Awww Chak v(^_^)v

My photo
Minah Kilang yg suka merempit... Suka berangan... suka makan.. suka melalak.. suka suka nak buat apa... suka hati and suka blur.. hihi yang penting Just be my self V(^_^)V
HOME TIPS PETUA MADAH SHARING

Wednesday, November 28, 2012

Change the date!!

As-Salam...

Hi peeps!! Huhuhu Finaly!! Im clear all the job before the date line!! Yahoo!!!! hahahhaa
Dah clear 1 projek.. then tinggal lagi 3 bin nak clear untuk new build (erk macam korang pahamkan apa kerja aku).

So dalam kalut menyiapkan kerja yang banyak cheida,Cheida juga sedang kalut membuat persiapan untuk  step pertama cheida ke...........

       Cheida dan him plan untuk buat pada hari yang ada cuti umum lebih means? Hari yang ada cuti banyak.. contoh macam hari raya la. Tapi hari raya banyak pulak kenduri sedara mara him. Tukar ke 14.9.2013 hari cuti 1 malaysia jatuh pada 16 sept. Then cheida cek balik tarikh itu tengah bulan kan. So kena fikir juga sedara mara nak balik tgah bulan macam mana kan. Tukar lagi ke 31.8.2013. then Him pulak tak ok. Tukar lagi ke june pulak. Tetiba MUA yang cheida booking tu full on that day try tukar date tapi MUA tu still full huwa!!! sedihnye!! frust!!frust!!frust!!




   Than mama bersuara yang nak buat kenduri dekat rumah baru ni makan ruang dan sempit (sebab rumah flat je) dah pening pikir pasal tempat kalau buat dekat rumah baru mesti kena jemput jiran2 1 tingkat tu (-_-!) budget lagi!! adoiyaii majlis nak buat kecil-kecil aje!! huhuhuhu
 Ntah macam mana terkeluar cakap senang kita buat pada.............. maksudnye buat dekat rumah yang cikda duduk sekarang (rumah teres) ada ruang lebih untuk buka khemah dan pasang kerusi meja.

Then both side of us setuju ngan tarikh tu..BILA? hahaha for now.. let it be as a secret just counting the day hihi..


Till then....


p/s: finally i get tailor for my dress! yay!

Saturday, November 24, 2012

Kehidupan minah kilang

As-Salam...

     Haiii Peeps!! apa khabar.. adoiyaii bersawang dah blog cheida ni..  Penatnye bulan ni.. tak tahu lah nak cakap apa... Keja meninbum!! kejar date line... Kerja sebagai minah kilang macam ni lah jadinya..
kerja tak tentu jam.. Then bos sayang dan pilih kasih ikut mereka sahaja.. (means pilih kroni.. tak percaya?? meh try kerja kilang selama 3 bulan sebulan tak rasa apa kot)


       Bulan ni sahaja cheida kena clear macam-macam kerja.. pergi kerja pukul 7.30 balik sampai rumah 8.30.. hadoiyaiii.. Penatnya hidup.. Dan paling sedih sekali!! cheida tak boley claim OT!!! haiyakk!!!! Ini sudah bikin panas ni!! gila stayback hari-hari within 2 hours bersamaan rm30++ tak boley claim!!!!
 Siapa cakap kerja kilang tu gaji mahai.. memanglah mahal tak dinafikan tapi mahal sebab apa?? meh sini cheida nak kongsikan routine cheida bulan ni dengan korang

       1st month  Kena brainwash!! why?? why?? why??.. (sebab aku pekerja paling malas dan jahat hahaha padan muka) then  Review prestasi kerja.. buat draft HPD for next 2013 (HPD means target korang setiap tahun, matlamat korang bekerja disini sebagai apa? nak buat apa untuk majukan department dan company anda) Nak test kabel baru... new build.. clearkan new build yang ada dalam list..  Before end of november.. December transaction ke new job scope.. buat PM (Preventive  maintenance) kununnya sebab aku orang lama..

 Ok lets talk about my new click!

 Sekarang ni department aku begitu ramai muka baru sehinggakan aku merasakan aku terlalu tua disitu (erk maksud cheida pekerja senior hahaha bukan umur.. umur saya yang paling MUDA ok!)

    Technician baru masuk tapi gaji mahal dari cheida tapi buat kerja  aku sekarang ni, sebab apa mahal? Sebab ada pengalaman.. pengalaman dalam apa?? Automation pergh!!! wadefak!!! kilang aku kilang E&E la!! bukan automation!! (E&E electric and electronic manufacturing) sebabkan dia ca ya nun alip maka dia berkebolehan seperti mereka yang lain (-_-!) (berkebolehan untuk mendapat gaji tinggi sahaja)

     Then datang dekat korang muka ala2 nerd sombong je.. coz title is senior and lead!! lepas tu boley plak bodoh sombong ambil drawing korang dah file! ambil tanpa kebenaran then baca dari 8.30-5.30 ptg bersama dengan scematic yang ada... (dah seminggu aku melihat dia begitu apa dia faham aku pon tak faham) then pagi ni tetiba bersuara mengeluarkan idea yang ternyata dia tidak pernah bertanyakan kepada kami kenapa,mengapa dan apa yang berlaku didalam group ini.. Dan  bagai mana menyelesaikannya..
       
      Maka dengan itu aku dan geng-geng ku telah menyemburnya dengan ayat-ayat umpama mesin gun M16  kepada senior dan lead itu tanpa memberi peluang kepadanya lagi untuk bercakap.. dan akhirnya dia hilang kerana tekanan darah naik.. hahahha (hambik kaw)..

Begitulah serba sedikit lumrah kehidupan aku sebagai minah kilang.. Namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya allah masih mengurniakan rezeki kepada aku. Pada yang diluar sana janganlah pandah rendah kepada kami pekerja kilang.. sedarlah anda.. tanpa kilang-kilang dinegara ini tiadalah hasil pedapatan negara....
Till then...


p/s: Sedih bila dengar ayat "kerja kilang ja ka belajar tinggi-tinggi" "tak apalah kerja kilang gaji mahai" Tips  untuk bekerja di sektor kilang adalah TAHAN MAKI, sekian terima kasih..



Monday, November 19, 2012

Good Luck for Adik-adik

As-Salam



Cheida mengucapkan good luck dan tahniah buat adik-adik yang mengambil keputusan UPSR pada hari ini..
Bagi yang memperolehi 5A tahniah akak ucapkan bg yang tidak.. tak mengapa.. gagal hari ini bukan beerti anda gagal selamanya.. 

p/s: korang ada prasan tak percubaan meniru uncle gedek. hahaha ya saya tak pro seperti unlce muke saya mesti ada senyum bila depan camera hihihi..

Sunday, November 18, 2012

Moden or klasik

As-Salam....


      Hi peeps!! wohooo!! lama x update blog..

       Okes!! sebenarnya cheida dalam dilema mencari tailor for my dress for my E-Day.. erk?? Kantoi!!
Sebanarnya lambat lagi majlis.. Tapi tak salahkan cheida dah mulakan pencarian dari sekarang.. sebab next years cheida nak masuk rumah baru lagi (haiii duit)

      Dalam kepala otak sekarang. Berangan - angan la nak pakai dress ala-ala princes macam anak rosyam nor bertunang baru ni.. Seyesly minat sangat dress dia.. Simple and nice.. Adoiii jatuh cinta lah dengan dress tu.. So sambil teman kawan tanya butik kahwin tu ade ke tak ambil upah untuk baju.. Diorang cakap ada tapi price dia untuk upah sahaja dalam RM150-200  Glup!!! Ingatkan include kain.. Cheida kalau boley nak cari tailor yang semua kita ambil dekat dia. Maksudnye, tempahan include kain sekali dekat diorang.
Tapi susah pulak nak jumpa. Semua kena beli kain sendiri dan diorang cuma jahitkan je mengikut desing yang kita hendak..
berangan boley cun mcm dia kan hahah (sumber oh bulan)
   Kalau kita suruh diorang belikan kain terus kan senang, sebab diorang tailor, mesti diorang tahu kain apa yang sesuai untuk desing yang kita nak.Berapa meter kain nak guna.. Tapi kenapa cheida tak jumpa tailor macam tu eak dekat penang ni hadoiyai...

  Then dalam fikir-fikir tetiba terasa nak pakai je lah baju kurung pahang je.Buat ala-ala tradisional je.
Tapi guna kain songket. Senang sikit. Cheida just pergi cari kain songkek dalam 4m, Upah je dekat tailor buat baju raya selalu ni baju kurung pahang. Mudah je kan tak payah pening cari tailor untuk dress hahaha.
nice jugak kan.. tambak aksesori classic.. 
So which one batter? baju kurung pahang kain songket or dress? Modern or Classic untuk cheida yang chuby ni hahaha...


p/s: chewi gila padahal next year majlisnya.. mua pon dah kalut nk booking sebab mua sy amik tu adalah mua blogger kegemaran cheida hahahah


Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah

As-Salam


salam maal hijrah buat semua rakan blogger..
semoga segala urusan kita padan tahun ini dipermudahkan olehnya..
amin





p/s:semoga kita lebih istiqamah dalam melakukan  perubahan dalam kehidupan amin


Wednesday, November 14, 2012

Hilang Tiada Ganti.. Bayar sampai mati!

As-Salam..

Hi alls!! how are u.. acececec speking plok cheida ni.. Selamat menyambut depavali bagi penganut agama hindu.. cheida? menyambut depavali di kilang wakakakak... wel welll wellwelll.. (bos tak ade seminggu dia cuti wehaaaa)

Hmm by the way sebenarnye hati masih lagi berduka cita atas kehilangan EN DSLR... huuuuuuu menyesal?? marah?? semua dah tak guna.. Hilang tiada ganti.. bayaran sampai mati!! Hutang tetap kena bayar.. Apa boleh buat nasib badan..
kenangan bersma endslr...

Nak beli lain?? adoiyaii bukan murah taw... Bukan senang nak dapat.. huuuu sedih sangat...
sangatlah sedih.. tak tahu nak cakap apa... hmm mood masih bingai..

last pic from en dslr.. huuuuu

Till then..

Monday, November 12, 2012

Hilang dan Sia-sia..

As-Salam...

 Hmm sedih sangat.. dah 3 hari rasa hati tak tentram.. Camera kesayangan cheida hilang!!
Canon DSLR.. baru beli baru pakai hutang pon tak abis lagi hilang macam tu saja....

hanya kenangan!!
   Camera tu cheida simpan dalam kereta.. dalam bonet la.. then last week uncle datang mintak pinjam kereta sebab wife dia masuk hospital.. Dengan rasa perikemanusiaan bagilah pinjam for one week.. Dia datang amik kereta time cheida tak ada dirumah.. keluar ngan kawan jap.. terlupa nak bagi tahu.. ada camera.. Then hari sabtu pergi rumah dia nak ambil kemera coz ahad ada nak pergi wedding kawan lama dekat taiping.. pergi rumah dia malam tu.. bukak bonet kereta!! HILANG!! TAK ADA!!
 
    Bila tanya dia.. dia jawap tak tahu... ARGHHHH senangnye jawapan.. Cheida dah susah hati.. dia cakap dia tak tahu ada camera belakang tu.. So cheida terus ajak mama balik nak cek dekat rumah kot2 tertinggal.. Tapi sampai rumah.. memang tak ada.. huwa!!! meraung setengah gila!!! ya allah!!! Cheida bayar tak habis lagi ngan AEON camera tu... sengaja ambil sebab nak bg nampak hasil duit gaji bekerja!! complete set beg lens and charge dalam tu... Korang rasa macam mana law kena kat korang?? Kalau hilang diri sendiri punya tangan ye lah padan muka sendiri!! Tapi dekat tangan orang!! Sakit jiwa!! arghhhh marah?? maki?? Ganti rugi?? huh!! nak makan bulan-bulan pon tak cukup bayangkan dia nak ganti balik.. bayangkan korang lepas ni 2 ratus sebulan bayar tak ada hasil... huuuuu im really sad now!! kita buat baik.. bagi pinjam harta kita jagalah baik-baik ini tak.. madu dibalas tuba...




p/s: buat baik berpada-pada.. buat jahat sekali sekala!! huuuuuuu
sedihnya!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 08, 2012

Kena belasah sebab Facebook

KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu.
Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.
Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.
Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.
Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

p/s: macam ni punya pon ade ke?? berhati-hatilah lepas ni kalau nak keluarkan statement or komen yang pedas-pedas di face book hiohihi (pesan untuk diri sendiri juga)

Sumber Kosmo

Takziah...

As-Salam


    Entry kali ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat rakan blogger kita iaitu Papa Blogger yang telah kehilangan ayahandanya yg tercinta... sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah en azmeng..




p/s:  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
 Surah Al-Anbiya’ ayat 35

















Wednesday, November 07, 2012

Congrats!!!

As-Salam..

Weeeeeha!!! This month every week!! Penuh undangan perkahwinan!! yay!!! so!! sila keluarkan  baju kurung raya yang telah diperam selepas raya pertama hahaha...

Tahniah diucapkan buat mereka!! Semoga bahagia hingga akhir hayat... insyallah hingga ke syurga kelak..

Meh cheida nak tayang cikit gambo-gambo cheida inteprame sepanjang musim kenduri dari awal tahun hingga november yang telah berjaya cheida hadiri hihi


My sweet housemate from PSP..
My jahat housemate n her jahat hubby  right now waiting
they 1st dilevery baby on this januari maybe hihihi 

pengantin remaja :) 
my clasmate.. Dieda n her hubby.. waiting for new baby..

pengantin perempuan sahaja yang ada yg le laki hilang haha
ieda n syafiq


Jiran kaltil dan loker masa sekola dulu haha Famiza with her hubby

Our FBO (final buy off bukan FBI ok) finally haha ..
harap2 past ni slow ckitlah volume tu hahhaa

Thats for all actualy banyak lagi tapi just letak yang ada je lah eak.. hihihi ok this week until end of dec atur lagi okesss.. rumah tutup periuk dapur off!! hahah erk cheida bila lagi?? lalalala no komen...
Till Then~

p/s:all photography n editing done by me :)

Tuesday, November 06, 2012

Harga Hantaran!!

As-Salam...

Wahaaahahaha.. asal tetiba sebut pasal harga hantaran ada apa-apa ke cheida... hihihi Tak ade apa pon just nak share ngan korang hasil google cheida tadi.. dan ini hasilnya...

 Actualy semalam ada lah berbual ngan mama cheida pasal perancangan bulan ogos next years.. (setalah 100X bergaduh n berbalah mengenai tarikh tuttt!!!) Then mama cheida pon cakap dia tak kisah bila pon dia ikut je cheida ngan .......... hihihi

Abis bab tarikh masuk bab letak harga hantran.. Mak Aiiii bila cheida dengar harga yang mama nak letak..
Terus terang cheida cakap nak pengsan dan pitam!! Dalam hati terpikir.. Mak aih mampus la dia.. mana nak korek duit??? macam mana respond family dia.. macam mana ni macam itu ke macam-macamlah dalam otak.. Then cheida pon cakap la.. mahal sangat  kot mama.. nak jual anak dara dia yang sorang  ni ke hihihihi (cheida anak tunggal ye harap maklum). Then mama cakap ala abg tut!! kerja kilang ja spm tak pass pon boley cari duit basic dot dot sdot.. Takkan ang punya .......... tak boley cari.. Glup!!! Mamposlah kamu noreh lepas ni hahaha...

Bila fikir-fikir balik.. kenapa harga hantran mahal sangat sekarang ni? Adakah faktor peningkatan kos harga bahan mentah @ ia nya sekadar trend??

So sekarang ni meh kita review sedikit tentang budget pertunangan 1st yang cheida dok ada

Baju = Rm200
Fotography = Rm 700 (complete with album and frame)
Mini Pelamin  with make up = Rm 400 
Perlu ke?
Katering @ Jamuan tetamu = RM250.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)
So total for tunang lebih kurang RM 1900.00 - RM2000.00

Hadoii mana nak cekaw duit..

So kalau ikut benda yang penting or wajib ade je..  or means biasa2 jadi mcm nilah.

Baju = Rm200
Katering @ Jamuan tetamu = RM25.00 (1 kepala rm5.00 x 50 kepala (lebih kurang)
Hantaran = 7 bekas (lebih kurang rm350)




Make up/photography = buat sendiri (means pangill sedara mara or sahabat bidang terjun tolong)
No mini pelamin.. sekadar salam tgah ruang tamu ja.. hihihi
aku snap sendiri hihih :P

So safe bapa hinggit? means RM2000-RM400-700 = RM900 - RM1000
WOW!! Safe 1K..

So apa pendapat korang?? Mengikut kewajipan @ mengikut trend??
Pendek cerita tepuk dada tanyalah iman kalau selera confirm kita nak yang budget 1st tadi kan huhuhuhu..
Tapi selalu orang cakap biarlah perkara macam ni menjadi kenangan dan terbaik seumur hidup kita..
Tapi adakah kenangan itu yang penting dari membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia hingga keakhirat kelak??
huhu tepuk dada tnyalah iman ye.. bukan tanya aiman..

P/S: semua ni bergantung pada budget.. kalau besar budget maka besarlah impian anda.. kalau sikit.. sikitlah impian anda hahah...

Monday, November 05, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Diana Daneilli & Farid Kamil

 As-Salam


Entry kali ini agak basi.. Tapi saja nak share gak..














Aww sweetnyee... huhuhu doakan agar mereka kekal dan
 tabah mengaharungi dugaan dan cobaan hidup sebagai suami & isteri  amin...


P/s: Sumber gambar dari oh bulan. (lagi skali hati kecil meronta-ronta nak kahwin hahah)

Sunday, November 04, 2012

BLOGGER’s EX-CONTESTANTS


As-salam..
Tugasan again!! Jom tengok apa kena buat!!

Sediakan 1 entri dengan memperkenalkan blog BEKAS peserta peserta game BLOGGER musim 1 dan musim 2. Perkenalkan 4 BLOG. 2 blog (1 peserta lelaki dan 1 peserta wanita) dari musim 1 dan 2 blog lagi (1 peserta lelaki dan 1 peserta wanita) dari musim ke 2. Sediakan entri tugasan ini sebelum hari Isnin 5 November 2012.

From Musim pertama

Blogger 1st

Hafeesz Amran




Gender: Male
Location:Kuala Lumpur, Malaysia
Introduction : hye guys, I'm Hafeesz Amran. Just call me afis.. I'm 21. From Kuala Lumpur but currently stay at Hulu Langat. Student at Selangor International Islamic University College and taking Bachelor in Human Resource Management. Speak both in Malay and English. Btw AKU BANGGA MENJADI ORANG MELAYU, write in English just to improve it. Sometimes too bossy and cocky. Just do follow my blog and u will know me better.. Proud to be Malaysian. On my way to become a good blogger :)
Favorite Movies: final destination x-men
Favorite Music: pop..
Favorite Books: new moon


Blogger 2nd.

 Mas saari

Gender Female
Industry : Government

Occupation: Personal Assistant

Location :Sepang, Selangor, Malaysia

Introduction: mula menulis blog sejak Januari 2011.. menulis sekadar untuk kepuasan diri dan berkongsi cerita dan pengalaman hidup.. 

Interests  : main bowling, tengok wayang dan melancong..

Favorite Movies : PAPADOM..tengok tiga empat kali pun masih boleh nangis! hebatnya kasih sayang dan       pengorbanan seorang ayah..

Favorite Music:semua genre muzik saya layan..


 From Musim kedua


 Blogger 1st

 Arjunakirana
Gender  :Male
Industry  :Architecture
Occupation:Kuli Batak
Location : Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Introduction : Ermmm... nak bg tau ape ek? Seorang yang KELAKAR (orang kata) mana yang tak kenal lagi akan kata aku SOMBONG (orang kata) suka pakai baju KETAT2, perangai buruk suke SEDAWA kuat-kuat jadi ape orang nak cakap cakap la.. lagi satu TAK TAHU MALU... huahuahuahu sekian.
Interests: Sahabat
Favorite Movies : Hindustan : sebab ada awek joget-joget Hantu : tak takut langsung
Favorite Music: Semua layan x caya jom karok
Favorite Books: Susah nak nampak aku baca buku sebab tak minat... hauhauh




  Blogger 2nd
Cik Puan Muda Ummi


21 Years YOUNG
Menganggur 24jam
Ex Student UITM Arau
Dip in Comp.Science
Taken by Tan Sri F

Buat semua ni last minute.. dan copy dr information je sorry...
just buat je.. letih baru blik dari kenduri >_<
Till Then

Saturday, November 03, 2012

Kubur lain-lain

As-Salam

nice quote to all my beloved readers




Pernah dengarkan orang yang akal sengkek selalu jawab macam ni bila kita tegur dia.. "ah peduli apa kamu, kubur lain-lain kisah apa" ya memamg kubur lain-lain. Dan orang yang jawap macam ni juga aku berharap agar tidak berkubur bersebelahan dengan orang yang jawab sebegini...


Ingatlah manusia.. walaupun kita punya pangkat dan harta yang banyak,rupanya cantik/hensem, suami/isteri yang cantik,anak-anak yang cerdik namun itu semua hanyalah pinjaman dari allah buat kita.. Dan semua itu adalah ujian darinya buat kita hambanya yang lemah untuk menguji ketaatan kita terhadapnya didunia ini..

Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati, bertegur sapa dan menjaga hubungan kita dengan masyarakat.
Apabila ditegur terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka meskipon teguran itu pahit untuk ditelan..
Dan orang yang nak menegur pon tegurlah dengan cara yang betul dan sopan supaya kamu tak makan lempang orang lain silap haribulan hahaha...

Till then..

Thursday, November 01, 2012

Makan Bukan Kegemaran

As-Salam...

Hi peeps!! Apa khabar??  huwaa sedar tak sedar dah masok bulan NOVEMBER dah... NOVEMBER IN RAIN.. ahaks macam sesuai je tajuk lagu ini kan?? hahaha Okes!! merapek! 

Malam ni jom share ngan cheida makanan apa BUKAN KEGEMARAN KORANG!! Means bukan tak makan or maybe memang lansung tak makan.. yang takkan korang sentuh atau ambil kalau menu itu dihidangkan.. Bukan nak menghina makanan itu.. Bukan tak baik taw.. Makanan adalah sumber rezeki dari allah.. cuma mungkin korang tak lalu makan,kurang berminat atau ada sejarah tersendiri menyebabkan makan itu lansung tidak disentuh oleh korang..

So lets see what i have.. 
Makanan Bukan Kegemaran Cheida 


  • Ikan Keli


Erkk kenapa?? Ramai orang cakap sedap ooo Ikan keli ni... tambah-tambah buat masak sambal cili padi (erk betul ke??) ntah la ikan ni memang out.. Cheida Fobia ngan Kepala dia.. kenapa?? korang tahu kot..
hahaha



  • Belut


Haaaa!!!! Tidakk!!! OMG!!OMG!!OMG!!.. Tolong jangan berikan kepada cheida sama ada masih hidup @ meningal dunia (erk over) ahhaha... Laksa Belut diorang cakap sedap dan belut ni sebenarnye penawar bagi luka-luka dalaman.. Tapi bagi cheida Katakan Tidak kepada Belut.. hihihi


  • Jering.


Hahaha.. apakah ini.. Ini adalah sejenis ulam-ulaman.. Cheida memang tak makan.. Petai favorite tapi yang ni tidak sama sekali.. hihi


  • Tempoyak


Ahhhh... Orang perak punye faveret ni... Durian memang Cheida akan bedal kaw3.. Tapi kalau dah jadi tempoyak.. cheida pensang.. ada masakkan yang berbau tempoyak cheida confirm cancle.. tak makan dah..
nafsu makan akan tiba-tiba menurun dengan jayanya! yay!! 


  • Taugeh


Wahhh ini lagi satu... cheida bukan tak makan.. tapi tak suka!! adehh... kalau makan Char Keow Teoy.. Cheida mesti peransing tougeh sampai clear.. lasst pingan penuh taugeh.. tapi ada la yang tersesat.. telan juga.. huuuuuhuhuhu...



  • Budu!!


ah... sape peminat budu disini!! Im sorry!! im not.. hahaha... 



  • Kerbau Pendek 


hahaha Last skali cheida tak akan makan dan tak mungkin makan adalah menatang ni hahahah kenapa panggil Kerbau pendek sebab tak sampai hati nak sebut nama real dia..Dalam mat saleh comel sgt plak bunyinye hahah kang orang cakap cheida mencarut hahaha.. ook gurau je tapi benda ni dah memang larangan dalam agama islam kita so jangan pulak mandai-mandai pergi try pulak..


Ok thats all.. itu saja setakat ini.. nanti kita share lagi.. so apa makanan bukan kegemaran korang??



P/S: setiap makanan yang diberi itu adalah rezeki allah wajib bagi kita untuk mencari yang halal dan  bersyukur dengan apa yang dikurniakan agar kita mendapat keberkatan dunia da akhirat kelak aminn...

Entry kali ini menunjukkan betapa cerewet dan mengadanya cheida hahaha.. semua pic diatas adalah sumber dari google.


Labels

10 (1) 10 perkara (1) 2013 (1) air tulang belakang (1) akad nikah (1) apex (1) Artis (1) B2B (7) B3:BR (3) battle royale (3) beadings (1) berkenalan (1) bertandang (1) bertunang (1) besday (1) bff (3) blogger (1) blogwalking (1) Bosan (8) cantik (5) carta 10. (2) cerewet (1) Cerpen (3) changes (1) Che Ta (1) Che Ta dengan Zain (1) chewi (1) coklat (1) Dong Xinyi (1) dslr (2) e-day (2) e-day.dilema (1) emosi (1) engagement (2) engineering (1) facebook (1) GA (1) gadis (1) gelabah (1) gembira (6) geram. (1) girls (1) good luck (1) Gosip (1) Gossip (1) guest book (1) guys (1) hantaran (2) hasil kerja (2) hati-hati (1) henna (1) hilang (2) hormat (1) imback (1) info (2) insomnia (1) jalan2 (3) jambu (1) Kahwin (5) kamus (1) kegemaran (1) kehidupan (1) kejam (1) kemalangan (1) kematian (1) kenduri (1) kesayangan (2) kesihatan (1) keyboard warrior (1) kilang (2) komen (1) kondem (1) kopi pes (1) kosmo (1) kutuk (1) lamaran (1) leader (1) lelaki (1) libas (1) listen (1) loghat (1) maal hijrah (1) macam-macam (1) madah (11) makan2 (5) make up tunang (1) Malam berinai (1) mama (1) memory (5) meniru (1) menyampah (4) menyicah (1) MH370 (1) moments (1) motivasi (1) Mua (1) nikah (1) pantang (1) patung (1) pearl shawl (1) pedoman (3) pembohong (1) pengkhiran (1) penyamun (1) penyibuk (1) perccubaan (1) personaliti (1) petua (2) photo props (1) photograpy (3) potographer (1) pusat (1) quota (1) raya (2) ready (1) rempit (1) review (8) risiko (1) rojak (1) romantik (1) Safi (1) sagment (2) sahabat (1) sakit (9) salam (1) sayang (5) sedih (14) selendang (1) shaklee (2) sharing (27) shawl ciffon (1) sibuk (1) sifat (1) solat (1) steamboat (1) stres (1) sweet memory (2) tabah (1) tahun baru. (1) tak elok (1) teambuilding (1) tempahan tudung tunang (1) tensyen (4) terkejut (1) terlanjur (1) teruja (1) tips (1) tragedi (1) tudung (1) tudung nikah (1) tudung tunang (1) tugasan (3) Tunang (7) umur nabi (1) uncle gedek (1) untuk dia. (1) upsr (1) viel (1) vit C (1) Vote (1) wordless (6) work (1)