Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, February 28, 2013

Ultimate Managers

As-Salam

What make a you be a good leader??
the Ultimate Manager must be like
 below picture. 









And we as an employee must follow it without any reason! (@##%^%&^&!)
And I'm totally agree 1001% for all the picture and statement! hahahahaha ..These kinds of things always happen in the private sector, and who work in the private sector.. I'm believe they are also experiencing the same situation as above .. especially those working in the factory like me! In government sector I'm not sure about this, course I'm never work with gov sector yet hahaha..



p/s: tetiba tulis entry English plok.. harap-harap paham la noo.. selalu bahasa kampung je hahaha..
ini adalah situasi yang berlaku dalam pekerjaan cheida.. entry ini dicilok dari email rakan sekerja.


Wednesday, February 27, 2013

Mengutuk Entry Blogger lain?

As-Salam...

  Entry kali ini cheida nak tegur sedikit sesetengah rakan blogger yang cheida follow membuat entry mengutuk rakan blogger yang lain. Hmm actually benda ni dah banyak kali jumpa dan bagi cheida pekara ini tak patut berlaku.
 Bukan cakap yang cheida ni bagus sangat, tak pernah kutuk orang. Blog cheida pon bukannya bagus, follower pon tak ramai. Tapi bagi cheida sesetengah blogger  tu tak perlulah sampai buat ENTRY yang mengutuk ENTRY orang lain, bagi cheida biarlah entry diorang tu syok sendiri ke, tak faham apa yang diorang type ke.. short form yang terlalu pendek ke.Tapi kita sebagai BLOGGER perlu HORMAT entry blogger lain. kalau rasa nak tegur,tegurlah cara berhemah. No need to make entry dan statement macam ni "aku tak faham pergi ke blog satu tu penuh short form" dan macam ni " entry dia sikit-sikit haha hihi huhuhu apa yang kelakar aku tak faham".  

respect blogger idea.
     Kalau korang nak tegur cara penulisan dia pun, cuba buat entry yang menerbitkan tips-tips untuk membuat penulisan blog yang bagus, seperti blog En Hasrul yang meletakkan pelbagai Panduan menulis blog dan entry teguran mengenai bahasa SMS tak sesuai seperti entry Nick nashram . Cuba lihat entry mereka, tak ada pun meletakkan caption words seperti "aku pergi ke satu blog tersebut dan aku tak faham apa dia tulis blablabla" atau " aku tak faham entry blog itu syok sendiri blablabla". Korang kena ingat selalunya blog-blog yang korang kutuk ini, blog yang masih baru dan tak ramai follower. Mungkin dia masih tak faham atau tak pandai lagi untuk menarik minat pembaca dan blogger yang lain untuk datang ke blognya.
 
 Dan cuba Korang tegur dia pulak dengan cuba letak link tips-tips korang itu dekat comments entry blogger tersebut dan tulis komen disitu "sedikit tips buat anda untuk menambah baik pulih entry anda sebagai blogger baru " atau apa-apa je la ayat yang bagi si empunya blog tu memperbaiki penulisan dia. Nampak tak? dari situ dia mesti seronok dan cuba untuk memperbaiki cara penulisan entrynya. BUKAN buat ENTRY mengutuk  ENTRY mereka. Korang bayangkan andai dia merupakan salah seorang pengikut / pembaca tegar blog anda, tiba-tiba dia terbaca ENTRY yang korang buat itu seolah-olah memerli dan mengutuknya?? Kan dah jatuh dosa sebab kita dah mengecilkan hati orang lain walaupun korang tak mantion nama blog dia.  


  Bagi cheida orang yang buat ENTRY pasal KUTUK ENTRY BLOGGER LAIN adalah BLOGGER YANG LOSER DAN SOMBONG sebab.. Dia kehabisan idea nak buat entry yang menarik dan dia seorang yang TIDAK TAHU MENGHARGAI DAN MENGHORMATI RAKAN BLOGGER YANG TERDIRI DARI FOLLOWERNYA SENDIRI.

   Bagi blogger yang terasa entry cheida kali ini, cheida mintak maaf, bukan nak kutuk kalian sekadar menegur. Kalau cakap cheida kutuk pon terpulanglah. Tapi korang sedar tak yang korang kutuk itu adalah sebahagian dari FOLLOWER korang sendiri yang menyokong korang punya blog yang asalnya zero and nothings sehingga ke blog yang ramai follower dan manaikkan traffic dan buffered earning dan sebagainya korang tu?

   So please..
Stop buat entry mengutuk entry blogger yang lain, Hargailah FOLLOWER anda tersebut. Ini tak.. Dah la sombong, tak pernah balas kunjungan, komen pon tak balas, lepas itu buat pulak entry kutuk blog orang..

Hmm tak baguskan macam tu.. Dari korang buat ENTRY mengutuk ENTRY ORANG LAIN lebih baik buat ENTRY yang memberi TIPS-TIPS MEMPERBAIKI ENTRY masing-masing. HORMATILAH setiap idea dan penulisan blogger lain. So sama-samalah kita saling menyokong antara satu sama lain untuk memartabatkan dunia blogging malaysia kita (skema pulak ayat hahaha).

Till Then..


p/s: kadang tu blogger yang sombong macam ni sebab diorang ramai followerje.. Tu pon sebab join sagment je kan kan, entry pon copy paste dan bukan bagus sangat pon, ada jugak orang tak faham apa yang cuba disampaikan. Lepas tu syok pulak buat entry kutuk entry orang. Dan cheida sendiri pon suka buat bahasa sms.. hahah sebab terbiasa lalalala.. Terkadang tu TYPO banyak.. hihi

gambar sumber google

Monday, February 25, 2013

Steamboat with BFF

As-Salam..

Hi Peeps! Semalam cheida togather-gather with prens bersteamboat sakan dirumah cheida.. hahaha
Ada apa-apa ke? Tak ada apalah saja je kitaorang nak lepak-lepak sambil makan berbual dan menonton episod terakhir Janji Shirah..

So.. kita orang tong-tong la sorang sikit budget untuk kali ni.. and the master cheff is me!!
hahaha Sebenarnye haram tak tahu pon steamboat tu buat macam mana.. Kawan cheida cakap buat kuah sup atau tom yam je macam biasa. Selepas berbincang dalam grop wassap jadi kita orang decide buat kuah tom yam je.

Cheida ni bukannya pandai pon memasak.. Setakat nak mengeyangkan perut tu boleylah sikit-sikit.. 
Jom tengok hasil steamboat cheida



Ini bahan-bahannya buat simple je..


Tengah menunggu bahan-bahan masak hahaha guna rice cooker pon boleylah.. hhahahaha blasah jee
Sebenarnye kuah ni masak asing dulu dalam periuk lain atas dapur, lepas itu baru pindah ke rice cooker mama ni.. hahaha kena beleter la blasah rice cooker mama sesuka hati lols..



Ni dalam mangkuk cheida hahaha bab makan penuh mangkuk la... ada keow toey cikit saja letak memandangkan kita orang ni dok pelahap lapar.


Muka riakk dapat paw cheida dia sekor nemo
sama bolat matanya seperti kembar kelihatan disitu
 eerk Pic last tu tak tahu apa motips.. Rindu sangat dekat dia semalam beli baju sehelai then lari pergi colik dan jumpa dia kejap dekat kulim hihihi.. Dah pandai berdiri tak nak duduk.. Oleh yang demikian dia dah berjaya paw cheida dia sebiji walker huwawawawa kopak gaji den bulan ni.. huuu x pelah demi Iman qhalif tersayang ekk.. besar nanti melawan cheida luku-luku dai tu hahaha (suka-suka nak luku anak orang).

Itu saja untuk kali ini.. Till then


P/s: pic kita orang tak boley upload  la memandangkan semua dok free hair hihihi...

Tuesday, February 19, 2013

Bertunang Lama-lama tak elok??

As-Salam..

Hi semua.. sihat-sihat la hendaknya..
Cheida tak berapa nak sihat dok selesema 2,3 hari dah ni tak baik-baik.. sobkh sobkh (ayat menagih simpati lols)



So 1st step is moving on.. right now for 2nd step.. nyahahahha bila tu.. hmm lambat lagi..
Sebenarnye sedih mulut orang yang asyik dok nak sebut  mcm ni "Iskh tak elok tunang lama-lama ni, tunang je 2,3 bulan lepas tu nikah terus cepat-cepat.. wat pe tunang lama-lama banyak dugaanlah, nanti putuslah.. nanti tak jadi nikah la.."  hmmm
saat disarungkan cincin hahahaha

1st at all memanglah sapa yang nak bertunang lama -lama ni.. sobkh2..
Tapi memandangkan banyak perkara yang perlu dilaksanakan dahulu.. Budget pon tak  mencukupi maka tak salah lah jika kami mengambil keputusan untuk mengikat tempoh yang agak lama..
Lagi pon bertunang lama-lama tu bukan satu dosa kan?.. 

Memamglah aku setuju tempoh bertunang ini memang dugaanya kuat.. Mana tak kuat kan dalam tempoh tu.. kita mula sibuk dengan  persiapan perkhwinan.. Bila masing-masing sibuk perhatian pon dah kurang.. mula lah masok bab budget, family masuk campur urusan persiapan perkahwinan kita... Then banyak bunyi pulak kritikan dan umpatan belakang yang tak puas hati ngan idea masing-masing..

 Tapi bagi aku benda ini kita kena ambil positive, dugaan dan ujian yang mendatang itu adalah satu proses untuk mematangkan kita dalam urusan rumah tangga kelak.
Korang bayangkan benda macam ni kita tak boley handel macam mana dah nikah nanti??
mesti ada juga ujian yang lebih kuat yang datang, bagi aku masaalah ini tak kan pernah selesai selagi kita masih lagi bernyawa dimuka bumi ini..

Kalau asyik cakap dan fikir negetive maka negetive lah jadinya kan.. kan..

Sekuat mana pon kita merancang, allah jua lah yang menentukan. Kalau dah tertulis di luth mhafuz sana DIAlah Jodoh yang kekal telah ditetapkan allah, dia tetap bersama kita sekuat mana pon rintangan dan cobaan yang mendatang..
Tapi jika sebaliknya.. Sekuat mana pon kita merancang dia tetap bukan milik kita.. So batter just prays for my happiness and doakan agar dipermudah kan segala urusan kita orang.. Aminn..



Tuesday, February 12, 2013

Im yours, be mine...

As-Salam..



Allhamdulillah.. Ahad lepas 10.2.2013 selamat sudah sebuah majlis yang sederhana ringkas cheida dan hihih...Keletihan masih terasa..  hihihi Right now im wordless..
 Just nak share some pic dari camera dan juru gambar amatur.. (chewinyee hihihi sambil mata beekelip2)

Thanks for the rings.. 

Cake from him

Secret Recipe katanya redha je la..

From cheida :P disponsorkan oleh my BFF
From my bff thanks lin cantik sgt..

ini adalah nenek kebayan berubah rupa setelah dimake up muahahahahah
thanks cik nad yang telah mencomelkan cheida yang comot bahahhaa perasan sapa nak muntah silakan..


semalaman tempet stiker dinding so nak begambar hasil deco sendiri walaupon tahu diri kelihatan  seperti ibu mengandung 5 bolan  huwwwaaaaaa

Hahaha si gumukss..

dan ini adalah 
jeng
jeng
jeng
Jeng
jeng
......
........
...............
...........................
..................................
.....
......
..............
...........................
.......
.........................
......
.....................
....................
.......................................
......
..............................................
.......
........................


Chak!!! 
hahahhaa tengok dari belakang cukup ye.. nanti official tayang sampai muntah nak tengok..
sampai merayu2 cheida pls stop publish pics hahaha erk okey tahu saya obers hihi..



Hihihi.. Wordless asyik tulis hihihi huhuhu.. Okeylah next entry nanti cheida review tudung yang cheida DIY ngan baju ye..
Oh lupa MUA Cheida adalah  sicek mek molek lew cik nadia. so law nk hire dia ley g blog dia ye..
sana ada contact.. Nanti cheida review yang lain-lain (harap-harap rajin la ye hahahah)


p/s: sian my MUA.. kena tunggu saya mandi kalot sgt ngan persiapan rumah hihih... sory nad.. :)

Doakan kami kekal dan tabah mengahadapi dugaan yang akan datang.. aminn...  

Thursday, February 07, 2013

Yang mana satu ok?

As-Salam..
Hi alls..  Semakin hari semakin sekat dah.. Hopefully Everythings is gonna be alright.. may be hmm.. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati.. Antaranya sebab baju aku tak seperti yang diidamkan dan dibayangkan... Color dah la masam cutting pulak serupa ibu mengandung 6 bulan!! (-_-!) Sabar je laa huuu.. Dah la siap lambat huuu.. nak tahu macam mana boleh siap lambat tengok di sini

Tapi nak buat macam mana.. Benda dah jadi so pakai je la.. tak ada masa nak cari otter2 dan cari baju lain (duit pon banyak dah habis (T_T)) huuu.. Nak tak nak aku DIY je bagi nampak elok cikit (harap2 elok la.. tapi boleh ke huhuhu)

Then sekarang ni dok fikir lagi how im gonna wear my tudung for my special day.. hihihi opkos la dalam pala otak ni nak pakai macam ala2 retis namun bila tgok baju fuhh hilang semangat..

Mula dalam pala otak Fesyen pertama nak pakai macam irma hasmie.. Pakai tudung syiria je kat dalam then letak selendang kat luar macam gambar bawah ni.. cun kannn

Opkos la cun dia irma hasmie beb!! Tapi bila membayangkan muka aku yang bolat seperti buah labu.. terus aku cancle!! huu tak nak la nampak macam labuu huwaa dah la badan macam labuu.. OMAI!!

Lepas tu pikir-pikir why not aku pakai tudung bawal je macam kawan aku ritu.. Tapi aku ni jenis pakai tudung bawal selebet jee tak pernahnye elok..... Lepas tu berangan lagi nak pakai pulak selendang.. erk tak ke bulat jugak.. hiiiiii sama je kan?? lepas tu pakai  viel je atas pala.. hmm hope aku nampak cantik macam pic kat bawah nii hahahahhah 
 
 

Huwawawa perasanyee.. Ntah macam mana aku rasa ober pulak kalau aku pakai macam ni.. dan Bila tengok baju yang macam orang mengandung aku aku jadi moody malas nak pakai veil dah..  So aku plan nak belasah selendang je.. tak payah veil bagai (bukan nak nikah ponn) ye dok.. so aku plan nak pakai selendang half moon mulanya with penuh decoration manik koran dekat atas kepala tu.. (ha lip-lap lip-lap anak mamiii) 


Or maybe macam ni pon ok juga kan selendang biasa je.. hihihi


Hmm macam mana rupa cheida pakai selendang eak?? Macam gambar yang dekat side bar tu la.. So korang rasa ok tak aku pakai selendang je?? Actually aku da tengok 1 blog ni time nikah dia pakai selendang dan dilabuhkan kebelakang je macam pic atas ni supaya kelihatan seperti memakai veil..  korang ley tgok blog dia review dekat sini hihihi 
alamak.. okess.. baii!! bos dah datang muahahahah..



p/s: malasnya buat kerja mood dok pikir rumah macam tongkang pecah muahahaha
Gamba semua cilok dari google.


Tuesday, February 05, 2013

Menyibuk dan Penyibuk!

As-Salam..

Hi uollss.. nak share sikit ngan korang ni sikap orang kita.. Sikap macam mana eak.. Hmm macam mana nak cakap eak.. sikap Menyibuk dan Penyibuk!. Menyibuk dan penyibuk  macam mana tu eak.. oklah meh tgok some example conversation yang pernah cheida alami:


Situaisi pertama : Bab Nikah- kahwin
Lokasi : Pasar Malam.


  • Rakan:  Wey hang lama tak nampak ida.. buat apa sekarang?
  • Me :  La hang ka.. ooo aku sekarang tangah beli barang la.. tak kan mai meniaga plak ( Dalam hati jumpa lagi minah ni)
  • Rakan:  Hang ni maksud aku hang keja mana la ni.. Makin sihat nampak.
  • Me:  Kerja kilang ja kuli biasa-biasa.. Sihat la law sakit dok spital dah (ok saya dah menyampah sama dia)
  • Rakan:  Hang bila lagi?? dah lama aku tunggu nak makan nasi minyak hang??
  • Me: La awat tak habaq jom aku belanja kat kedai mamak depan nu.
  • Rakan: Buat lawak plak hang ni.. bila lagi nak kahwin aku dah anak tiga ni.. belajar apa aih tinggi-tinggi nanti masok dapur juga 
  • Me:  LOL??? Apa punya tur la hang ni.. tak pa lah ang buatlah anak sampai 10 pon selagi tak sampai jodoh aku lagi tu aku tak menikah lagi pon baru 2++ kalot nak nikah pa aih.. enjoy la dulu tak nak aku macam hang dok umah jaga anak ja.. boring life.. wakakakaka tak pa la wey lepas ni jangan bagi anak hang mengaji tinggi-tinggi nanti masok dapur juga wat rugi ja.. 
  • Rakan: Amboi aku melawak ja tak kan berasa kot.. hmm tak apa lah aku blik dulu na.. nanti apa-apa sms la.
  • Me: ok insyallah bye..


Itu situasion pertama!! asyik tanya pasal bila kita nak kahwin seyesly aku fed up ngan membe aku yang ni.. even dia kawan aku dari remaja dan dia berkahwin remaja aku tak dapat terima otak dan pemikiran dia yang cetek tu!!

Then ini situasi ke2 perbualan aku bersama akak2 kilang yang veteren. AKAK VETEREN (AV)
Lokasi cafe kilang:


  • AV: Nurul kak dengar cita hang nak bertunang betoi ka. (depa panggil aku nurul kat kilang)
  • Me: Ha ah kak kenapa (mana dia taw plok ni... adoii)
  • AV: Baguih la.. bila tu.. wat kenduri dak..Hang bertunang ngan orang mana.
  • Me: Baguih pa bukan nikah tunang baru.. Kenduri kecik2 ja nanti yang besar saya panggil la.. orang perak..
  • AV: Owh tak jauh mana la.. Hang jangan la tunang lama-lama tak baguih.. tak elok.. tunang buang 3 bulan pastu nikah teruih
  • Me: amboi kak oii ingat nikah ni benda mudah ka.. sapa nak tunang lama-lama kak oi.. law ada duit sy nak nikah ja teruih main ngan duit ni tunang pi la lama ka sat ka.. awat kak nak sponsor mai ka 50k bg kami?? nikah la bukan macam dulu.. Lagi pon apa yang tak baguih tunang lama-lama ni berdosa ka?? tak kan..
  • AV: dak aih kak nasihat ja.. Tunang ni banyak dugaan.. wat simple-simple sudah la wat yang wajib senang.
  • Me: cakap senang la... kak pon law anak kak menikah mesti nak yang baguih2kan tak apalah kak sampai masa saya pangill ja kenduri na..


Korang nampak tak mentaliti ni?? Bila kita tak kahwin lagi sibuk tanya kita bila nak kahwin. Bila kita bagi tahu kita dah nak melangkah kealam perkahwinan ada pulak bunyi sumbang itu tak elok ini tak ok?? Adoii aku percaya hampa kat luar pon alami macam aku kan then situasi kahwin plak aku andaikan macam ni

MK Sibuk: kamu tak ada apa2 isi lagi ke cieda 
Me: blom rezeki lagi.
MK Sibuk: ce g berubat kg tu makan itu ini berurut rahim balbalabalabala
me: (-_-!)

bila ada anak plak bunyi macam ni plak

Mak cik sibuk: Anak dah besar tu bila nak tambah anak lagi 
me: mak cik sibuk sgt pehal tolong beranakkan bley (huwawawa kalau tak tahan sgt boley keluar kot)

then bila beranak kerap pulak macam ni plak

Tukang sibuk : Beranak kerap-kerap tak letih ka.. tunggu la abg/kakak besar cikit
Me: Tumbuk terus mulut dia ahahah


so korang ley nampak tak mentaliti masyarakat kita.. Macam aku lah kau nak kahwin muda ke tua ke lantaklah.. aku tumpang heppi bila kau bahagia..Bila tak ada anak itu semua rezeki dari allah korang tanya pendapat aku bagi.. Benda ni seyes berlaku dalam masyarakat kita.. Aku mempunyai rakan yang berfikiran berbeza-beza dan bersyukur dari situ dapat mematangkan aku untuk menilai dan berfikir secara matang dan waras.

Kepada anda semua mintak dijauhi sikap sebegini ya.. Kita tak tahu hal ini menjadi satu pekara yang sensitif buat sesetengah individu (aku relaks je cuma rimas hahah). Zaman sekarang ni dah ramai yang berkahwin lewat dan ramai berkahwin muda. Kita janganlah berfikiran cetek untukmenyakkan isu-isu peribadi orang ye!!

p/s: mintak dijauhkan sifat begini..

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)