Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Saturday, October 06, 2012

Longhat Baling

As-Salam!!

Hype!! Arigato!! Salam sejahtera!...

Korang pernah dengar tak satu daerah di Kedah Darul Aman. Daerah tu namanya BALING.
Ha?? BALING?? Baling apa?? BALING KEDAH la hahaha.. yup!! di Kedah terdapat satu dearah namanya Baling. Daerah yang agak besar terdapat beberapa buah mukim.. dan perkampungan yang unik disana.. Nak taw lebih lanjut silalah google sendiri hahaha.. kejam tak cheida?


Okes bukan nak promote tempat.. Tapi cheida nak ajar beberapa dialek @ loghat bahasa BALING.
Eh cheida bukan orang penang ke? macam mana tahu loghat baling pulak?? Sebenarnye... Mama cheida asal  Baling.. mukim mana?? rahsia hihih.. sebab tu la cheida tahu.. hihi lagi pon raya tiap2 tahun balik Baling taw!!

Sebenarnye loghat baling ni kalau orang pertama kali dengar.. orang akan confuis.. sbb dialek dia seakan-akan dialek Kelantan. erk da sesetengah orang cakap macam patani pon ada.. hahaha

Okeh!!! Jom mulakan kelas!

  • Balik / Pulang = Kelik
  • Sarapan = Beseghor
  • Kalut = Loghat
  • manis teramat = Manih melenting 
  • Cantik/lawa  = Jangok mengetek
  • tidak cermat/ beradab = nana
  • Balik dulu = Kho dulu
  • Ligan / Halau = Berghambat 
  • Degil = Babey
  • jangan kalut = O' lu
  • angkat = Hakek
  • gaduh = gomo
  • Buang = Thok
  • kotor = damuh
  •  Pelawa = semawa
  • Air = A
  • Tak tahu la = Tak tuh dey
  • Pukul = Taboh
  • Datang tak lagi?/ dah sampai belom = Mari dak gi?
  • tak la = Dak dey
  • Elok dah = Molek dah haih..
  • asyik duduk diam dalam bilik = kor dok kerok dalam bilik tue..
  • budak-budak ni = kobudak ni
  • mereka = dema
  • beri tahu = ghoyat
  • bukan la = dak dey



erk ok sampai sini dulu eak tetiba kehabisan ayat.. hahaha bersambung di entry lain..
insyallah

p/s: sumber rujukan adalah mama dan diri cheida sendiri hihihi..




Tuesday, October 02, 2012

Produk Shaklee

As-Salam..

Wah lamanye cheida x hupdate blog ni huhuhu.. kesibukkan kerja menghalang dr cheida berfikir idea-idea untuk update blog cheida... Hanya mampu berfikir macam mana nak satlle kerja yang menimbun.. wakakakak..

okes kali ni cheida nak review product cikit.. pernah dengar tak pasal produk shaklee. Produk ni sedang hangat diperkatakan di pasaran. Banyak penguna bagi feed back yang bagus. 

Ok meh cheida share salah satu product yang terdapat dalam shaklee ni.



Kelebihan Vitamin C Shaklee berbanding Jenama lain Di Pasaran


Dalam banyak-banyak vitamin, vitamin yang paling saya kenali adalah vitamin c. Ini kerana sejak dari kecik, jika ke klinik, vitamin c kanak-kanaklah yang akan dibeli abah untuk dibawa pulang. Kami adik beradik memang ambil suka dengan vitamin c masa tu tapi tidak pernah tahu apa kepentingannya.

Setelah dewasa dan mengenali Shaklee, sa
ya lebih teruja untuk mengetahui khasiat vitamin c terutamanya vitamin C Shaklee kerana ada perbezaannya berbanding Vitamin C lain.

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C
Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.




bawah ni contoh pic testimoni bg product shaklee. Tengok hasilnye.. cantikkan u ollss..



Mana nak dapat product ini? anda semua boley add FB Cik Nafisah. Contac no 019-433 0815 email:gobok_n9@yahoo.com

Thursday, September 27, 2012

Best Quotes



p/s: sepahit mana pun kebenaran.. Jauh lebih baik dari pembohongan yang indah hanya sementara

Pesanan Hawa kepada Adam...

Wahai Kaum Adam!!
Tolonglah!! Tolonglah jangan menyakiti kami kaum hawa!!
Berhentilah memberi seribu pengharapan kepada kami!!
Jangan pernah cuba untuk memberi kami impian yang tak pasti!!
Jangan pernah untuk menyatakan hasrat menjadikan kami sebagai isteri
Namun tidak pernah berusaha untuk membuktikan apa yang dinyatakan...
Menjauhkan diri dari kami apabila mengahadapi masalah yang ada penyelesaiannya..
Janganlah memberikan alasan yang tidak munasabah bila kau sudah tidak memerlukan kami...

Wahai Kaum Adam!!
Tahukah engaku untuk apa kau diciptakan buat kami??
Apakah tanggungjawabmu setalah kau menerima qabul dari ijab yang dilafazkan??
Mengertikah kau akan apa tangunggangmu keatas diri kami kaum hawa??

Wahai Kaum Adam..
Tegarnya kau menyakiti hati kami yang rapuh dan nipis..
Kau mengajar kami erti kehidupan dan mengubah kami kearah kebaikan..
Namun kau jugalah menghancurkan segala pengharapan..
Apakah erti semua ini???


Berhentilah kau wahai Adam..
Berhentilah kamu dari menyakiti hati kami sang Hawa..
Kasihanilah kami.. kerana kami adalah..
Hawa Yang Memerlukan Adam disisi..
Untuk membimbing kami kearah jalan yang tulus...
Memberi kami pelindungan, serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...


















Sunday, September 23, 2012

Maru VS Momoi

As-Salam

Sejak beberapa minggu ni.. cheida tak dapat berenti dari download gambar si maru dan tgok video si maru ni.. waaah sukanya!! suka sangat dah jatuh cinta sama si maru ni!!! huwaaaa... mom!! i want it!! kalaulah si maru ni ada kat malaysia.. dah lama cheida gi rompak.. ups... hihihi
Maru ni kalau tengok dekat U-tube.. sangatlah lincah! comel! dan yang paling best dia suka kotak!! masok dalam kotak!! hahaha comel sangat tengok aksi maru!! hihihi


huwaarghh malasnyeeee

chak!
iyah iyahh!!
Tengoklah aksi si maru tu.. Comel kan.. hahaha... Hmm bila tengok maru.. teringat dekat momoi..
Momoi?? Sapa plak momoi?? Momoi tu kucing cheida la.. tapi dah arwah.. sobkh sobkh... huuuuu..
sedeynye... rindu sangat sama dia... Mati sebab apa? sebab ada manusia berhati kejam letak racun dalam makanan lepas tu bagi dekat kucing-kucing di sekitar taman.. (sebab banyak kucing mati time tu.)

sedapnyee tido..
Cheida memang tak kurung momoi.. sebab momoi tak macam kucing lain.. bila tengok maru teringat sama momoi.. fizikal momoi hampir sama ngan maru.. lepas tu suka tido kangkang..

Huhuhu tapi momoi malas..  Sangatlah pemalas..
Dia tak lincah macam maru.. sikit-sikit je.. yang dia pandai mengorat.. masuk je musim mengawan haiiii... selagi tak lapar.. tak nampaklah muka dia...
Yang buat 1 family sayangkan momoi ni.. Dia bijak.. Kalau dia tahu orang tu tak suke dia.. (tak suka kucing la) lagi dia dekatkan diri sama orang tu.. hahaha..

Mama cheida memang tak suka kucing.. tapi sejak ada momoi mama cheida bukan main sayang..
pagi-pagi gerak kita orang dah pukul 6.. Bukan apa time dia sahur la tu.. hihihi...

arrhhh rindu sangat sama momoi.. bila panggil dia momoi!!! dia mesti menyahut.. meooww lepas tu belari datang kat kita... huhuhu..... sekarang tinggal kenangan.. momoi dah tak ade.. sunyi je.. huhuhu..

Im am Momoi

pura-pura pengsan sebab tuan tak nak layan..
Ni lah pic pengubat rindu cheida dan video pendek cheida usik dia.. huhuhu tinggal kenangan..
Wishlist!! Nak cari kucing lincah dan besar macam maru dan momoi!! hihihi

Till then~~

Thursday, September 20, 2012

Buat Mama

Mama…
Kau telah mengandungkan diriku selama 9 bulan,
Melahirkan aku sebulan selepas sebulan kau menyambut hari lahirmu…
Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
Menjaga aku ketika sakit…

Mama…
Kerana telah bersabar dengan segala karenah ku..
Mendengar segala permasalahan ku..
Menjaga segala makan dan minumku dari kecil hingga dewasa
Menyediakan segala kemudahan buat diriku…
Berkorban segalanya demi diriku..
Seorang diri…
Tanpa kasih seorang insan bernama suami…
Menahan telinga dari cacian mereka yang bernama saudara…
Membutakan mata kerana perbuatan mereka..

Mama…
Meskipun aku masih belom mampu menyediakan segala kemudahan buatmu
Sungguhpun  kehidupan kita tidak seperti mereka yang lain,
Sungguhpun kita sering bertelagah
Percayalah mama…
Itu semua bukan niatku menyakiti hatimu…
Aku juga manusia biasa…
Mempunyai hati yang rapuh dan sering membuat khilaf…

Mama…
Percayalah setiap dugaan yang kita hadapi kini..
Pasti ada hikmah disebaliknya..
Apa pun yang terjadi keatas dirimu..

Insyallah..
Aku tidak akan meninggalkan mu..
Hingga akhir nafasku nanti…
Kaulah ibu yang terbaik buat diriku…
Moga kau dikurniakan Jannah disana kelak…
Mendapat Rahmat segala yang terjadi pada dirimu..
Moga kau tabah menghadapi segala dugaan yang diberi..
Aku anak mu akan cuba membahagiakan dirimu…
Terima Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat diri ini selama 24 tahun,
Bersabar denganku selama 24 tahun…
Selamat Hari Lahir mama…
Yang ke 50..

hanya ini yang ku mampu 


Kudedikasikan lagu ini buat dirimu: 



Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)