Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah

As-Salam


salam maal hijrah buat semua rakan blogger..
semoga segala urusan kita padan tahun ini dipermudahkan olehnya..
amin





p/s:semoga kita lebih istiqamah dalam melakukan  perubahan dalam kehidupan amin


Wednesday, November 14, 2012

Hilang Tiada Ganti.. Bayar sampai mati!

As-Salam..

Hi alls!! how are u.. acececec speking plok cheida ni.. Selamat menyambut depavali bagi penganut agama hindu.. cheida? menyambut depavali di kilang wakakakak... wel welll wellwelll.. (bos tak ade seminggu dia cuti wehaaaa)

Hmm by the way sebenarnye hati masih lagi berduka cita atas kehilangan EN DSLR... huuuuuuu menyesal?? marah?? semua dah tak guna.. Hilang tiada ganti.. bayaran sampai mati!! Hutang tetap kena bayar.. Apa boleh buat nasib badan..
kenangan bersma endslr...

Nak beli lain?? adoiyaii bukan murah taw... Bukan senang nak dapat.. huuuu sedih sangat...
sangatlah sedih.. tak tahu nak cakap apa... hmm mood masih bingai..

last pic from en dslr.. huuuuu

Till then..

Monday, November 12, 2012

Hilang dan Sia-sia..

As-Salam...

 Hmm sedih sangat.. dah 3 hari rasa hati tak tentram.. Camera kesayangan cheida hilang!!
Canon DSLR.. baru beli baru pakai hutang pon tak abis lagi hilang macam tu saja....

hanya kenangan!!
   Camera tu cheida simpan dalam kereta.. dalam bonet la.. then last week uncle datang mintak pinjam kereta sebab wife dia masuk hospital.. Dengan rasa perikemanusiaan bagilah pinjam for one week.. Dia datang amik kereta time cheida tak ada dirumah.. keluar ngan kawan jap.. terlupa nak bagi tahu.. ada camera.. Then hari sabtu pergi rumah dia nak ambil kemera coz ahad ada nak pergi wedding kawan lama dekat taiping.. pergi rumah dia malam tu.. bukak bonet kereta!! HILANG!! TAK ADA!!
 
    Bila tanya dia.. dia jawap tak tahu... ARGHHHH senangnye jawapan.. Cheida dah susah hati.. dia cakap dia tak tahu ada camera belakang tu.. So cheida terus ajak mama balik nak cek dekat rumah kot2 tertinggal.. Tapi sampai rumah.. memang tak ada.. huwa!!! meraung setengah gila!!! ya allah!!! Cheida bayar tak habis lagi ngan AEON camera tu... sengaja ambil sebab nak bg nampak hasil duit gaji bekerja!! complete set beg lens and charge dalam tu... Korang rasa macam mana law kena kat korang?? Kalau hilang diri sendiri punya tangan ye lah padan muka sendiri!! Tapi dekat tangan orang!! Sakit jiwa!! arghhhh marah?? maki?? Ganti rugi?? huh!! nak makan bulan-bulan pon tak cukup bayangkan dia nak ganti balik.. bayangkan korang lepas ni 2 ratus sebulan bayar tak ada hasil... huuuuu im really sad now!! kita buat baik.. bagi pinjam harta kita jagalah baik-baik ini tak.. madu dibalas tuba...




p/s: buat baik berpada-pada.. buat jahat sekali sekala!! huuuuuuu
sedihnya!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 08, 2012

Kena belasah sebab Facebook

KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu.
Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.
Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.
Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.
Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

p/s: macam ni punya pon ade ke?? berhati-hatilah lepas ni kalau nak keluarkan statement or komen yang pedas-pedas di face book hiohihi (pesan untuk diri sendiri juga)

Sumber Kosmo

Takziah...

As-Salam


    Entry kali ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat rakan blogger kita iaitu Papa Blogger yang telah kehilangan ayahandanya yg tercinta... sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah en azmeng..




p/s:  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
 Surah Al-Anbiya’ ayat 35

















Wednesday, November 07, 2012

Congrats!!!

As-Salam..

Weeeeeha!!! This month every week!! Penuh undangan perkahwinan!! yay!!! so!! sila keluarkan  baju kurung raya yang telah diperam selepas raya pertama hahaha...

Tahniah diucapkan buat mereka!! Semoga bahagia hingga akhir hayat... insyallah hingga ke syurga kelak..

Meh cheida nak tayang cikit gambo-gambo cheida inteprame sepanjang musim kenduri dari awal tahun hingga november yang telah berjaya cheida hadiri hihi


My sweet housemate from PSP..
My jahat housemate n her jahat hubby  right now waiting
they 1st dilevery baby on this januari maybe hihihi 

pengantin remaja :) 
my clasmate.. Dieda n her hubby.. waiting for new baby..

pengantin perempuan sahaja yang ada yg le laki hilang haha
ieda n syafiq


Jiran kaltil dan loker masa sekola dulu haha Famiza with her hubby

Our FBO (final buy off bukan FBI ok) finally haha ..
harap2 past ni slow ckitlah volume tu hahhaa

Thats for all actualy banyak lagi tapi just letak yang ada je lah eak.. hihihi ok this week until end of dec atur lagi okesss.. rumah tutup periuk dapur off!! hahah erk cheida bila lagi?? lalalala no komen...
Till Then~

p/s:all photography n editing done by me :)

Tuesday, November 06, 2012

Harga Hantaran!!

As-Salam...

Wahaaahahaha.. asal tetiba sebut pasal harga hantaran ada apa-apa ke cheida... hihihi Tak ade apa pon just nak share ngan korang hasil google cheida tadi.. dan ini hasilnya...

 Actualy semalam ada lah berbual ngan mama cheida pasal perancangan bulan ogos next years.. (setalah 100X bergaduh n berbalah mengenai tarikh tuttt!!!) Then mama cheida pon cakap dia tak kisah bila pon dia ikut je cheida ngan .......... hihihi

Abis bab tarikh masuk bab letak harga hantran.. Mak Aiiii bila cheida dengar harga yang mama nak letak..
Terus terang cheida cakap nak pengsan dan pitam!! Dalam hati terpikir.. Mak aih mampus la dia.. mana nak korek duit??? macam mana respond family dia.. macam mana ni macam itu ke macam-macamlah dalam otak.. Then cheida pon cakap la.. mahal sangat  kot mama.. nak jual anak dara dia yang sorang  ni ke hihihihi (cheida anak tunggal ye harap maklum). Then mama cakap ala abg tut!! kerja kilang ja spm tak pass pon boley cari duit basic dot dot sdot.. Takkan ang punya .......... tak boley cari.. Glup!!! Mamposlah kamu noreh lepas ni hahaha...

Bila fikir-fikir balik.. kenapa harga hantran mahal sangat sekarang ni? Adakah faktor peningkatan kos harga bahan mentah @ ia nya sekadar trend??

So sekarang ni meh kita review sedikit tentang budget pertunangan 1st yang cheida dok ada

Baju = Rm200
Fotography = Rm 700 (complete with album and frame)
Mini Pelamin  with make up = Rm 400 
Perlu ke?
Katering @ Jamuan tetamu = RM250.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)
So total for tunang lebih kurang RM 1900.00 - RM2000.00

Hadoii mana nak cekaw duit..

So kalau ikut benda yang penting or wajib ade je..  or means biasa2 jadi mcm nilah.

Baju = Rm200
Katering @ Jamuan tetamu = RM25.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)




Make up/photography = buat sendiri (means pangill sedara mara or sahabat bidang terjun tolong)
No mini pelamin.. sekadar salam tgah ruang tamu ja.. hihihi
aku snap sendiri hihih :P

So safe bapa hinggit? means RM2000-RM400-700 = RM900 - RM1000
WOW!! Safe 1K..

So apa pendapat korang?? Mengikut kewajipan @ mengikut trend??
Pendek cerita tepuk dada tanyalah iman kalau selera confirm kita nak yang budget 1st tadi kan huhuhuhu..
Tapi selalu orang cakap biarlah perkara macam ni menjadi kenangan dan terbaik seumur hidup kita..
Tapi adakah kenangan itu yang penting dari membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia hingga keakhirat kelak??
huhu tepuk dada tnyalah iman ye.. bukan tanya aiman..

P/S: semua ni bergantung pada budget.. kalau besar budget maka besarlah impian anda.. kalau sikit.. sikitlah impian anda hahah...

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)