Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, January 30, 2013

Tailor oh tailor...

As-Salam

Hi Alls..
  Cheida sekarang ni tengah bengan sama tailor cheida.. Korang bayangkan la.. cheida pergi tempah baju dan semua material kain cheida ambil dengan dia dari bulan 12 tahun lepas lagi dan cheida bg tempoh dekat dia siap hujung bulan ini dan dia cakap apa..  "hmm u datang ambil la 24 januari then kita fitting boley otter mana bahagian yang tak kena"  ayat dia macam ni lah, so cheida pon ok sajalah bila fikir balik nanti nak cari tudung lagi dan sempat cheida jahit veil cheida match ngan baju, (memandangkan kain pon ambil dari dia)
Then whats happening???? Last 24 jan dia call cheida..   





 So conversation dia be like this:
Tailor : Erk hello ini miss chieda ke, i sini fiona call maw tanya sama u hari tu u cakap maw warna pink apa pink arr...

Me:   What!!!!! Apa pink u tanya??? Helllo its sapposed tommorow i will pick up my dress ok so whats going on?? (huwaaa cheida sudah melenting!!)

Tailor :Talak itu hali i sulah call u tapi talak lapat.. so today i confirm u maw itu pink kan.. macam mana pink u maw??( speking pelat2 mandrin ka hokkien cheida pon x tahu dah..)

Me: Hey helooo u tanya i apa pink lagi??? i already told u light pink not to dark any pink im okey with thats i saw u write down on the noted so where ur noted? (huwa marah punya pasal terus pandai skeping)

Tailor : Ya i tahu i maw confirm saja

Me: whats confirm?? hey u taw tak i sepatotnya ambil baju hari ini tapi i saja tak datang sebab i ada kerja lain, u yang bagi date 24 januari so right now u tak beli kain lagi then want confirm again what pink??

Tailor : (Gelak2) sory ok u duduk mana nurul?

Me: Area BM

Tailor : owh sana BM.. Apa kata u pegi sana Al-Karia beli itu chiffon punya kain angkat kasi i..

Me: U panggil i beli sekarang!!! hey u ni kalau i tahu beli apa kain apa meterial apa panjang i tak panggil u beli untuk i taw.. then why u just dont say to me last month ask me buy by me self then it just left one week u ask me to buy it?? wedefak!!! (sudah macam maw tumbuk muka dia) U buat kerja gila macam ni bila baju i maw siap, u tahu tak i nak match tudung then macam2 lagi i nak buat

Tailor : Ok2 i pergi beli u maw pink kan?? pink lembut2 arr.. Ok2 i pergi beli tapi u tak boleh ambil itu pink lembut nanti i beli itu kasi 2 layer sama u dalam kasi terang nanti semua cerah-cerah u nampak lagi gemuk!!

Me: (dlm hati sempat lagi kutuk aku gemok) I tak maw tahu yang I nak tahu dalam bulan ni siap jugak kalau u tak boley siap i cancle deposit bagi balik

Tailor : ha okey2 3 hari boley siap jangan risau

Me: U buat tak cantik tak elok i tak maw bayar okey! u buat cincai2 u kena sama i ar.. U jangan main2 sama waa aaa..

Tailor : mesti cantik jangan risau i nnt fitting bg u semua bagi ok

Cheida letak terus fone dengan hati membengkak dan panas.. Then semalam cheida call dia selepas 3 hari dia janji boley siap

Me: Hello fiona i sini nurul nak confirm sama u baju i sudah siap belom?

Tailor: u punya resit yang mana aa..  (resit hilang ok hahaha)

Me: Yang baju pink last 3 days u said it would complete today

Tailor: aiyark wa baru potong kain oowhhh

Me: Agian!!! so bila boley siap ni hari tu janji 24 lepas 24 u cakap 3 hari sekarang bila plak tahun depan!!

Tailor:  U relaks jangan gabra.. boley siap punya u bagi i cukup bulan

Me: Hey cukup bulan ist 2 days more ok!! u baru gunting kain?? bila boleh siap.. apa i punya tudung nak cari benda lain kalau tak ada i boley relaks ini baju i taw.. lagi seminggu i maw pakai kalau tak siap u maw i pakai apa?? telanjang ka??

Tailor : aiyorrkk boley2 wa sibuk nii lagi 2 hari u mai angkat boley siap punya.

Me: Off fone!!



Huwargghhh koranggg baju tak siapp sedihnyaaa deposit dah bayar.. apa jadi niii tekanan dah cheida.. Kalau dia tak boley buat cakap je la dari awal nak kain.. ini skrng ntah apa2 benganye..
seyesly sebal ngan tailor!!

p/s: kalau tahu macam beli ready make je lagi senang!!

Wednesday, January 23, 2013

Engagement My sweet hearts!!

As-Salam..

Hi alls..
huwaa belog cheida dah basi eak.. hihihi.. bz benor cheida sekarang actualy no idea at all..
and sangatlah busy dan sangatlah sibuk tak sempat mengupdate blog...

Hahah oklah jom layan pic engagement kawan baik cheida since tahun 2001 uollsss...
huwaaa lama tak?? dah hampir 12 tahun kita orang kenal!! hahaha.. So jom share some pic kawan cheida sekitar majlis pertunangan dia.



Tadaa!! inilah my sweet heartss uhuuuu cantikkan dia.. mata dia origenal coklat okes!! myahahahah flawless kulit dia.. Nama dia Nur Haslinda. Cheida pangil lin.. Tak sangka dalam diam dia nak bertunang cis!! sampai hati tak bagi tahu cheida dulu sampai mak dia pecahkan rahsia sobkh sobkh.. i merajuk okeyss.. hahaha tapi kejap je hihih :P then cheida pulak yang sibuk nak siapkan itu ini buat dia hihi..


Korang nak tahu veil, tudung dan bunga tangan cheida yang make over kan.. hihihi.. tak percaya??
Hahaha cheida pon tak percaya.. tapi seyesly cheida yang jahitakan cincai2 je... simple as her wish..
nanti review lain veil dia. Tudung tu cheida just tambah blink-blink tu je since dia tak mengunakan sebarang aksesori so veil di atas kepala cheida beratkan sikit deco di atas kepala..


cantikkan dia.. huhuhu


see bunga tangan cheida buat (okes bohong mama yang buat hahaha)


Dan ini adalah.. bakal tunang orang erk?? haha


Buat lin sayang wish u happy life ever.. semoga hubungan yang dibina kekal hingga hujung hayat aminn


p/s: camera hp je. camera dslr hilang huu sedihhhh..


Thursday, January 17, 2013

LISTEN!! LISTEN!! LISTEN!! PAH1M (PUSAT HAIWAN 1 MALAYSIA)

AS-SALAM..
Sejak 2 menjak ini issue listen sedang hangat diperkatakan so jom SANTAI PETANG.. SHARING IS CARING JOM LAYAN


   Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu." Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport." Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh

sumber dari: email rakan sekerja..
p/s:sumpah baca sambil ketawa mengalirkan air mata.. hilang stress kerja sekejap muahahaha
apa pon tak boley belah..

Terlanjur...

As-Salam..

Hai peeps!! How u doings guy?? (erk speking plok??) hahahaha
Ganas tak Tajuk entry?? Terlanjur?? Omaiii!! Terlanjur apakah ini?? Hmm sebenarnye tak ada apa..
Cuma ahad lepas cheida ada menerbitkan satu entry merupakan luahan hati cheida terhadap insan yang paling rapat dalam hidup cheida sendiri..


Masa tu cheida sangat beremosi dan sedih, terkilan dan macam-macam la terhadap dia.. Dengan pantas jari jemari menaip satu entry yang cheida rasakan agak melampau dan sepatutnya cheida TIDAK menerbitkanya...

Terlajak perahu boleh gostan,terlajak kata?? Hmmm Entry pon cheida dah padam namun cheida rasa ada, 2,3 rakan yang sempat membaca dan meninggalkan komen..

Seyesly, Entry tersebut bukan niat mengaibkan dirinya!! TIDAK!! Tak pernah terlintas dihati untuk mengaibkan dirinya.. Semua berlaku kerana cheida terlalu emosi dan sedih sangat memikirkan nasib diri yang tak habis- habis dirundung malang... Namun cheida redha mungkin ini adalah ujian dari illahi. Untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita terhadapnya..


Korang semua.. Doakan terbaik buat cheida ye!! agar di permudah urusan cheida nanti..


p/s: menghitung hari bhahahahah

Friday, January 11, 2013

Gadis Libas penyamun!



TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.


Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.


Perghh sempoy la budak ni aku respek gila.. Sayangkan nenek dia terus naik hantu ligan penyamun!! wahahahaha!! Yes!! Itulah wanita sejati!! mempertahankan maruah harga diri dan orang tersayang!! Hey ladies jangan mau dibilang lemah!! (erk asal lagu rossa keluar plak ni) hihihi

sumber: harian metro
p/s: nk jumpa la budak tu respect gila!

Monday, January 07, 2013

Sagmen: Saya Blogger Negeri



As-Salam..

Jarang cheida join sagment so kali ini nak join sagmen dr blogger Fizgraphic.

Cheida blogger asal dari negeri Pulau Mutiara ehek tak tahu ke negeri mana?? Negeri Pulau Pinang A.K.A Penang mali.. Tapi cheida bukan anak mami naaa!! hahahhihihi..
 
Hohoho tempat yang best dekat Penang ni setakat ini cheida suggest korang yang gila hiking or berkhemah jom kita pergi pantai kerachut, Taman negara Pulau Pinang. Lihat keindahan pasir pantai yang belom tercemar dimana ada penyu mendarat taw untuk bertelur. Ada lagi satu tempat baru untuk beriadah dekat teluk bahang juga Penang Escape Theme tempat ini bagus untuk beriadah bersama keluarga atau teman-teman. Makanan yang best pulak!! hahah Macam-macam dok ada habaq mai nak apa?? Nasi Kandaq dia.. Laksa penang, pasemboq, rojak tonggek sebab apa panggil tonggek tonggek sebab orang makan sambil tonggek la hahha (cheida beli bungkus okess haha sopan cikit anak dara) dengan Char Koew Teoy! Perghh meleleh ayaq liuq habaq hampa!!. Penang ni apa yang best eak.. Erk yang best tak ada AES lagi kot wahahahaha!!! Ups!!

Tag blogger : kak ena : kak suria

Thursday, January 03, 2013

6 Jenis Wanita Tak Layak Jadi Isteri



  1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.

 2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.

 3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.

 4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.

 5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.

 6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26.




p/s: semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat begini aminnn





Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)