Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Monday, February 27, 2012

Review...

Whats is review? Kalau guna google tranlset review adalah mengakaji.. dan kalau guna wikipedia  "A review is an evaluation of a publication, a product or a service". Untuk apa review ni? review inilah baru kita tahu tahap kita dalam perkerjaan yg kita lakukan selama ini. Sama ada bos hanya memandang kita sebelah mata, pandang 2 belah mata atau tak pernah pandang lansung.. hahaha.. selalunya review ini akan memberi keuntungan yg besar kepada kaki-kaki bodek bos!! (menyampah).

Disini aku selitkan petua-petua untuk mendapatkan review yg bagus:
  •  Ini cara paling bagus dan berkesan... Kipaslah bos anda selalu... kalau tak cukup sejuk guna plak aircond yg besar gedabak tu. Ini amat penting dalam menjaga peruik nasi anda..
  • Kalau dalam meting selalulah mengeluarkan suara anda (walaupun anda tak da kena mengena dalam meting tu). Bg idea yg bernas yang boleh mengimpresskan boss anda (walaupun orang tahu idea kau tu bodoh dan lansung tak impress).
  • Say yes setiap kerja yg diberikan walaupun kerja itu kerja bodoh2 and x de kena mengena langsung ngan keja anda sekarang (walaupun keja kau tu kau suruh orang lain yg buat). Lepas tu send repot email dekat bos macam kamu yang buat kerja tu.
  • selalu reply email bos. (walaupun email tu just FYI).
  • selalu ajak  bos minum petang, law rasa x cukup petang ajak breakfast skali. Tak cukup lagi ajak segala break yg ada. Law nk advance lagi ajak bos dinner ngan family korang dan bawa skali family bos...
  • Jangan melawan cakap bos... ikot ja apa bos suruh.. dia suruh terjun bangunan pon ikut ja.
  • selalu puji bos anda cantik/hensem (walaupun nenek dan atok korang lagi cantik dan hensem). lepas tu puji lah baju dia hari ni cantik ke, kasot dia lawa ke,rambut dia smart ke muahahahah...

Apa motif aku tulis semua tu.... aku pon tak taw...
hohoho pendek cerita hari ini aku ada review dengan manager aku dan supervisor aku... erkkk
apa result? aku pon tak tahu.. tawakal je... ( -_-")



Doakan terbaik wat aku...



Thursday, February 23, 2012

Curi Tulangg!!!






Okess.. this week aku nak share benda apa yg selalu dilakukan oleh pekerja-pekerja di mana-mana sahaja
untuk curi tulang or kat blah tempat aku panggil mengulat!!!

hoho....


1. Merokok.

Ni selalu dilakukan oleh kaum-kaum adam ditempat kerja... mereka akan pergi berjam2 menghisap rokok atau berkali-kali dalam sehari..  berapa kotak yg di hisap pon tak tahulah...
lu langsi.. lu mati..... hahahaha.... ada bran?


2. Pegi surau.

Ni favorite semua kakitangan muslim haha...
pergi surau berjam-jam.. hahaha... aku tak taulah semayang apa.. agaknya fardhu n segala - segala sunat di buatnya... orang dah zohor nak masok asar.. dia x habis2 lagi zohornya...



3. Pegi Toilet.

Sehari 4,6 kali pergi toilet.. kalau pi toilet tu tak sah kalau tak nampak muka dia. aku rasa kalau toilet tu boleh bercakap mampos kena maki and kena halau... hahaha... orang nk memerut pon tak senang dengar suara diaorang bergosip, bergayut dey apa da.. agaknya layan kot amik bau orang membuang muahaha..


4. Break time lama-lama..

Hahaha yg ni tak payah cerita la.. semua mcm ni punya.. mana tak lama... sambil makan sambil mengumpat.. mulut menguyap, mata meliar tengok orang kiri kanan.. hello nak makan ke nak apa nih??
sampai tahap kilang aku buat tracking track employe mana break lamalah.. kena warning 1st baik la kejap, lepas 2,3 hari muahhahahaha.... buat balik..





eh adi ko itu lah aron aziz yg aku cita kat ko tuu....


5. Tidur dalam surau @ celah- celah mana yg boleh...

ha ni slalunya akan di buat pada bulan puasa... time tu surau confirm... penuh..
bukan penuh orang mengaji ka apa.. tapi semua ZzzzZZzzz... (ni pun aku x buat muahahaha)





6. Main komputer.
Ni slalunya orang opih ske wat.. kunun busy ngan keja lah mengadap lapy n pc lama-lama.. tapi hampeh...
cube korang gi hendap pelan-pelan diaorng mesti diorang tengah chat,main game, pehbook.. and macam2 la... law korang tgok fb dia. tiap2 hari ada ja update,tiap masa, saat, ketika.. sampai penuh new feeds.. update konon dia busy la...  "ewwwww busy la hari ni..."   "bnyak keja la hari ni" alahai bnyak menda cik kak oi kalau new feeds tu penuh nama ko je... (-_-") huh tensyen kalau kena berurusan dengan orang mcm nihh!! (Selalunya perkara sebegini berlaku di kaunter2 urusan kerajaan)




itu saja entri aku kali ni okes adioss... ahahaha

Thursday, February 09, 2012

ﺃﻟﺴﻶﻡﻋﻟﻳﻜﻡ


Hi alll... hari ni rasa boring sangat buat kerja kat lab.. huhuhu...
So aku terasa nk share something ngan korang semua berkenaan tarikh lahir islam dgn sifat peribadi seseorang.
Semoga yg baik dijadikan tauladan yg buruk dijadikan sempadan...Semua yg berlaku hanya kebetulan hihihih... renung-renungkan dan selamat membaca hahaha...
Aku cuba selitkan date converter but x boleh plak or maybe aku yg tak pandai hahaha. So pandai-pandailah korang kira eak birthday korang dalam bulan islam.
Anyways enjoy for all and have a nice day.


 

TARIKH LAHIR DALAM ISLAM
Muharram :
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat
didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana
bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia
mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada
dalam selamat.

Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui
kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk
menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya
menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal:
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang
menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah
kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya.
Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JamadilAwal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi.
Berani dan nekad. Kadangkala melakukan
sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu,
keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil
usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu
dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila
dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu
mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang
tuanya.

Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya
patut mendidik dengan baik agar dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa,
dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa
kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa .

Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak
putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik,
berbudi bahasa hingga semua orang suka
kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam
segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki .

Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia
tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak
suka membanggakan dirinya dan kehidupannya
selalu selamat.

Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan
tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi
susah kerana perangai keras hatinya dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.

Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu
banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil
yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi
keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang
memuaskan.

Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah,dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.
Jadikanlah diri peribadi dirimu sesuci mawar putih, ibarat mawar berduri,
dipandang cantik disentuh terluka jari.

Thursday, January 19, 2012

Rahsia disebalik darah

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

 
Okeysss!! hari ni aku terasa nak share tentang rahsia disebalik darah ngan korang2.. hihihihi.. sebab kat tempat keja aku rajin ada program derma darah.. so aku nak terdapat la cikit info berkenaan darah n sifat peribadi seseorg.. terpulanglah kepada korang nak caya ke x.. hihihi



Anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

p/s: terpulang kepada individu nak percaya @ tidak semua ini hanya kajian semata2...




JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri

Sunday, January 01, 2012

Good Bye 2011

   Setahun sudah berlalu maka bertambah lagi la angka usia kita.. allhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati udara dimuka bumi allah..


    Sepanjang tahun 2011 bnyak kenangan pahit manis yg telah kita lalui...
ramai sahabat2 ku yg telah menamatkan zaman bujang, melangkah ke alam pertunangan dan bakal @ sudah bergelar ibu dan bapa.. tahniah aku ucapkan... 




 Dan x lupa juga pada yg kehilngan insan tersayang takhziah ku ucapkan.. sama-samalah kita menghadiahkan al-fatihah buat mereka.. semoga roh mereka ditempatkan bersama org yang beriman Amin~..










Tahun 2011 mengajar aku erti sebuah kehidupan yg sebenar.. banyak perkara yg aku lalui meski pun aku tersenyum namum di hati hanya tuhan yg tahu...


Alhamdullilah kehidupan aku pada tahun 2011 berjalan lancar.. meskipon tidak sempurna seperti insan lain namun aku bersyukur kerana allah memberi aku kesempatan bersama ibuku yg tersayang selepas tragedi hitam pada 26 november 2010....


  Aku percaya rezeki ada dimana2... nikmat allah kurniakan tak putus2.. begitu juga bala yg diturunkan.. menguji kita akan kealpaan dan kelalain kita terhadap dirinya...


    Aku tertarik akan post seorang kawan ku di FB wall.. "saya tak pernah berazam tetapi saya selalu merancang" nice post for me.. yup!! i never have dream but im always plan whatever i want it.. i try to get it.. but not all what we plan will be done.. dan aku percaya tuhan merancang sesuatu yg lebih baik buat kita 

And the last things is welcome 2012... the end of the world..




 aku akhiri rentetan kali ini dngan video ini buat permulaan tahun baru ini...

Thursday, December 08, 2011

sakit oh sakit..

Dah lama aku x update blog.. tadi bkak FB ternmpak adik tu update blog.. aku pon trasa rajin plak malm nih.. hahah..


2 mlm aku kat KPJ perda.. SEBAB excident la.. hihihi ntah mcm mana aku blah moto tu x lpas skali tergolek mcm nangka busuk da..


naik ambulans mcm teruk padahal luka sikit je hihihi... tapi bleh tahan la pedih hihihi 
meh aku share pic aku excident hihih






aku x taw apa motif dia buh bnda nih kat aku sbb bukan masuk ubat or pape.. just amik darah 2 botol je hihih
luka buat aku jalan mcm org dlm pantang hihi
 
pedih lalallala



















give from company hihih tq



well well well hihihi

Sunday, September 11, 2011

al-fatihah

“kak bangun… mama nak balik kampong ada mayat” ibu mengejutkan aku pagi tadi… aku nak tanya sapa yg meninggal tu? Katanya mak wa piah… aku sendiri pon tak kenal, aku bersiap ala kadar dengan rasa malas… lebih kurang 1jam setengah kami sampai ke rumah yg dituju. Aku sendiri tak kenai dengan tuan punya rumah, hanya ibuku saja yg tahu dan mengenali mereka. Terdapat beberapa orang disana saja yg aku kenali… zaman beredar begitu cepat sehinggakan tali silaturahim antara kami semakin renggan, aku melihat sekujur tubuh tepaku, tidak bergerak sedang dimandikan. Terasa keinsafan melanda dalam diri ini. Aku melihat sekujur tubuh dikafankan.. sayu hati melihat saat ahli keluarga arwah mengucup jenazah buat kali terakhir..

  suatu hari nanti kita juga akan mengikut jejak langkahnya..
Sekarang kita mampu lagi untuk berdiri dengan sendiri, berjalan dengan sendiri, mandi dan makan semua dengan sendiri. Semua nikmat yang allah berikan didunia ni hanyalah sementara, bila-bila saja akan ditarik olehnya..




 Teringat aku ketika suatu masa dahulu ibuku terlantar, terpaku… koma selama 3 minggu membuatkan diriku ini kosong. Setiap hari aku pergi melawat.. tapi tiada sebarang respond yang diberikan olehnya.. sedih yang teramat sangat.. aku x percaya sekelip mata aku hilang segalanya…

 Setiap hari aku memanjatkan doa agar ibuku sembuh dan sedar dari sediakala… allhamdulillah, selepas seminggu mengharungi detik2 cemas ibuku sedar juga.. namun ibuku seperti kanak-kanak yang baru Bgun dari tidur.. agresif.. tidak dapat bgun, bercakap dan makan seperti biasa...



 Selama 9 bulan macam-macam rawatan dan kaedah yang aku lakukan untuk menyembuhkan ibu seperti dulu… allhamdulillah sekian lama ibu ku beransur pulih… walaupun lambat, tetapi alhamdulilllah aku masih berkesempatan bersama dengan ibuku untuk kali ke 2…

  Sekarang aku harus kuat dan tabah demi menjaga ibuku.. walaupun berat namun aku redha. Kerna setiap yg berlaku ada hikmahnya…

 Kehidupan kita didunia ini sementara.. ntah esok @ lusa mungkin aku juga akan mengikut jejak seperti arwah mak wa piah… semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

 al-fatihah buat arwah..
 amin~~

Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)