tak jalan juga, cheida akan bukak geleri tengok balik gambar-gambar zaman dahulu purba kala.. hihihi.. lama-lama boringlahkan then tidooo.. Cheida akan bukak balik sms-sms lama dari kawan-kawan ke skandal ex2 dulu ke hihii kadang SMS ngan Mr Janggut cheida masa mula-mula berkenalan. Lepas tu sengih sorang-sorang baca sms zaman ngayat hahaha.. Lama-lama terpadam mata.. Belek la HP cheida yang buruks ni sampai terlelap sendiri hehehehe.. kadang tu sampai terlelap lepas tu HP gedebuk jatuh atas muka! hahah Padan muka..

Makan!
Wahh ini adalah yang terakhir cheida lakukan! MAKAN!! Weeha!! Mulalah masak maggi ke, bedal nasi dan habiskan semua lauk yang ada! Makan sikut (biskut) Minum Milo ke apa-apa je yang boley dimakan cheida akan makan! hahaha  Lepas kenyang tuu ZZzzzzZZzz Mulalah bising aarghh GEMOK!!! (sendiri punya pasal).


Actually pekara yang cheida lakukan itu tak sihat, tapi nak buat macam mana.. buat perkara yang sihat tak jalan pon.. Soo Jalannye buat macam diatas lah.. hihi

Till Then..

P/S: Wajib sebelum tidur ambil wuduk!


Tuesday, April 02, 2013

Safi my favourite!

As-Salam...


Hi peeps!
Salam ukhwah dari cheida. Harap semua sihatlah hendaknye.
Cheida nak share ngan korang product  yang cheida gunakan sejak zaman remaja hingga sekarang.
Mula-mula belajar pakai product-product skin care ni masa sekolah asramalah,yakni sekolah teknik.
Masa sekolah menengah biasa dulu tak pandai dan mampu untuk beli dan gunakan product skin care ni.. Naifnye cheida kan hahaha.. Abis kuat pakai fair n lovely sehinggit tu je.. Muka punyalah berminyak dengan hitamnye ya allah.. Tak percaya eakk nanti cheida share pic masa cheida Sekolah Menengah Alma dulu.. Jangan terkejut! hahahah..Bila masuk sekolah Teknik, wajib duduk asrama, tengok rakan-rakan pakai product itu ini mulalah terikut-ikut dan setia hingga kini hihi

  Actually banyak product yang cheida test dan try tapi yang cheida nak share ni, product yang wajib dan cheida rasa x pernah tukar dari dulu hingga kini dan mungkin selamanyaa hahaha..Pernah try tukar try yang lain. Tapi tak lama, akan kembali balik ke product yang cheida gunakan juga. Product yang chieda maksudkan ialah product SAFI! Nasib baik Cheida tak seComel, seLawa dan seCun Shila Amzah @ Rozita Che Wan. Kalau tak mesti diorang ambil Cheida jadi DUTA agagagag (perasan!)

  Cheida merupakan pengguna setia Product SAFI! Apa yang best Safi ini, Sebab product dia suci, bersih dan halal digunakan.Khusus untuk pengguna-pengguna Melayu/Muslim.  Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), SAFI tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin.  Dan yang best harga dia berpatutan!
 Meh tengok Product SAFI apa yang cheida gunakan.

Pencuci muka:

Selalunya cheida mengunakan pencuci muka safi sama ada yang hijau atau pink. Suka pakai bau dia lembut je  yang best harga dia sangat murah! hahaha.. kadang-kadang tukar ke warna hijau.. tengok mood. Cheida pernah gunakan product pencuci yang lain, yang mahal-mahal sikit.. tapi tak sesuai, muka akan naik jerawat banyak last-last pakai balik yang ni je.. murah pon murah sept! hahaha
Krim muka:

Ha yang ni Tak pernah tukar dari dulu.. Mula-mula belajar pakai krim ni masa sekolah asramalah. 1st krim try krim TEMULAWAK ingat lagi bekas dia warna hijau. Krim ini murah dan senang didapati dimana-mana kedai. Selepas itu ada terdengar rumors krim muka ni menghakis kulit dan boleh mendatangkan kanser pada kulit.Cheida try pulak bertukar kepada krim SAFI. Cheida mengunakan krim Safi ini since 16 tahun.. sekarang dah 25 tahun dah. Lama tak haha.. ada la pernah cuba krim yang lain, tapi tak serasi, mesti guna balik krim SAFI hijau ni.

Toner:
Toner SAFI chieda akan gunakan yang SAFI Balqis punya, bau dia harum dan lembut je. Yang penting tak ade Alkohol.

Pelembap:
Yang ni chieda guna waktu malam. Orang guna siang cheida guna malam sebelum tidur, Hasilnye kulit jadi lembap je dan segar terutama orang yang kulit kering macam cheida ni.
Dan saja nak share ngan korang semua pic cheida masa form 2. Masa ini belum lagi mengunakan product SAFI. Masa ni zaman bengong-bengon dan naif sangat.. Satu product apa pun tak tahu guna.. suma cilok yang mama pakai. Kadang sabun mandi digunakan untuk sabun muka juga. Melampau tak! :P



With my bff syazwana. Last jumpa form 5. sekarang contact dalam FB je.. Miss u my frens.sobkh2.. masa ni hitam legam! tak tahu kenapa hihihi.. gamba ni diambil dalam bus masa nak pergi pertandingan Choral Speaking! sekarang suruh speaking gagap-gagap!


Haha ini masa baru keluar sekolah zaman tunggu result SPM!!  Beza tak!! beza tak!! hahs owh beza dari segi badan jee haha.. Kulit tak nampak sangat sebab gamba ni snap atas gamba meh. Masa ni dah jadi pengguna setia product SAFI (zaman dah kerja) beli product-product SAFI yang lain seperti toner, moistureriser dan try product safi yang lain.


So yang ni latest pic
Hehehe tengah curi tulang jap update blogs kesayangan berabuk! Bawah mata still gelap macam PANDA sebab kuekurangan tidur yang melampau!! uuuuhhh.. Badan pon macam PANDA makan yang melampau, malas pon macam PANDA sebab kerja di tempat kerja yang melampau sehingga pulang kerumah tak mahu buat apa melainkan baring dan tidurrr!! ZZzzZzzzz.  Jadi mama cheida panggil PANDA! TTssskk! sentap!
 hihi ok Sambung kerja duluuu.. byess
Till then...


Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)