Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Tuesday, April 02, 2013

Safi my favourite!

As-Salam...


Hi peeps!
Salam ukhwah dari cheida. Harap semua sihatlah hendaknye.
Cheida nak share ngan korang product  yang cheida gunakan sejak zaman remaja hingga sekarang.
Mula-mula belajar pakai product-product skin care ni masa sekolah asramalah,yakni sekolah teknik.
Masa sekolah menengah biasa dulu tak pandai dan mampu untuk beli dan gunakan product skin care ni.. Naifnye cheida kan hahaha.. Abis kuat pakai fair n lovely sehinggit tu je.. Muka punyalah berminyak dengan hitamnye ya allah.. Tak percaya eakk nanti cheida share pic masa cheida Sekolah Menengah Alma dulu.. Jangan terkejut! hahahah..Bila masuk sekolah Teknik, wajib duduk asrama, tengok rakan-rakan pakai product itu ini mulalah terikut-ikut dan setia hingga kini hihi

  Actually banyak product yang cheida test dan try tapi yang cheida nak share ni, product yang wajib dan cheida rasa x pernah tukar dari dulu hingga kini dan mungkin selamanyaa hahaha..Pernah try tukar try yang lain. Tapi tak lama, akan kembali balik ke product yang cheida gunakan juga. Product yang chieda maksudkan ialah product SAFI! Nasib baik Cheida tak seComel, seLawa dan seCun Shila Amzah @ Rozita Che Wan. Kalau tak mesti diorang ambil Cheida jadi DUTA agagagag (perasan!)

  Cheida merupakan pengguna setia Product SAFI! Apa yang best Safi ini, Sebab product dia suci, bersih dan halal digunakan.Khusus untuk pengguna-pengguna Melayu/Muslim.  Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), SAFI tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin.  Dan yang best harga dia berpatutan!
 Meh tengok Product SAFI apa yang cheida gunakan.

Pencuci muka:

Selalunya cheida mengunakan pencuci muka safi sama ada yang hijau atau pink. Suka pakai bau dia lembut je  yang best harga dia sangat murah! hahaha.. kadang-kadang tukar ke warna hijau.. tengok mood. Cheida pernah gunakan product pencuci yang lain, yang mahal-mahal sikit.. tapi tak sesuai, muka akan naik jerawat banyak last-last pakai balik yang ni je.. murah pon murah sept! hahaha
Krim muka:

Ha yang ni Tak pernah tukar dari dulu.. Mula-mula belajar pakai krim ni masa sekolah asramalah. 1st krim try krim TEMULAWAK ingat lagi bekas dia warna hijau. Krim ini murah dan senang didapati dimana-mana kedai. Selepas itu ada terdengar rumors krim muka ni menghakis kulit dan boleh mendatangkan kanser pada kulit.Cheida try pulak bertukar kepada krim SAFI. Cheida mengunakan krim Safi ini since 16 tahun.. sekarang dah 25 tahun dah. Lama tak haha.. ada la pernah cuba krim yang lain, tapi tak serasi, mesti guna balik krim SAFI hijau ni.

Toner:
Toner SAFI chieda akan gunakan yang SAFI Balqis punya, bau dia harum dan lembut je. Yang penting tak ade Alkohol.

Pelembap:
Yang ni chieda guna waktu malam. Orang guna siang cheida guna malam sebelum tidur, Hasilnye kulit jadi lembap je dan segar terutama orang yang kulit kering macam cheida ni.
Dan saja nak share ngan korang semua pic cheida masa form 2. Masa ini belum lagi mengunakan product SAFI. Masa ni zaman bengong-bengon dan naif sangat.. Satu product apa pun tak tahu guna.. suma cilok yang mama pakai. Kadang sabun mandi digunakan untuk sabun muka juga. Melampau tak! :P



With my bff syazwana. Last jumpa form 5. sekarang contact dalam FB je.. Miss u my frens.sobkh2.. masa ni hitam legam! tak tahu kenapa hihihi.. gamba ni diambil dalam bus masa nak pergi pertandingan Choral Speaking! sekarang suruh speaking gagap-gagap!


Haha ini masa baru keluar sekolah zaman tunggu result SPM!!  Beza tak!! beza tak!! hahs owh beza dari segi badan jee haha.. Kulit tak nampak sangat sebab gamba ni snap atas gamba meh. Masa ni dah jadi pengguna setia product SAFI (zaman dah kerja) beli product-product SAFI yang lain seperti toner, moistureriser dan try product safi yang lain.


So yang ni latest pic
Hehehe tengah curi tulang jap update blogs kesayangan berabuk! Bawah mata still gelap macam PANDA sebab kuekurangan tidur yang melampau!! uuuuhhh.. Badan pon macam PANDA makan yang melampau, malas pon macam PANDA sebab kerja di tempat kerja yang melampau sehingga pulang kerumah tak mahu buat apa melainkan baring dan tidurrr!! ZZzzZzzzz.  Jadi mama cheida panggil PANDA! TTssskk! sentap!
 hihi ok Sambung kerja duluuu.. byess
Till then...


Tuesday, March 19, 2013

Girls VS Guys Do When ....

As-Salam...

Whats girls do VS What guys do 
Betul ke tidak??? Hahaha Tepuk dada tanya selera..
Tapi kalau cheida selalunya buat yang bawah tu lew..
kemas rumah kelam kabut.. muka sememeh ada aku kisah?? bhahahaha...
Ok!! hahahaha Its time to go back  now... continue works tomorrow
sibuk sangat sekarang... Blog walking je banyak kadang tak sempat leps comments sorry ye kawan ku sayang.. Nak update blogs pon dah ke lauuuuuuuttttt dahhhh..
(mama dah message suruh beli itu ini da...)


p/s: sejak review bad teruk kena lattu sekarang nii hadoii


Monday, March 18, 2013

Detik Lamaran Yang Tak akan Dilupakan

AS-SALAM...

Hi alls, Cuba bayangkan korang tengah dilamar oleh kekasih korang di tepi pantai yang indah dan ditemani desiran laut dan angin yang nyamannnn fuuuuuhhh Romantik abiss kannn beruntunglah pada gadis  yang pernah dilamar dalam suasana yang sangat romantik seperti ini hihihi..
Jom hayati gambar-gambar saat lamaran yang sungguh menyentuh hati para gadis hihihi


Mamat salleh:
"Dear honey.. will u marry me.. being my partner for the rest of my life..."
Sweetnyeeeee kannn terharu sangatttt

Minah salleh :
"Sobkh2... Yess!! i doooo!! i nakk Sangat kahwin ngan u!!!"
Namun tiba-tiba!!! Ombak yang sepatutnya menjadi ombak rindu yang menjadi saksi cinta mereka bertukar menjadi ganas dan tragisss!!!! (ombak itu jelos dengan mereka)

Mamat salleh"
"Oh baby run-run!! U jump i jump!! i save u honey!! dont worrryy , i be there for u babehh"


Dan akhirnyaaaaa...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mamat saleh:
"Oh im sorry honey. i tak sempat pegang u coz i pegang cincin lagi mahal dari u..."
Minah salleh:
"Huwaaa I hate u!!!"
Cinta mereka bukan sahaja  bersaksikan Ombak, pantai langit bumi dan segalanya.. bahkan bermandi air dengan laut sekali bahhahahahaha... Sungguh romantikann kaannn!! sweeettt banggaaattt  Mesti mereka tak akan lupakan detik lamaran yang sangat romantic buat mereka.. ahaha

Itu situasi di barat sana, Kita di timur pulak rasanya tak perlulah untuk mengikut trend-trend seperti mereka..
Kita sebagai muslim kalau gantle sangat lelaki tu.. Lamarlah gadis itu dengan berjumpa ibu dan ayah gadis tersebut, bersaksikan kedua orang tua lelaki tersebut.. Lagi romantik kan.... Dan kalau rasa nak romantik lain dari yang lain ajak mak ayah gurl tu g tepi pantai then lamarlah 




Nak cari tempat biar selamat ye.. Nak tepi pantai pon tengok lah keadaan.. Jadi dalam gambar tuu.. Kan dah dapat habuan.. hahahaha.. Silap haribulan Tsunami pulak yang datang..




Till Then..

Wednesday, March 06, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

 
As-Salam..
 
  Hi allss..dah lama x update blogs.. Tengah blogwalking ternampak satu sagment GA by Tun Telani yang dijoin kak madiha so terasa nak join sebab sagment bab makan.. hahahah Cheida kan suka makan!!
 So jom join!!
 
 
 
 
Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
Done
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
Done
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
Done
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
Ok jap lagi tulis detail hahaha
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
Ok!
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
Sempat lagi nih!
 
 
So jawapan no 4:
Cheida punya makanan kegemaran ialah!! LAKSA!! hahaha YES i like laksa.. Cheida paling suka makan laksa kuahnya pekat!! perghh sedappp panas-panas.. glup!! meleleh ayaq lioq habaq hampa!! haha
 
Resipi laksa cheida selalunya ikut apa yang mama cheida ajar, Tak ada apa yang special but boleh kongsi sedikit-sebanyak hihi:
Okes klass mari mulakan.. X payah pen dan kertas just copy dan paste ke words lepas tu print
hahaha...
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
Ikan kembung/sardin (ikut suka nak pakai ikan apa)
Sedikit Udang kepai (penang pangil macam ni luar x tahu la, ala udang yang saiz paling kecik tu)
Telur
 
Bahan B:
Cabai kering
Bawang kecil/besar/putih
sedikit belacan.
 
Bahan C:
Serai
Lengkuas
daun kesom
asam keping
bunga kantan
 
Bahan D:
Kacang panjang
Pucuk janggus
Salad
Cili kecil/Merah
Timun
Bawang besar
 
Cara masak Kuah laksa:
  1. Rebus bahan A berasingan. Selepas itu asingkan isi ikan dan tulang, Kemudian kisar isi ikan sampai halus, Masukkan isi ikan yang dikisarkan bersama udang kepai yang telah direbus tadi.
  2. Tulang ikan jangan dibuang, kisar semula bersama air rebusan ikan, Campurkan  kedalam periuk  bersama isi ikan dan udang, (pastikan tulang ikan ini ditapis ).
  3. Basuh semua  Bahan C.Serai dan lengkuas di ketuk terlebih dahulu dan masukkan semua bahan C  kedalam periuk yang telah dimasukkan Bahan A.
  4. Kisar semua Bahan B dan masukkan kedalam peruik yang telah dicampurkan Bahan A dan C tadi, Kemudian tambah air. (mengikut sukatan/citarasa masing-masing, kalau suka pekat letak air sedikit sahaja).
  5. Tambahkan sedikit garam/serbuk perasa dan tunggu sehingga mendidih kuah laksa anda :)
Penyediaan Bahan D:
  1. Rebus laksa bersama air panas kemudian toskan apabila laksa tersebut lembut.
  2. Potong bahan-bahan D Halus-halus untuk dijadikan bahan hiasan tambahan keatas laksa
  3. Telur yang direbuskan pada mula jangan dilupakan

Siap!! nyummm bolehlah dihidangkan makan bersama keluarga dipetang hari atau tengah hari!!.. Laksa ini yang menyedapkannya ialah kuahnya!! cheida cukup suka makan kalau kuahnye pekat!!  Laksa chieda pulak simple, taruh telur sebiji,letak cili kecil sudah, Tak payah sayur-sayuran (tak makan sayur mentah)hahahah Senangkan, Harap - harap resipi cheida ni dapat la membantu korang.
Harap sangat Korang paham step-step yang cheida tulis. Cheida ni tak pandai  nak menerangkan cara-cara memasak Setakat nak masak untuk  kenyangkan perut cheida dan keluarga tu.. bolehlah.. nak bukak kedai, jauh lagi kot..

Itu sahaja tentang makanan kegemaran cheida. Dan ini merupakan 1st GA yang cheida join!! hahaha
Join sebab cerita bab makan!! Pelik tapi benar I loike Food! hohoho..








Thursday, February 28, 2013

Ultimate Managers

As-Salam

What make a you be a good leader??
the Ultimate Manager must be like
 below picture. 









And we as an employee must follow it without any reason! (@##%^%&^&!)
And I'm totally agree 1001% for all the picture and statement! hahahahaha ..These kinds of things always happen in the private sector, and who work in the private sector.. I'm believe they are also experiencing the same situation as above .. especially those working in the factory like me! In government sector I'm not sure about this, course I'm never work with gov sector yet hahaha..



p/s: tetiba tulis entry English plok.. harap-harap paham la noo.. selalu bahasa kampung je hahaha..
ini adalah situasi yang berlaku dalam pekerjaan cheida.. entry ini dicilok dari email rakan sekerja.


Wednesday, February 27, 2013

Mengutuk Entry Blogger lain?

As-Salam...

  Entry kali ini cheida nak tegur sedikit sesetengah rakan blogger yang cheida follow membuat entry mengutuk rakan blogger yang lain. Hmm actually benda ni dah banyak kali jumpa dan bagi cheida pekara ini tak patut berlaku.
 Bukan cakap yang cheida ni bagus sangat, tak pernah kutuk orang. Blog cheida pon bukannya bagus, follower pon tak ramai. Tapi bagi cheida sesetengah blogger  tu tak perlulah sampai buat ENTRY yang mengutuk ENTRY orang lain, bagi cheida biarlah entry diorang tu syok sendiri ke, tak faham apa yang diorang type ke.. short form yang terlalu pendek ke.Tapi kita sebagai BLOGGER perlu HORMAT entry blogger lain. kalau rasa nak tegur,tegurlah cara berhemah. No need to make entry dan statement macam ni "aku tak faham pergi ke blog satu tu penuh short form" dan macam ni " entry dia sikit-sikit haha hihi huhuhu apa yang kelakar aku tak faham".  

respect blogger idea.
     Kalau korang nak tegur cara penulisan dia pun, cuba buat entry yang menerbitkan tips-tips untuk membuat penulisan blog yang bagus, seperti blog En Hasrul yang meletakkan pelbagai Panduan menulis blog dan entry teguran mengenai bahasa SMS tak sesuai seperti entry Nick nashram . Cuba lihat entry mereka, tak ada pun meletakkan caption words seperti "aku pergi ke satu blog tersebut dan aku tak faham apa dia tulis blablabla" atau " aku tak faham entry blog itu syok sendiri blablabla". Korang kena ingat selalunya blog-blog yang korang kutuk ini, blog yang masih baru dan tak ramai follower. Mungkin dia masih tak faham atau tak pandai lagi untuk menarik minat pembaca dan blogger yang lain untuk datang ke blognya.
 
 Dan cuba Korang tegur dia pulak dengan cuba letak link tips-tips korang itu dekat comments entry blogger tersebut dan tulis komen disitu "sedikit tips buat anda untuk menambah baik pulih entry anda sebagai blogger baru " atau apa-apa je la ayat yang bagi si empunya blog tu memperbaiki penulisan dia. Nampak tak? dari situ dia mesti seronok dan cuba untuk memperbaiki cara penulisan entrynya. BUKAN buat ENTRY mengutuk  ENTRY mereka. Korang bayangkan andai dia merupakan salah seorang pengikut / pembaca tegar blog anda, tiba-tiba dia terbaca ENTRY yang korang buat itu seolah-olah memerli dan mengutuknya?? Kan dah jatuh dosa sebab kita dah mengecilkan hati orang lain walaupun korang tak mantion nama blog dia.  


  Bagi cheida orang yang buat ENTRY pasal KUTUK ENTRY BLOGGER LAIN adalah BLOGGER YANG LOSER DAN SOMBONG sebab.. Dia kehabisan idea nak buat entry yang menarik dan dia seorang yang TIDAK TAHU MENGHARGAI DAN MENGHORMATI RAKAN BLOGGER YANG TERDIRI DARI FOLLOWERNYA SENDIRI.

   Bagi blogger yang terasa entry cheida kali ini, cheida mintak maaf, bukan nak kutuk kalian sekadar menegur. Kalau cakap cheida kutuk pon terpulanglah. Tapi korang sedar tak yang korang kutuk itu adalah sebahagian dari FOLLOWER korang sendiri yang menyokong korang punya blog yang asalnya zero and nothings sehingga ke blog yang ramai follower dan manaikkan traffic dan buffered earning dan sebagainya korang tu?

   So please..
Stop buat entry mengutuk entry blogger yang lain, Hargailah FOLLOWER anda tersebut. Ini tak.. Dah la sombong, tak pernah balas kunjungan, komen pon tak balas, lepas itu buat pulak entry kutuk blog orang..

Hmm tak baguskan macam tu.. Dari korang buat ENTRY mengutuk ENTRY ORANG LAIN lebih baik buat ENTRY yang memberi TIPS-TIPS MEMPERBAIKI ENTRY masing-masing. HORMATILAH setiap idea dan penulisan blogger lain. So sama-samalah kita saling menyokong antara satu sama lain untuk memartabatkan dunia blogging malaysia kita (skema pulak ayat hahaha).

Till Then..


p/s: kadang tu blogger yang sombong macam ni sebab diorang ramai followerje.. Tu pon sebab join sagment je kan kan, entry pon copy paste dan bukan bagus sangat pon, ada jugak orang tak faham apa yang cuba disampaikan. Lepas tu syok pulak buat entry kutuk entry orang. Dan cheida sendiri pon suka buat bahasa sms.. hahah sebab terbiasa lalalala.. Terkadang tu TYPO banyak.. hihi

gambar sumber google

Monday, February 25, 2013

Steamboat with BFF

As-Salam..

Hi Peeps! Semalam cheida togather-gather with prens bersteamboat sakan dirumah cheida.. hahaha
Ada apa-apa ke? Tak ada apalah saja je kitaorang nak lepak-lepak sambil makan berbual dan menonton episod terakhir Janji Shirah..

So.. kita orang tong-tong la sorang sikit budget untuk kali ni.. and the master cheff is me!!
hahaha Sebenarnye haram tak tahu pon steamboat tu buat macam mana.. Kawan cheida cakap buat kuah sup atau tom yam je macam biasa. Selepas berbincang dalam grop wassap jadi kita orang decide buat kuah tom yam je.

Cheida ni bukannya pandai pon memasak.. Setakat nak mengeyangkan perut tu boleylah sikit-sikit.. 
Jom tengok hasil steamboat cheida



Ini bahan-bahannya buat simple je..


Tengah menunggu bahan-bahan masak hahaha guna rice cooker pon boleylah.. hhahahaha blasah jee
Sebenarnye kuah ni masak asing dulu dalam periuk lain atas dapur, lepas itu baru pindah ke rice cooker mama ni.. hahaha kena beleter la blasah rice cooker mama sesuka hati lols..



Ni dalam mangkuk cheida hahaha bab makan penuh mangkuk la... ada keow toey cikit saja letak memandangkan kita orang ni dok pelahap lapar.


Muka riakk dapat paw cheida dia sekor nemo
sama bolat matanya seperti kembar kelihatan disitu
 eerk Pic last tu tak tahu apa motips.. Rindu sangat dekat dia semalam beli baju sehelai then lari pergi colik dan jumpa dia kejap dekat kulim hihihi.. Dah pandai berdiri tak nak duduk.. Oleh yang demikian dia dah berjaya paw cheida dia sebiji walker huwawawawa kopak gaji den bulan ni.. huuu x pelah demi Iman qhalif tersayang ekk.. besar nanti melawan cheida luku-luku dai tu hahaha (suka-suka nak luku anak orang).

Itu saja untuk kali ini.. Till then


P/s: pic kita orang tak boley upload  la memandangkan semua dok free hair hihihi...

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)